Perkara ini berlaku baru-baru ini kepada saya. Suatu pagi saya ke kedai mamak dan pesan roti canai sekeping bersama teh 'o' halia kurang manis. Roti pun sampai, tetapi kuahnya belum lagi. Datang seorang pekerja asing wanita Indonesia yang bekerja sebagai pembantu membawa kuah kari yang penuh di dalam piring kecil.
Saya lihat kuah di dalam piring itu bergoncang semasa dibawa dan jari-jarinya yang memegang piring itu tenggelam di dalam kuah yang penuh itu. Saya mula hilang selera melihat keadaan itu. Pura-pura saya berkata, saya tidak mahu kuah kari dan minta dia menukar dengan kuah dalca. Dia datang lagi membawa kuah dalca tetapi kali ini situasi lebih teruk lagi apabila saya nampak jelas kuku ibu jari kirinya yang panjang (kira-kira lebih 10mm) tenggelam pula di dalam kuah dalca tersebut. Saya tidak ada alasan lagi untuk menjaga hati mereka lantas terus bangun dan pergi mengambil sendiri dengan mencedok kuah dalca ke dalam piring yang baru.
Salah seorang mamak bertanya kenapa saya ambil kuah yang lain, terus terang saya katakan kepadanya bahawa pekerjanya yang menyimpan kuku yang panjang telah mencemarkan kebersihan makanan saya. Saya katakan kalau hendak mengendalikan makanan tidak boleh menyimpan kuku panjang.
Saya benar-benar tidak puas hati dengan keadaan ini. Sepatutnya sebagai pengendali makanan, tidak kira di mana saja, tidak boleh menyimpan kuku panjang. Ia salah satu syarat yang wajib diikuti sebelum seseorang mendapat lesen dalam perniagaan makanan.
Saya tidak pasti apakah tujuan sebenar mereka gemar menyimpan kuku panjang. Tambahan pula ia kuku di jari tangan kiri. Tangan kiri pula biasanya digunakan untuk 'mengendalikan' perkara-perkara yang kotor. Hanya suatu yang sangat pasti ialah tentu ia digunakan untuk 'mengorek' sesuatu. Apa yang dikorek itu sudah tentu sesuatu yang kotor dan boleh membawa atau memindahkan kuman, bakteria dan sebagainya. Apabila mengendalikan makanan seperti kuah tadi, sudah tentu ia memindahkan kuman atau bakteria terus ke dalam kuah itu dan dimakan pula oleh pelanggan. Sepatutnya tuan punya restoran itu membuat tapisan dan memastikan setiap pekerjanya mengamalkan kebersihan, tidak mempunyai kuku yang panjang kerana ia melibatkan makanan yang bakal masuk ke perut para pelanggan. Bayangkan betapa kebersihan tidak diendahkan, apa yang penting hanya keuntungan wang ringgit semata-mata.
Thursday, October 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
erkkk.. ni sib baek npk.. klu tidakkk erkkk..
Post a Comment