Kali ini, sengaja saya ingin bawa pengunjung untuk refresh kembali kejadian-kejadian lalu di mana pengusaha makanan yang tidak bertanggungjawab sengaja membiarkan makanan yang dihasilkan dalam keadaan yang jijik, mengabaikan kebersihan dan menyalahgunakan sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jakim. Adakah anda yakin kini makanan yang anda makan selamat dan bersih? Tidak mustahil perkara begini akan berulang kembali. Bagi saya, sekali ia sudah berlaku, selamanya saya akan menjauhkan diri dari makanan tersebut. Kepercayaan saya sudah hilang kepada pengusaha makanan yang mempunyai rekod jijik dan tidak bertanggungjawab seperti kilang roti Silverbird, kilang bihun, kilang membuat belacan sehinggalah saya tidak lagi memakan ayam kalau makan di restoran milik orang Melayu sekalipun.
Antara makanan-2 yang meragukan saya ialah fishball dan fishcake, ayam restoran, mee kuning, bihun dan roti. Saya sangat cerewet dan teliti dalam mendapatkan maklumat makanan sebelum dibeli. Saya nasihatkan anda mendapatkan maklumat tentang sumber makanan ini sebelum memakannya. Semasa berkunjung ke bandar Taiping, saya pernah bertanya peniaga yong tau fu berbangsa Melayu dari mana dia mendapatkan stok fishball dan fishcake yang begitu banyak, katanya dari kilang milik bukan Melayu. Saya terus berlalu tanpa berkata apa-apa kepadanya. Ini membuktikan bahawa peniaga dari bangsa Melayu sendiri tidak mengendahkan sumber atau status halal makanan yang mereka jual. Yakinkah anda dengan status sesebuah restoran milik bangsa bukan Melayu mempamerkan sijil Halal? Walaupun ia disahkan oleh Jakim, saya tetap ragu kerana proses untuk memohon sijil Halal begitu mudah. Pada hari pemeriksaan oleh Jakim, pengusaha akan memastikan semuanya dalam keadaan bersih, sumber ayam juga dari sembelihan cara Islam, tiada makanan haram di restorannya. Kemudian Jakim akan meluluskan sijil Halal kepada restoran tersebut untuk tempoh setahun. Dalam masa setahun, macam-macam perkara boleh berlaku tanpa pengetahuan pihak Jakim memandangkan mereka sudah mendapatkan pengesahan untuk tempoh setahun, adakah mereka tetap memastikan stok ayam diambil dari sembelihan cara Islam? Adakah sijil Halal tersebut untuk seluruh menu atau masakan tertentu sahaja?
Samalah perumpamaan ketika memandu kereta, anda terlupa memasang tali-pinggang keledar, apabila nampak ada sekatan jalanraya oleh Polis, anda cepat-cepat mengenakan talipinggang keledar. Apabila tiada sekatan, anda tidak kisah kalau tak memakai seatbelt.
Begitulah terjadi kepada Ayam Dindings suatu ketika dahulu. Restoran makanan segera McDonald merupakan antara pelanggan utama kepada Ayam Dindings.
Mari kita boikot selama-lamanya peniaga-peniaga dan penugsaha makanan seperti ini.
Slideshow dipinjam dari http://kursusmakanan.blogspot.com/