Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Monday, April 26, 2010

Antara Kesedaran, Kebodohan Atau Nafsu

Masyarakat kita hari ini telah ditanam dengan pemikiran bahawa kesihatan yang optimum datang dari luar, bukannya dari dalam diri kita sendiri. Kesihatan datang dari vaksin, pengambilan ubat-ubatan farmasi, melawat klinik-2 swasta ataupun hospital kerajaan secara berkala, menjalani rawatan kimoterapi, pembedahan, pemakanan yang 'seimbang', senaman yang 'berlebihan' sehingga menyeksakan diri sendiri.

Obesiti terjadi kerana masyarakat dididik supaya melakukan senaman timbal-balik bagi menseimbangkan makanan yang berlebihan - kerana itu masyarakat hari ini tidak kisah jika makan mengikut nafsu, kononnya ia boleh diseimbangkan dengan melakukan senaman. Tapi sejauh manakah mereka akan melakukan senaman?

Diabetes pula dipromosikan sebagai penyakit yang berpunca dari pengambilan gula 'putih' yang berlebihan. Tetapi gula putih tidak pernah kedengaran terkandung dalam susu pekat manis, terkandung dalam gula-gula, ais krim, kek, biskut, minuman berkarbonat dan sebagainya. Padahal, produk-2 inilah yang lebih banyak kandungan gula putih, malah tahapnya lebih luar biasa dari jumlah gula putih yang biasa digunakan untuk membuat teh atau kopi di rumah. Sejauh manakah masyarakat dapat memahami kempen 'kurangkan manis' jika mereka berterusan mengambil produk-2 yang saya sebutkan tadi?

Kanser disebut sebagai penyakit merbahaya yang hanya boleh dirawat dengan kaedah moden seperti pembedahan, radioterapi dan kimoterapi. Kita ditanam pemikiran bahawa ia datang melalui keturunan, jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mengidap kanser, maka anda mempunyai peratusan yang tinggi untuk mendapat kanser. Padahal kanser adalah penyakit yang berpunca dari pemakanan tertentu secara berterusan, terdedah dalam jangka masa yang panjang terhadap bahan-2 kimia seperti racun serangga, ubat nyamuk, racun rumpai, bahan-2 pencuci lantai, ubat gigi, pencuci mulut dan sebagainya tanpa kita sedari. Ia boleh datang dari bahan yang kita gunakan setiap hari yang pada asalnya bertujuan membersihkan tubuh kita atau persekitaran rumah kita. Pengeluar racun serangga sedia mengadakan kempen membasmi aedes, kononnya mereka prihatin terhadap kes denggi yang semakin berleluasa - padahal tujuan utamanya ialah melariskan jualan dan menggalakkan orang ramai menggunakan produk kimia beracun mereka kononnya ia dapat menyelesaikan masalah penduduk.

Masyarakat terus makan makanan penyebab kanser, terus-terusan menggunakan bahan-2 penyebab kanser, dalam masa yang sama memberi sumbangan kepada badan-2 NGO dan organisasi yang kononnya dapat 'membantu' menyelamatkan mereka di masa akan datang. Sementara mereka menunggu jalan penyelesaian, penyakit kanser terus melanda masyarakat kita tanpa ada jawapan yang pasti.

Masyarakat kita hari ini menyerahkan tanggungjawab menjaga kesihatan diri mereka kepada orang lain. Mereka menyerahkan tanggungjawab itu kepada syarikat pengeluar racun serangga kononnya produk mereka dapat menghapuskan serangga total, kepada syarikat farmasi yang menggunakan dadah kononnya ubat mereka mengmebalikan kesihatan ke tahap normal, kepada syarikat-2 francais makanan segera untuk memberitahu kononnya ayam goreng mereka mengandungi khasiat dan nutrien yang menyihatkan, kepada pengeluar minuman berkarbonat untuk memberitahu kononnya minuman mereka menambahkan tenaga (tenaga luar dan tenaga batin), kepada syarikat pengeluar sabun tangan dan sabun mandi kononnya produk mereka dapat menghapuskan 99% jenis kuman dan bakteria yang merbahaya. Malah ada yang mendakwa produk mereka tidak ketinggalan zaman kerana dapat menyaingi virus-virus baru. Ia sudah seperti syarikat pembuat perisian anti-virus komputer. Mereka percaya apa yang doktor konvensional perkatakan. Mereka percaya produk ubat gigi kerana ia diluluskan oleh doktor-2 pergigian dari seluruh dunia. Mereka percaya sesuatu produk itu baik untuk gigi sensitif dan boleh digunakan berpuluh-puluh kali sehari kerana ia disarankan oleh doktor-2 professional. Tetapi mereka perlu ingat, para doktor yang muncul di dalam iklan-2 tersebut telah dibayar dalam jumlah wang yang besar untuk dieksploitasi kedudukan professional mereka mempromosikan sesuatu jenama. Jika mereka tidak dibayar sesenpun, saya fikir tiada seorang doktor pun yang sanggup berbuat demikian.

Hari ini, apa yang keluar di TV, apa yang terdengar di radio...itulah yang kita percaya dan yakin. Kerana ia saluran yang rasmi dan boleh dipercayai. Apa yang tersiar di blog atau internet, ia adalah cerita bohong. Kebanyakan penulis-2 blog adalah pembohong. Terpulang kepada anda membuat penilaian...tiada siapa yang peduli tentang kesihatan diri anda kecuali anda sendiri!!!

Labels