Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Sunday, January 11, 2009

Institusi Merbahaya: Kedai Grocery Di Dalam Hospital

Kini hospital zaman moden sudah mula berubah konsep. Dari institusi merawat pesakit, mereka juga menjalankan operasi perniagaan di dalam premis sendiri iaitu membuka kedai groseri atau lebih dikenali sebagai kedai menjual barangan kegunaan seharian dari berus gigi, ubat gigi, minuman bergas, kek, makanan kudap-kudap (junk food), makanan yang mengandungi lemak trans, mee segera, pengawet dan perisa dan sebagainya.

Tidak diketahui apakah objektif mereka membuka perniagaan ini dan ke manakah hasil keuntungan yang diperolehi dibelanjakan. Premis ini dikendalikan oleh kakitangan hospital juga, walaupun ia bukan dari staf jururawat atau mereka yang berlatarbelakangkan pendidikan perubatan.

Saya pernah ke premis seperti ini di sebuah hospital besar tempatan milik kerajaan. Di dalamnya terdapat hampir semua barangan yang diperlukan. Anda sebutkan saja, apa yang anda mahu, semuanya ada di sini. Ia seperti sebuah mini market. Pengunjung juga tidak putus-². Malah untuk membayar di kaunter, saya terpaksa beratur hampir 10 minit disebabkan barisan orang yang ramai termasuk pesakit yang masih berpakaian unifom kusut hijau lusuh. Pesakit juga adalah antara pengunjung kedai ini. Mereka yang tidak mengalami sakit yang serius dan masih boleh berjalan akan turun dari tingkat atas semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan mereka.

Tetapi apakah bahayanya premis seperti ini kepada orang ramai?
Seperti yang saya perkatakan dalam post-post saya yang terdahulu, premis seperti ini adalah tidak bertanggungjawab. Jika kedai-² groseri boleh didapati di bandar-bandar, kedai di hospital adalah lebih merbahaya. Kerana selain pengunjung kedai ini terdiri dari sanak-saudara atau sahabat yang datang menziarah pesakit, pesakit juga adalah merupakan pembeli di sini. Sanak-saudara atau sahabat yang menziarahi pesakit juga kemungkinan besar membeli sedikit "buah tangan" untuk pesakit dari kedai ini. Pesakit yang sepatutnya menerima rawatan akhirnya terdedah kepada bahaya bahan-² kimia yang terkandung di dalam makanan yang sudah diproses.

Labels