Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Wednesday, May 5, 2010

Pandangan Tentang Filem "Food, Inc."


Filem dokumentari Food, Inc patut ditonoton oleh semua orang kerana memaparkan kebobrokan dan kepincangan dalam industri pemprosesan makanan mentah seperti daging dan sayur-sayuran di Amerika. Ia mendedahkan keburukan amalan yang dilakukan oleh pengusaha dan penternak yang menggunakan kaedah moden bagi mengembangkan hasil pertanian atau ternakan mereka. Ayam disuntik untuk mendapatkan baka yang bersaiz besar, cepat matang, diletakkan di dalam kandang yang tertutup tidak disinari cahaya matahari sepanjang hayat, lembu diternak di dalam kandang yang sempit, membesar bersama najisnya yang dibiarkan bertaburan, apabila disembelih - bakteria yang masih terdapat pada tubuhnya mencemarkan dagingnya lalu dimakan oleh manusia. Filem ini mendapat kritikan yang hebat terutama oleh pihak yang mempunyai kepentingan dalam industri makanan proses.

Jika ia berlaku di Amerika yang memiliki 30% keluasan tanah dikhaskan untuk penternakan, apa kurangnya negara kita Malaysia yang mempunyai tanah yang terhad? Apakah lebih teruk dari itu?

Saya sarankan kepada pembaca sekelian menonton filem ini - jika ia tidak terdapat di pasaran tempatan, anda boleh muat-turun menggunakan Torrent atau pergi ke link di bawah ini.

Pautan Food, Inc

Labels