Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Sunday, November 28, 2010

KL & Tikus



Ramai orang tentu tidak suka atau tidak mahu menerima hakikat bahawa bandaraya Kuala Lumpur sudah sinonim dengan tikus. Lebih-lebih lagi golongan peniaga makanan dan penduduk tetap Kuala Lumpur. Tapi itulah hakikatnya. Jika anda berhajat untuk berhijrah dan menetap di Kuala Lumpur, anda mesti sanggup menerima hakikat bahawa anda tidak bersendirian, sebaliknya mesti berkongsi kehidupan bersama koloni besar tikus. Tikus mampu memanjat tangga apartment bertingkat-tingkat tingginya, malah jangan terkejut jika anda terserempak dengan tikus menaiki lift kerana lift juga busuk & penuh sampah. Bagi yang tinggal di tingkat yang lebih tinggi, tingkap adalah 'tong sampah' yang paling hampir. Ada yang membuang TV lama melalui tingkap. Ada juga yang membuang sisa-sisa makanan yang membusuk di atas bumbung orang di tingkat bawah. Tikus harus diakui sebagai haiwan yang comel tetapi ia pengotor dan cepat membiak. Jika dapat hidup di persekitaran yang kotor dan banyak sampah, ia boleh membesar lebih 12 inci panjang.

Ke mana sahaja gerai makan atau restoran saya pergi di sekitar Kuala Lumpur, tidak sukar untuk saya bertemu dengan tikus. Ada yang saya pernah jumpa sebesar kasut but saya. Mujur saya belum pernah jumpa yang sebesar anjing. Dari PJ, Wangsa Maju, Ampang, Kajang, Kpg. Pandan, Puchong, Damansara, Selayang, pasti saya akan ketemu. Malah di dalam restoran McDonald berdekatan Petaling Street. Saya tidak perlu membuat temu janji dengan tikus. Mereka akan muncul di mana saja. Mereka juga mencari rezeki tidak kira malam atau siang. Tempat yang paling sering saya temui ialah di kawasan medan selera kerana di sana merupakan lubuk makanan bagi tikus-tikus besar ini.

Antara sebab-sebabnya yang paling ketara ialah sampah sarap dibiar bertaburan, kadangkala lewat dikutip oleh pihak berkuasa, kemudian digonggong (dileraikan) oleh anjing-anjing yang berkeliaran mencari sisa-sisa makanan. Sampah yang berselerak itu kemudian disambut pula oleh tikus yang sentiasa tidak menolak. Ruang-ruang gelap di belakang kedai atau lorong yang kotor dan busuk menjadi tempat persembunyian dan pembiakan tikus. Tidak hairanlah tikus di Kuala Lumpur besar dan sihat-sihat belaka.

Peniaga pula seperti tidak ambil kisah tentang tikus-tikus yang berkeliaran di dalam kedai mereka, malah ada yang memanjat dapur masakan dan berkeliaran di rak-rak cawan dan gelas serta pinggan mangkuk. Bayangkan jejak-jejak atau kuman yang ditinggalkan oleh tikus jika bekas makanan itu tidak dibasuh dengan sempurna akan masuk ke mulut pelanggan. Saya pernah menegur seorang pemilik kedai makan (mamak roti canai) di Cheras tentang tahap kebersihan di kedainya kerana saya nampak tikus sudah menguasai seluruh ruang kedai itu termasuk memanjat siling. Selepas itu saya tidak pernah menjamu selera di kedai itu lagi.

Bagi saya, Kuala Lumpur sebenarnya bandaraya yang busuk, kotor dan jijik. Di mana sahaja kawasan berpenduduk padat seperti di rumah-rumah pangsa dan apartment yang sesak, saya akan kenal bau yang sama dan kenal haiwan yang sama yang sedang menakluki Kuala Lumpur. Mungkin boleh dikatakan sebahagian besar golongan peniaga makanan dan penduduk yang tinggal di flet di Kuala Lumpur adalah golongan pengotor. Jika sampah sarap dan sisa makanan dikendalikan dengan betul, ia tidak akan memberi sekitaran yang sesuai untuk tikus membiak.

Jika ada sesiapa yang ingin bukti dari tulisan saya ini, pergilah ke Pasar Chow Kit.

Pesanan saya kepada pembaca sekelian, berwaspadalah apabila anda menjamu selera di kotaraya metropolitan ini.

Bah II: Rawatan Schizophrenia


Bertemu lagi untuk sambungan artikel schizophrenia seperti yang telah dijanjikan sebelum ini.

Tidak dinafikan adanya pesakit yang diisytiharkan oleh doktor sebagai tidak siuman, hilang ingatan atau gila akibat dari sifat-sifat fizikal otaknya yang tidak sempurna, cacat sejak dilahirkan atau akibat dari kemalangan. Ia menyebabkan sistem penghantaran isyarat tubuh ke otak tidak sempurna dan otak tidak dapat memahami atau mentafsirkan isyarat dengan betul. Sebahagiannya disebut sebagai terencat akal. Adakalanya apabila isyarat itu lambat ditafsirkan atau gagal memahami sesuatu yang sangat kompleks, ia dipanggil down-syndrome.

Bagi mereka yang mempercayai kewujudan mahkluk halus, ia tidak menghairankan apabila pernah berdepan dengan orang yang berkelakuan aneh seperti bercakap seorang diri ataupun melakukan perkara-perkara yang di luar kebiasaan. Kadangkala mereka tidak menyedari bahawa manusia berkelakuan aneh itu sebenarnya mengidap schizophrenia. Pandangan serong yang sering dilemparkan ialah orang itu mengalami penyakit jiwa atau gila.

Tetapi bagaimana pula definasi yang sesuai untuk pesakit otak yang mendengar bisikan di telinga? Bagaimana pula definasi yang sesuai untuk pesakit yang sering berhalusinasi perkara-perkara yang tidak wujud? Bagaimana sistem isyarat ke otak itu memahami kewujudan dan mentafsirkan suara-suara ghaib itu? Di sinilah penglibatan unsur-unsur mistik yang mengganggu orang-orang yang mengalami schizophrenia. Seperti yang disebut terdahulu bahawa penyakit ini sebenarnya tidak boleh disembuhkan melalui pengambilan pil-pil berjadual mahupun rawatan secara tradisional (herba/akar kayu/semulajadi). Ia adalah kerana kewujudan unsur-unsur mistik dalam diri orang-orang yang mengalami masalah schizophrenia. Ia tidak mengenal asal-usul atau latar belakang kepercayaan seseorang, malah orang bukan Islam juga banyak mengalami schizophrenia. Dunia perubatan moden sebenarnya telah buntu dalam memahami masalah schizophrenia - tetapi mereka tidak mahu mengakui kelemahan sendiri. Tiada kaedah rawatan yang efektif untuk schizophrenia. Malah ada pihak yang sudah berputus asa dengan menyatakan bahawa 'tiada ubat' untuk pesakit schizophrenia.Tiada penjelasan jelas yang dapat memuaskan hati kita untuk memahami punca masalah ini. Malah anda boleh Google atau carilah jawapan yang pasti di alam siber, tentu anda tidak puas hati dengan definasi yang diberikan.

Dunia mistik tidak berhubungan terus dengan dunia nyata. Oleh itu kaedah rawatannya berbeza dari dunia nyata. Adalah malang sekali seseorang yang mengalami gangguan suara ghaib yang serius diberikan ubat dadah yang kuat untuk melenyapkan atau merosakkan sistem saraf pesakit itu. Ini kerana perubatan moden tiada tafsiran yang sesuai mengikut logik akal dalam menangani masalah ini. Apa yang ada hanya jarum suntikan atau ubat antipsychotic dan pakaian pesakit yang diikat ketat membelit tangan dan kaki supaya pesakit tidak boleh bertindak agresif atau mencederakan sesiapa. Pesakit akan 'ditenangkan' dengan suntikan demi suntikan dadah yang akhirnya membawa bencana atau kesan sampingan yang teruk kepada pesakit itu sendiri. Ada yang sentiasa murung, merasa terasing, penglihatan kabur, penyakit jantung dan strok, tidak dapat mengenal ahli keluarganya sendiri, hilang ingatan, dementia, trauma, ketakutan dan sebagainya.

Jika ada mana-mana pakar perubatan moden mendakwa schizophrenia bukan disebabkan gangguan jin, sebaliknya adalah disebabkan tindakbalas kimia di dalam otak, bagaimana tindakbalas kimia itu boleh menghasilkan ungkapan berbentuk susunan ayat yang mempunyai makna-makna tertentu seperti menghina atau memaki empunya diri, menghasut, mempengaruhi perilaku dan sebagainya? Bagaimana pula halusinasi terhadap sesuatu yang belum pernah dilihat sebelum ini tetapi boleh dicipta melalui tindakbalas kimia di dalam otak?

Sebenarnya schizophrenia juga bukan seperti histeria walaupun kedua-duanya berkaitan dengan hal-hal yang mistik. Histeria merupakan satu bentuk emosi yang tidak terkawal oleh sebab-2 tertentu seperti ketakutan yang luarbiasa, oleh elemen-2 mengejutkan yang sukar dipercayai berpunca dari penampakan makhluk halus, dirasuk jin dan sebagainya. Saya akan bincangkan pasal histeria jika ada waktu yang terluang di masa akan datang.

Maka apakah alternatif yang terbaik untuk rawatan schizophrenia..? Masalah ini dikaitkan dengan gangguan mahkluk jin dan syaitan. Apabila ia melibatkan unsur-unsur mistik yang mempunyai elemen-elemen jahat, jawapannya ialah kembali kepada pengertian terhadap ilmu KeTuhanan (Theology). Tuhanlah yang mencipta semua yang ada di alam semesta dan kepadanyalah tempat kita mencari jawapan yang pasti yang dapat melawan segala unsur-unsur jahat itu. Rujukan yang terbaik ialah kitab Al-Quran kerana di sana ada cerita tentang permasalahan mistik, kaedah-kaedah, ilmu, doa dan ayat-ayat untuk melawan unsur-unsur jahat. Anda perlu percaya dengan penuh yakin bahawa Al-Quran adalah satu-satunya ubat atau 'pil' atau 'suntikan' untuk pesakit yang mengalami schizophrenia. Tapi hendaklah mencari orang-orang yang beriman yang mengamalkan Al-Quran untuk membantu mengubati, tidak disertai dengan elemen-elemen khurafat seperti tangkal, ayam kampung, pulut kuning, alat-alat antik dan sebagainya yang boleh membawa kepada syirik.

Tuesday, November 2, 2010

Rawat Schizophrenia Dengan Perubatan Moden: Berkesan Atau Sebaliknya?

Schizophrenia adalah sejenis 'penyakit' mental yang menyebabkan mangsa mengalami keadaan-2 tertentu seperti halusinasi, mendengar bisikan suara di telinga, sehingga boleh mempengaruhi pemikiran, tindakan atau perlakuannya. Tindakannya itu boleh mendatangkan bencana, kemalangan, kecederaan atau kematian terhadap orang lain. Lebih parah lagi apabila membawa kepada aksi cubaan membunuh diri akibat hasutan dari bisikan yang didengari.

Orang yang mengalami schizophrenia dikatakan mempunyai dua identiti (split identity) dimana ada ketikanya ia kelihatan normal dan adakalanya boleh menjadi seorang yang agresif, ganas, pendiam, menangis atau murung dan sebagainya. Teringat kisah Hollywood, berjudul "Me, Myself & Irene" lakonan Jim Carrey yang membawa watak seorang 'schizo', di ketika normal, dia adalah seorang yang baik hati tetapi menjadi sebaliknya ketika dirinya dikuasai oleh suara yang membisik di telinganya.

Boleh dikatakan setiap tindakan atau perilaku pesakit schizophrenia yang membawa bencana adalah menurut 'arahan' atau 'pujukan' suara yang didengarinya atau melalui halusinasi yang dialami. Contohnya, suara itu membisikkan ke telinga 'pesakit' supaya membunuh seseorang dengan menyebut namanya secara spesifik atau tidak, cukup dengan menyatakan alasan-2 mengapa orang itu patut dibunuh, maka 'pesakit' akan terpengaruh dengan 'arahan' demikian lalu bertindak melakukannya. Peristiwa sebegini pernah berlaku suatu ketika dahulu di negara ini dimana seorang mangsa ditemui mati berlumuran darah kerana disembelih ketika sedang solat di sebuah masjid. Menurut apa yang saya dengar, pembunuh tergamak melakukan perkara itu kerana dia adalah seorang schizo. Tentu sekali dia menerima arahan dari suara yang didengarinya. Saya pernah bertemu dengan seorang ustadz yang banyak pengalaman dalam merawat pesakit-pesakit berkaitan jin dan gangguan mistik, menurutnya pesakit-pesakit sebegini mempunyai ilusi yang berlainan dari apa yang kita lihat. Apabila seseorang yang normal melihat sekumpulan manusia atau orang ramai di hadapan mata, maka itulah hakikatnya - bahawa sekumpulan manusia sedang berada di depannya. Berlainan pula dengan pesakit schizophrenia. Kumpulan manusia itu boleh jadi sekumpulan haiwan pada pandangan matanya. Inilah sebahagian halusinasi yang dialami. Adakalanya haiwan yang 'dilihatnya' itu sekumpulan babi, kambing atau sebagainya. Padahal hakikatnya tidak. Apabila ia melihat haiwan itu dalam perasaan benci, mungkin kerana dianggap menggangunya, maka dari situlah boleh terjadi perkara-2 yang biasa diperlakukan kepada haiwan seperti sembelih, memukul, dan sebagainya. Kejadian yang berlaku dianggap kejam kerana manusia diperlakukan seperti haiwan, padahal pada pandangan matanya ia sedang melihat dan memperlakukan mangsanya sebagai haiwan.

Bagaimana ini boleh terjadi? Kenapa pesakit mengalami halusinasi yang berbeza dari realiti? Mengapa dunianya dipisahkan dari dunia orang-orang yang normal? Adakah ini salah satu jenis penyakit yang boleh diubati dengan memakan pil-pil yang diberikan oleh doktor? Apakah pesakit perlu disuntik untuk merawat simptom yang dialaminya? Apakah ia diwarisi dari keturunan? Jawapannya sudah tentu TIDAK! Tiada ubat yang boleh dimakan untuk pesakit schizophrenia. Schizophrenia bukanlah penyakit!

Ikuti sambungannya selepas ini....

Labels