Pages

Sunday, November 28, 2010

Bah II: Rawatan Schizophrenia


Bertemu lagi untuk sambungan artikel schizophrenia seperti yang telah dijanjikan sebelum ini.

Tidak dinafikan adanya pesakit yang diisytiharkan oleh doktor sebagai tidak siuman, hilang ingatan atau gila akibat dari sifat-sifat fizikal otaknya yang tidak sempurna, cacat sejak dilahirkan atau akibat dari kemalangan. Ia menyebabkan sistem penghantaran isyarat tubuh ke otak tidak sempurna dan otak tidak dapat memahami atau mentafsirkan isyarat dengan betul. Sebahagiannya disebut sebagai terencat akal. Adakalanya apabila isyarat itu lambat ditafsirkan atau gagal memahami sesuatu yang sangat kompleks, ia dipanggil down-syndrome.

Bagi mereka yang mempercayai kewujudan mahkluk halus, ia tidak menghairankan apabila pernah berdepan dengan orang yang berkelakuan aneh seperti bercakap seorang diri ataupun melakukan perkara-perkara yang di luar kebiasaan. Kadangkala mereka tidak menyedari bahawa manusia berkelakuan aneh itu sebenarnya mengidap schizophrenia. Pandangan serong yang sering dilemparkan ialah orang itu mengalami penyakit jiwa atau gila.

Tetapi bagaimana pula definasi yang sesuai untuk pesakit otak yang mendengar bisikan di telinga? Bagaimana pula definasi yang sesuai untuk pesakit yang sering berhalusinasi perkara-perkara yang tidak wujud? Bagaimana sistem isyarat ke otak itu memahami kewujudan dan mentafsirkan suara-suara ghaib itu? Di sinilah penglibatan unsur-unsur mistik yang mengganggu orang-orang yang mengalami schizophrenia. Seperti yang disebut terdahulu bahawa penyakit ini sebenarnya tidak boleh disembuhkan melalui pengambilan pil-pil berjadual mahupun rawatan secara tradisional (herba/akar kayu/semulajadi). Ia adalah kerana kewujudan unsur-unsur mistik dalam diri orang-orang yang mengalami masalah schizophrenia. Ia tidak mengenal asal-usul atau latar belakang kepercayaan seseorang, malah orang bukan Islam juga banyak mengalami schizophrenia. Dunia perubatan moden sebenarnya telah buntu dalam memahami masalah schizophrenia - tetapi mereka tidak mahu mengakui kelemahan sendiri. Tiada kaedah rawatan yang efektif untuk schizophrenia. Malah ada pihak yang sudah berputus asa dengan menyatakan bahawa 'tiada ubat' untuk pesakit schizophrenia.Tiada penjelasan jelas yang dapat memuaskan hati kita untuk memahami punca masalah ini. Malah anda boleh Google atau carilah jawapan yang pasti di alam siber, tentu anda tidak puas hati dengan definasi yang diberikan.

Dunia mistik tidak berhubungan terus dengan dunia nyata. Oleh itu kaedah rawatannya berbeza dari dunia nyata. Adalah malang sekali seseorang yang mengalami gangguan suara ghaib yang serius diberikan ubat dadah yang kuat untuk melenyapkan atau merosakkan sistem saraf pesakit itu. Ini kerana perubatan moden tiada tafsiran yang sesuai mengikut logik akal dalam menangani masalah ini. Apa yang ada hanya jarum suntikan atau ubat antipsychotic dan pakaian pesakit yang diikat ketat membelit tangan dan kaki supaya pesakit tidak boleh bertindak agresif atau mencederakan sesiapa. Pesakit akan 'ditenangkan' dengan suntikan demi suntikan dadah yang akhirnya membawa bencana atau kesan sampingan yang teruk kepada pesakit itu sendiri. Ada yang sentiasa murung, merasa terasing, penglihatan kabur, penyakit jantung dan strok, tidak dapat mengenal ahli keluarganya sendiri, hilang ingatan, dementia, trauma, ketakutan dan sebagainya.

Jika ada mana-mana pakar perubatan moden mendakwa schizophrenia bukan disebabkan gangguan jin, sebaliknya adalah disebabkan tindakbalas kimia di dalam otak, bagaimana tindakbalas kimia itu boleh menghasilkan ungkapan berbentuk susunan ayat yang mempunyai makna-makna tertentu seperti menghina atau memaki empunya diri, menghasut, mempengaruhi perilaku dan sebagainya? Bagaimana pula halusinasi terhadap sesuatu yang belum pernah dilihat sebelum ini tetapi boleh dicipta melalui tindakbalas kimia di dalam otak?

Sebenarnya schizophrenia juga bukan seperti histeria walaupun kedua-duanya berkaitan dengan hal-hal yang mistik. Histeria merupakan satu bentuk emosi yang tidak terkawal oleh sebab-2 tertentu seperti ketakutan yang luarbiasa, oleh elemen-2 mengejutkan yang sukar dipercayai berpunca dari penampakan makhluk halus, dirasuk jin dan sebagainya. Saya akan bincangkan pasal histeria jika ada waktu yang terluang di masa akan datang.

Maka apakah alternatif yang terbaik untuk rawatan schizophrenia..? Masalah ini dikaitkan dengan gangguan mahkluk jin dan syaitan. Apabila ia melibatkan unsur-unsur mistik yang mempunyai elemen-elemen jahat, jawapannya ialah kembali kepada pengertian terhadap ilmu KeTuhanan (Theology). Tuhanlah yang mencipta semua yang ada di alam semesta dan kepadanyalah tempat kita mencari jawapan yang pasti yang dapat melawan segala unsur-unsur jahat itu. Rujukan yang terbaik ialah kitab Al-Quran kerana di sana ada cerita tentang permasalahan mistik, kaedah-kaedah, ilmu, doa dan ayat-ayat untuk melawan unsur-unsur jahat. Anda perlu percaya dengan penuh yakin bahawa Al-Quran adalah satu-satunya ubat atau 'pil' atau 'suntikan' untuk pesakit yang mengalami schizophrenia. Tapi hendaklah mencari orang-orang yang beriman yang mengamalkan Al-Quran untuk membantu mengubati, tidak disertai dengan elemen-elemen khurafat seperti tangkal, ayam kampung, pulut kuning, alat-alat antik dan sebagainya yang boleh membawa kepada syirik.

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

1 comments:

Rawat masalah skizofrenia anda di Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre No 7 Jln SG 3/1 Tmn Sri Gombak, Selangor.Setiap penyakit ada penawarnya.Berusaha dahulu kemudian bertawakkal.Insyaallah ada peluang sembuh. 0196676236 -Dr Wan

Labels