Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Monday, March 23, 2009

Teh Sabah: Organik & Bebas Racun


Hari ini stok uncang teh di dapur dah hampir kehabisan. Saya pun keluar ke pasaraya untuk membeli stok serbuk teh. Sebenarnya saya boleh beli di kedai, tidak perlu pergi ke pasaraya untuk membeli teh. Sengaja saya ingin tinjau-tinjau di pasaraya untuk melihat pilihan yang ada.

Sebenarnya saya bukanlah penggemar minuman teh, tapi kadang-kala saya minum teh juga. Teringat pula dalam TV terdapat iklan Teh Sabah yang mendakwa produk teh mereka adalah organik dan bebas dari racun serangga. Saya pergi ke laman web Teh Sabah dan mencari maklumat tentang dakwaan produk ini sebagai organik. Kali ini terlintas pula di fikiran saya untuk mencuba teh ini. Teh yang menjadi pilihan saya sebelum ini ialah teh Lipton kerana saya menaruh kepercayaan kepada yang tertulis di bungkusan teh Lipton iaitu "100 peratus Semulajadi, Tiada Perasa, Pengawet dan Pewarna". Jenama teh popular yang berasal dari Cameron Highland seperti Boh dan Cameron Bharat Tea bukanlah menjadi pilihan kerana semua sudah sedia maklum tentang penggunaan racun serangganya dan tanaman juga bukan tanaman secara organik.





Akhirnya saya memilih sekotak Teh Sabah yang mengandungi 100 uncang dengan harga RM12.19. Rupanya ia lebih murah dari jenama Lipton dengan kuantiti yang sama.

Sebaik pulang, saya membancuh minuman ini. Saya gunakan 2 uncang teh dicampur dengan 2 sudu gula organik ke dalam mug di bancuh dengan air panas. Serbuk teh di dalam uncang kelihatan agak kasar, saiznya seperti tidak seragam. Ada yang kasar dan ada yang halus. Mungkin ini menunjukkan keaslian dan proses yang minima tanpa merosakkan khasiat-khasiat yang terkandung di dalam teh ini. Ermmm....memang ia rasa seperti teh yang biasa kita minum. Warnanya lebih pekat walaupun tanpa menggunakan pewarna kimia. Tetapi aromanya seperti bau ubat-ubatan herba atau akar kayu. Mungkin benar dakwaan pengusaha teh ini bahawa Teh Sabah diperbuat dari teh yang segar, semulajadi dan ditanam berhampiran tanah tinggi di kawasan pergunungan Kinabalu. Ia juga adalah salah satu dari sebilangan ladang teh di dunia yang mendapat pengiktirafan organik oleh SKAL International dari Belanda.

Walau apapun, bagi penggemar teh konvensional, mereka tentu tidak sukakan bau herba seperti Teh Sabah ini, tetapi saya akan terus menggunakan teh ini dan sudah pasti menjadi pilihan saya oleh kerana kesegarannya, bebas racun serangga dan khasiat perubatannya.

Saya ingin ingatkan bahawa saya tidak mendapat apa-apa ganjaran dari produk-produk yang saya promosikan.

Labels