Pages

Saturday, January 16, 2010

Stevia Ganti Gula Putih


Harga gula yang naik sebanyak 20 sen membuatkan kerajaan mencadangkan alternatif baru kepada gula iaitu stevia. Mujur saya dah lama tak makan gula putih sebaliknya menggunakan gula organik dan harga gula organik tetap kekal seperti sebelum ini. Walaupun ia lebih mahal dari gula putih, tetapi saya tidak menggunakan terlalu kerap. Ia dapat menjimatkan wang saya.

Harga stevia jauh lebih tinggi dari gula putih. Ia dianggarkan mencecah RM35 untuk 100 gram atau kira-kira RM350 hingga RM400 untuk sekilo. Walaupun begitu, ia lebih manis dari gula putih. Rasanya dikatakan 300 kali ganda lebih manis dari gula putih. Kita hanya perlu secubit atau secukup rasa untuk menghasilkan secawan kopi yang manis. Maka tidak perlu khuatir tentang harganya.

Stevia dikatakan tidak mengandungi kalori. Buat masa ini, ia masih sukar diperolehi, kalau adapun, terdapat beberapa ladang tanaman pokok stevia di Negeri Sembilan (saya tidak pasti di daerah mana).

Di Amerika masih belum meluluskan penggunaan stevia kerana pihak berkuasa kebanyakannya dimonopoli oleh orang-orang yang terlibat secara tidak langsung dengan industri minuman berkarbonat, FDA yang sering dikatakan 'korup' dan diselubungi rasuah menyebabkan pihak-pihak yang diberi kuasa tidak dapat menjalankan amanah dengan berkesan. Monopoli oleh syarikat-syarikat gergasi dan industri farmasi (Big Pharma) sebolehnya mahu kerajaan Amerika mengharamkan penggunaan stevia. Mereka tidak mahu kewujudan stevia menancam industri perniagaan mereka, contohnya penemuan aspartame yang sangat merbahaya tetapi diluluskan oleh FDA hasil kerja keji ahli perniagaan yang juga bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Donald Rumsfeld.

Saya tidak ada banyak masa di waktu ini untuk menulis lebih panjang tentang stevia tetapi di bawah ini saya sediakan sedikit pautan untuk anda mendapat maklumat yang lebih mendalam tentang stevia.

Secara peribadi, saya menyokong usaha untuk menggalakkan penggunaan stevia sebagai pemanis makanan dan minuman menggantikan gula putih kerana selain dari ia selamat digunakan, ia mengandungi khasiat seperti tumbuhan herba yang lain. Perusahaan tanaman pokok stevia sepatutnya diperluaskan ke serata negara malah ia memberi pulangan yang lumayan kepada pengusaha, dan pengguna pula mendapat faedah dari khasiatnya. Bayangkan rasanya yang manis adalah penawar kepada pesakit kencing manis.


www.stevia.com/

wikipedia/Stevia

bLOG: Ladang-stevia-Terbesar-Ganti-Gula

berita Bernama/Stevia

http://www.naturalnews.com/025947_stevia_food_the_FDA.html

http://www.naturalnews.com/027593_stevia_dates.html

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

5 comments:

salam..

saya pun dah mengurangkan penggunaan gula putih dalam penggunaan seharian..sekarang ni saya menggunakan pemanis 'Slim Up'. Walaubagaimanapun saya sedang berkira2 untuk bertukar kepada stevia memandangkan aspartame sama saja bahayanya seperti gula putih :(
saya jumpa website ini http://www.stevia.com.my/buy_online_malayversion.html dan bercadang nak beli produk2 stevia dari sini..:-)

usaha yg baik..harap anda berjaya mencapai matlamat. cadangan pihak tertentu utk meletakkan label bahaya pada bungkusan gula seperti dilakukan kepada kotak rokok patut disokong kerana masyarakat kita masih menganggap gula adalah bahan makanan yg asli padahal ia adalah aditif yang beracun.

~ The Secret Medicines

salam sejahtera

saya sendiri sudah mengamalkan pengambilan stevia ni. memang berbeza.

harganya tidaklah terlalu mahal. ada yang dijual dgn harga yang berpatutan.

Sesiapa yang ingin beli produk STEVIA boleh beli disini http://ciktipahcyber.blogspot.com/, hanya RM15.90 je untuk 50gram

Ya, gula putih memang tidak langsung bisa diserap oleh tubuh sehingga perlu beberapa waktu untuk menjadi energi dalam darah. Gula refined jelas lebih baik.
Pabrik Gula Mini

stevia termurah di pasaran 2013...jom klik gunastevia.blogspot.com

Labels