Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Tuesday, August 17, 2010

Lagi-Lagi Kisah Ayam Tak Sembelih Cara Islam



Saya dah malas nak bercerita panjang kisah ayam yang dihidang kepada umat Islam di Malaysia tidak disembelih mengikut cara Islam. Boleh dikatakan kebanyakan restoran milik bukan Islam tidak mengendahkan isu ini malah menganggap sama ada disembelih atau tidak sama saja. Mereka seolah-olah langsung tidak peduli akan keperluan orang Islam di negara ini.

Padahal merekalah yang suka menukar strategi perniagaan dengan menyediakan hidangan untuk sasaran orang Melayu seperti Kopitiam, Old Town White Cafe, Papa Rich, Island Red Cafe dan sebagainya yang datang dengan pelbagai menu yang pelik-pelik sampai kopi 'O' pun boleh dicampur dengan limau nipis. Malah yang terbaru saya temui ialah seperti restoran Wau Penyu dan Mee Jawa. Nama seakan-akan milik orang Melayu tetapi pengusahanya adalah Cina 100%. Anda boleh temui restoran-restoran seperti ini dengan banyaknya di kawasan sekitar Mont Kiara, Solaris dan Hartamas, KL. Di bandar Damansara sudah tentu tidak terkira.

Kerana itu saya amat bersyukur kerana tidak pernah lagi makan di restoran-restoran kopitiam seperti Old Town, Papa Rich, Mee Jawa dan sebagainya. Memang saya sentiasa ragu-ragu dengan ayam yang dihidangkan tetapi masih ramai umat Islam di negara ini menjadi penggemar setia restoran kopitiam milik bukan Islam. Saranan saya supaya berhentilah menjadi pelanggan kopitiam kerana banyak lagi restoran lain milik orang Islam yang boleh diyakini status halalnya.

Walaupun saya kadang-kadang jika berasa ragu dengan restoran milik Melayu, Siam atau Mamak, saya akan membuat pesanan tanpa dicampur dengan ayam. Selalunya tukang masak Siam gemar sekali mencampur-adukkan daging ayam (isi ayam yang dipotong kiub) dalam masakan mereka tidak kira nasi atau mee. Jika tukang masak terlupa, saya akan minta dia masak semula yang lain tanpa dicampur dengan ayam. Kadang-kadang saya tidak mahu dilihat terlalu cerewet (mereka tidak mengerti kemahuan saya), saya pisahkan ayam-ayam itu dari pinggan dan asingkan ke tepi barulah saya menjamu selera. Menurut tekak saya, biasanya masakan yang dicampur-adukkan dengan ayam kiub akan mencacatkan rasa masakan itu sendiri. Ia jadi lebih masin, berbau hanyir oleh sebab daging ayam yang mungkin tidak disembelih dan memberi kesan yang besar kepada selera saya. Mungkin selepas ini, saya akan pastikan tiada lagi ayam kiub pada waktu makan saya.

Cuma di bulan puasa ini, merupakan musim yang paling banyak saya makan ayam - itupun ayam yang dihidangkan di masjid untuk berbuka puasa. Saya yakin dengan sesungguhnya ayam yang dihidangkan di masjid itu disembelih dengan cara Islam. Isinya lembut, sedap dan menyelerakan. Inilah satu-satunya musim saya makan ayam dengan kerap. Jika hari raya, tentu saya akan menemui hidangan ayam lagi seperti rendang tok, rendang pedas, serunding ayam dan sebagainya. Biasanya hidangan hari raya di rumah saudara-mara dan sahabat tidak menjadi persoalan bagi saya kerana mereka sudah tentu mendapatkan bekalan ayam dari peniaga Melayu di pasar-pasar yang menyembelih ayam di depan mata.

Di sini saya ingin berkongsi dengan pengunjung semua tentang artikel yang disiarkan di blog Isuhangat.net yang sepatutnya menjadi teladan dan mengajar kita untuk berhenti dari mengunjungi Kopitiam.

Sila lawat link di sini. Lihat gambar di atas, ayam dihumban ke dalam tangki darah hidup-hidup sehingga ia mati lemas akhirnya dihidangkan kepada orang Islam. Seperti dikatakan sejak awal tadi, saya malas nak bercerita panjang lagi tentang kisah ayam bangkai ini... kerana sudah muak dengan isu ini. Anda lihatlah sendiri. Tepuk dada tanya selera.

Labels