Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Monday, February 23, 2009

Anda Makan Daging Klon?


Anda makan daging "klon"? Pernahkah anda ditanya soalan sebegini atau pernahkah anda terfikir tentang perkara ini? Anda tentu tiada jawapan. Teknologi klon sudah menjadi amalan biasa pada hari ini. Tiada label khas diperlukan untuk membungkus daging klon. Bagi pihak berkuasa, ia adalah daging. Tiada bezanya antara daging asli atau daging klon.

Kelahiran cacat adalah perkara biasa bagi binatang 'klon'. Teknologi pengklonan didapati menghasilkan ternakan yang tidak sihat. Kebanyakan binatang klon cepat mati, menderita kecacatan semasa lahir dan biasanya memerlukan anti-biotik.

Pusat Keselamatan Makanan Amerika mendakwa 50% lembu klon menghidapi syndrom 'offspring'. Simptom termasuk berat berlebihan dan organ luarbiasa serta sistem tubuh yang abnormal termasuk masalah jantung dan paru-paru.

Klon tidak semestinya menciplak atau meniru seratus peratus genetik asal dari pendermanya. Yang pasti, pengklonan meninggalkan dunia sains kesan yang tidak dapat dijangkakan.

Para saintis yang terlibat dalam pengklonan telah memberi amaran bahawa setiap kekurangan kecil pada binatang klon boleh mendatangkan masalah tersembunyi pada makanan. Kajian terbaru mendapati perbezaan komposisi susu dan daging pada binatang klon. Malah terdapat perkara yang lebih membimbangkan. Pembekal makanan daging mentah tidak dapat memastikan berapa banyak daging klon sudah memasuki pasaran dan terjual di pasaraya. Mereka juga tidak dapat mengesan yang mana satu daging klon kerana ia telah dibungkus di dalam bungkusan yang serupa. Maka tiada jalan untuk kita mengenal-pasti adakah daging yang kita beli itu daging yang asli atau klon. Amatlah malang apabila kita sendiri tidak dapat membuat pilihan dan tidak mengerti apa yang masuk ke perut kita itu bahaya atau tidak.

Oleh itu, apabila anda membeli daging lembu atau ayam di pasaraya atau makan di restoran makanan segera - anda sebenarnya hanya ada 2 pilihan berikut;

1. daging ternakan yang diternak dalam ladang semulajadi dengan diberi makanan semulajadi seperti rumput dan tumbuh-tumbuhan

atau

2. daging yang terhasil dari kajian saintifik yang masih belum diselidiki sepenuhnya, diberi makanan formula saintifik dan anti-biotik yang tinggi

Oleh itu, tanyalah diri anda sendiri. Adakah anda masih mahu makan daging? Atau anda perlu berusaha lebih keras untuk mendapatkan daging yang benar-benar selamat dimakan!

Labels