Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Saturday, October 2, 2010

Bayi Mati Tersedak Susu

Akhir-akhir ini begitu kerap kejadian bayi yang sedang menyusu mati mengejut akibat dari susu itu sendiri. Kenapa perkara sebegini boleh terjadi? Kita ketahui bahawa susu untuk bayi itu dalam keadaan cecair tetapi bagaimana ia boleh mendatangkan mudarat? Apakah susu yang diberikan itu dibancuh terlalu pekat sehingga ia menjadi pepejal lalu mencekik bayi tersebut dan mati akibat tidak bernafas? Atau apakah kerana bayi tertidur semasa botol susu masih di dalam mulut lalu menutup saluran pernafasan bayi tersebut?

Sebenarnya, susu itu adalah masalah utama. Sejak awal lagi saya sering menyebut bahawa susu tepung, yang diproses dari susu lembu tidak sesuai untuk manusia apatah lagi bayi yang baru lahir. Susu lembu hanyalah untuk anak lembu, bukan untuk manusia. Tetapi ibu-bapa sering terpedaya dengan iklan di kaca TV yang mengatakan susu lembu baik untuk tumbesaran anak-anak, malah kononnya memberi khasiat yang begitu banyak, mempercepatkan perkembangan otak, memberi kecerdasan dan sebagainya. Dengan harga setin susu tepung yang kian hari kian meningkat, ibu-bapa tentu membuat tanggapan bahawa susu tepung dari susu lembu itu adalah pilihan yang tepat dan mesti diberikan kepada anak-anak meskipun harganya begitu mahal. Sangat malang masyarakat kita hari ini mudah terpedaya dengan momokan syarikat-syarikat industri susu yang telah membuat keuntungan berbilion ringgit setahun hasil jualan susu. Malah susu itu bukan semata-mata susu lembu, tetapi ditambah dengan formula-formula kimia untuk mempercepatkan proses tumbesaran anak-anak.

Sebagai ibu, mereka sepatutnya memainkan peranan penting dalam memastikan kaedah pembesaran anak-anak dilalui secara normal dan semulajadi, bukan melalui formula-formula kimia yang kononnya lebih cepat dan lebih cerdas. Kaum ibu sepatutnya memberikan susu badan sejak dari awal bayi itu dilahirkan, bukannya keluar saja terus disumbat dengan botol susu. Jika tidak mampu memberikan susu badan, carilah susu yang segar dan asli seperti susu kambing, kerana susu kambing adalah hampir-hampir menyamai susu ibu. Ikutilah kehidupan secara alami, melalui proses semulajadi, bukan proses yang dibentuk oleh industri yang hanya tahu mengaut keuntungan semata-mata.

Jangan mudah terpedaya dengan berbagai slogan-slogan yang pelik dan tidak masuk akal yang dipopularkan oleh industri pengeluar susu seperti perkembangan otak, pembentukan IQ, sel-sel yang berhubung dan sebagainya. Manusia akan membesar sebagai manusia selagi ia dibesarkan melalui proses secara semulajadi.

Labels