Pages

Tuesday, September 21, 2010

Benarkah Minuman Soya Berkhasiat?

Benarkah minuman soya baik untuk kesihatan? Menurut syarikat pembuat minuman soya, ia mengandungi protin dan kalsium. Malah kononnya ia adalah satu alasan yang baik untuk tidak makan di tengahari kerana terlalu sibuk dengan tugas di pejabat! Perkara yang mereka tidak mahu anda semua tahu ialah proses mengekstrak susu soya menggunakan sejenis bahan kimia dan bahan kimia itu tidak lagi dapat diasingkan dari selepas soya itu dibungkus sebagai minuman.

Kita mungkin tidak pernah mendengar bahawa minuman soya yang dikatakan berprotin dan kalsium itu sampai mengandungi bahan kimia yang jarang kita dengar. Sebaliknya, soya itu sendiri tidak mengandungi bahan kimia ini, tetapi apabila jatuh ke tangan manusia yang tamak dan hanya tahu mengaut keuntungan semata-mata, mereka telah menggunakan sejenis kimia dinamakan Hexane dalam proses mengekstrak susu dari kacang soya itu. Maka bahan kimia itu akan tinggal terus bersama minuman yang dihasilkan akhirnya diminum oleh pengguna yang percaya bahawa soya mengandungi protin dan kalsium. Sungguh mudah masyarakat kita ditipu. Lebih malang lagi jika produk itu dilabelkan sebagai 'organik' dengan alasan ia diperolehi dari ladang-ladang yang tidak menggunakan racun pesticide. Menurut laman web foodconsumer.org, hanya 70% dari bahan semulajadi sudah mencukupi syarat dianggap sebagai organik setelah melalui ujian, selebihnya 30% lagi tidak perlu melalui proses'organik. Maka jumlah 30% ini memberi ruang kepada kemasukan hexane menyelusup masuk di dalam proses menghasilkan minuman soya. Hexane dalam formula kimia C6H14 didapati dalam bentuk minyak. Ia tidak berwarna dalam suhu bilik dengan suhu didih antara 50 hingga 70 akan mengeluarkan bau seperti minyak petrol. Hexane digunakan sebagai perekat kasut dan produk berasaskan kulit. Kebanyakan penggunaannya adalah untuk tujuan pembersihan dan pengekstrakan. Tetapi tahap toksiknya masih belum diperbincangkan secara ekstensif. Pendedahan yang berpanjangan terhadap hexane boleh mendatangkan masalah sakit kepala, pening dan kegagalan sistem penghantaran isyarat di dalam sel tubuh (nervous system). Apa yang perlu kita ketahui, hexane sepatutnya bukanlah sejenis bahan yang masuk ke dalam perut anda kerana ia bahan kimia yang dihasilkan dari makmal. Soya juga tidak berapa diperlukan oleh tubuh kita kerana ia mengandungi omega-6 yang melebihi omega-3. Kita sepatutnya mendapatkan lebih nisbah omega-3 kepada omega-6 sebanyak 3:1. Jika tubuh berlebihan omega-6, akan berlaku kecederaan dalaman (inflammation).

Kita patut mengambil langkah berjaga-jaga sebelum perkara yang tidak diingini berlaku kepada diri kita atau orang yang kita sayangi. Selepas ini, saya akan mengurangkan pengambilan minuman berasaskan soya.

Ramai di kalangan kita tidak menyedari bahawa isu minuman soya ini telah lama menimbulkan kontroversi di luar negara - oleh sebab golongan aktivis mereka sangat aktif (tidak seperti di Malaysia) memperjuangkan hak-hak pengguna malah mereka mendapat sokongan yang kuat dari sebilangan besar pengguna itu sendiri.

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

7 comments:

ASsalamualaikum,

Lama tak bagi komen kat sini. Tapi selalu ikuti perkembangan, insyaAllah. tentang soya, saya ada terbaca artikel mengatakan soya ni tak bagus utk kita. Tapi masih keliru betul atau tidak. Bila baca artikel saudara, ia menguatkan lagi apa yg pernah saya baca. Suami saya sgt suka minum air soya.. saya akan bagi tahu dia info ini. terima kasih atas artikel yg cukup baik ini.. wassalam.

info yg berguna nie,,terima kasih kpd saudara kerana update jg blog ni akhirnya,,

Adakah ini bermakna makananan berasaskan soya seperti tauhu dan tempe juga tidak selamat dimakan?

saya ada terbaca bahawa tempe dan tauhu tidak diproses menggunakan kaedah yang digunakan oleh pengusaha minuman dan ia selamat dimakan. Ada kelapangan nanti, saya akan tulis artikel tentang tauhu dan tempe. Harap bersabar.

Salam, adakah soya yang dibuat oleh gerai2 kat tepi jalan tu pun menggunakan hexane untuk membuat air soya? mcm mana pula dengan taufufa? adakah ia selamat dimakan?

sebelum saya memulakan artikel tentang tauhu, taufufa dan tempe, ini adalah kenyataan pantas dari saya iaitu soya yg telah melalui proses fermentasi dan selagi ia tidak diproses menggunakan bahan kimia, ia boleh dimakan tetapi saya tidak bersetuju jika memakan soya dgn banyak kerana ia kurang kandungan omega-3 berbanding omega-6.

tempe dan tauhu (tofu) dihasilkan melalui proses fermentasi. tidak seperti minuman air soya atau bahan makanan lain yg berasaskan soya seperti minyak masak soya.

Salam bagus info ni, sbb tu saya sekarang mengambil protein soya dari sumber yg semulajadi

Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

for more info blh refer
http://anisvitashop.blogspot.com/2012/03/espsarapan-yang-mudah-mengeyangkan-dan.html

Labels