Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Thursday, June 25, 2009

Selsema Babi Hanya Untuk Pemakan Babi?

Wabak selsema babi kini sudahpun melibatkan 91 kes di negara ini. Kebanyakan kes adalah disebabkan bawaan dari mereka yang pernah berkunjung ke luar negara dan pulang tanpa membawa apa-apa simptom pada awalnya. Mengapa ini boleh berlaku? Sedangkan di setiap pintu masuk utama ke negara ini sudahpun dibuat saringan terhadap setiap penumpang kapal terbang yang sampai dari negara-negara yang sedang dilanda wabak ini. Apakah bentuk saringan yang dilakukan!

Selsema babi sebenarnya tidak dapat dikesan selagi tidak diuji di makmal. Tambahan pula selagi ia belum menunjukkan sebarang simptom, tentu sukar untuk para petugas untuk memastikan adakah penumpang tersebut sedang mengalami wabak ini. Ujian saringan yang dilakukan sebenarnya tidak berkesan, walaupun sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan penularan dari pembawa virus ini.

Walau apapun, kita perlu berwaspada kerana ia sudah sampai ke negara kita. Biar apapun laporan yang disiarkan oleh media, kononnya ia masih terkawal dan tiada penularan dari virus tempatan, kita perlu mengambil langkah preventif yang serius. Sudah sampai masanya kita elakkan dari berada di tempat-tempat awam yang biasa dilawati oleh pelancung dari luar mahupun rakyat negara ini yang baru pulang dari luar negara.

Buat masa ini, hanya mereka saja sumber utama pembawa wabak ini. Tanpa mereka, tiada wabak selsema babi di negara kita. Orang-orang seperti ini sepatutnya menjalankan ujian di negara yang dilawati terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk pulang ke Malaysia. Tetapi kerana sikap mementingkan diri sendiri dan takut pada bayangan selsema babi, mereka bertindak untuk pulang dengan yakin mereka tidak dijangkiti.

Biar apapun mereka kata, kononnya virus ini tidak boleh merebak melalui memakan daging babi - yang pasti, wabak ini sedang melanda negara-negara yang banyak menternak babi dan penduduknya menjadikan babi sebagai sebahagian dari makanan utama mereka. Tindakan kerajaan Mesir melupuskan beratus-ribu ternakan babi sangat saya sokong walaupun ada pihak-pihak tertentu yang kononnya pembela hak-hak asasi dan kehidupan haiwan semulajadi menentang dengan keras.

Kes-kes yang penularan yang berlaku di negara ini juga banyak melibatkan kaum Cina yang terkenal dengan makanan daging babi. Walaupun begitu, ada segelintir kaum Cina yang tidak makan babi. Contoh yang paling dekat ialah jiran saya. Dia selalu berbual dengan saya, seorang bangsa Cina yang peramah dan baik hati - seisi keluarga tidak makan babi.

Benarkah mereka yang memakan babi sahaja yang boleh mendapat selsema babi? Adakah orang-orang Islam yang diharamkan memakan daging babi mempunyai imun terhadap virus ini? Setakat ini saya belum mendengar kes selsema babi menyerang umat Islam! Jika ada, sila nyatakan kepada saya.

Labels