Tidak lama lagi, seluruh umat Islam di dunia akan menyambut bulan Ramadan. Aidilfitri akan menyusul sebaik selesai bulan Ramadan, insyaallah. Apabila sebut Aidilfitri, tentu ramai fikirkan hari raya, pulang ke kampung, ziarah ke rumah-2 sahabat dan saudara-mara. Dan tentu tidak akan terlupa hidangan tradisional lemang. Sekarang ini, di bulan puasa pun kita sudah menikmati lemang yang dijual di pasar-pasar Ramadan.
Apa yang nak saya kisahkan di sini ialah tentang penyediaan lemang. Dari mula daun pisang diperolehi hingga ia masak dan siap sedia dimakan. Apa yang saya bakal dedahkan adalah hakikat yang pahit untuk ditelan tetapi ia perlu dikhabarkan kepada semua orang - kerana ini tanggungjawab saya....
Proses bermula membuat lemang dengan mencari daun pisang dan buluh. Apabila buluh ditebang dari pokoknya, ia dipotong menggunakan gergaji atau kadang-kadang jika tiada gergaji mereka hanya menggunakan parang atau golok. Batang buluh yang baru diperolehi tidak boleh dipegang dengan tapak tangan tanpa beralas kerana disekeliling ruasnya mempunyai fiber-fiber yang halus dan tajam. Jika terkena tangan akan berasa gatal-gatal. Selepas dipotong sepanjang kira-kira semeter, ia dibasuh dengan air. Proses pembersihan ini perlu diteliti kerana terdapat serbuk-serbuk buluh yang halus yang kadang-kadang tertinggal di dalam batang buluh.
Kemudian proses mendapatkan daun pisang. Daun yang terbaik adalah daun yang masih baru atau pucuknya. Ini kerana ia lembut dan mudah digulung. Biasanya pucuk pisang akan kelihatan seperti gulungan kertas hijau yang besar di tengah-tengah pokok. Ia kerana ia masih belum mengembang. Di dalam gulungan inilah yang perlu diperhatikan. Ia sebenarnya tempat perlindungan kesukaan katak dan kelawar. Ia menjadi tempat kelawar membuang najis.
Apabila menemui kelawar di dalam gulungan daun pisang, pasti akan terjumpa najisnya sekali. Biasanya bagi mereka yang menjual lemang dalam kuantiti yang banyak di musim-musim perayaan, daun pisang tidak sempat dibersihkan sebaliknya hanya digilap dengan kain kotor yang lembap. Saya tidak pasti apakah alasan mereka tidak mahu membasuh daun pisang dengan air.
Selepas dilap dengan kain, proses menggulung daun dilakukan lalu dimasukkan ke dalam buluh.
Kini buluh sudah siap untuk dimasukkan beras pulut bersantan.
Proses berasingan pula ialah menggaul beras pulut dengan air santan. Untuk membuat lemang tradisional, bahan-bahan asasnya memang boleh dikira dengan sebelah tangan. Bahan-bahan yang wajib ada ialah beras pulut, santan, garam dan air. Santan sebaiknya yang segar. Lebih pekat santannya, lebih sedap dan berlemak lemang. Manakala garam perlu mengikut sukatan - tidak terlebih atau kurang. Di zaman ini, resepi membuat lemang telah ditambah dengan serbuk perasa atau MSG. Itulah yang membuatkan lemang sekarang lebih sedap dari dahulu. Jadi apa istimewanya lemang di zaman moden ini selain sebagai penyeri hidangan di hari yang mulia.
Adalah lebih mulia jika lemang dibuat sendiri bersama keluarga dan saudara-mara agar dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan di samping tidak menggunakan bahan perasa.