Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca semua yang semakin hari semakin ramai melawati blog ini dan bilangan follower juga semakin bertambah. Saya menganggap ini sebagai satu cabaran dan galakan untuk menambah artikel-artikel yang berfaedah kepada semua terutama golongan pengguna sehingga akhirnya kita menjadi pengguna yang bijak, hanya memilih produk yang benar-benar memberi faedah kepada kita semua dan dapat memberi tekanan serta desakan supaya pengusaha makanan, ubat-ubatan semakin memberi perhatian kepada kemahuan pengguna yang lebih baik. Lihatlah bagaimana syarikat pengeluar minuman berkarbonat gergasi seperti Coca-Cola telah memberi perhatian kepada penggunaan stevia yang berkhasiat menggantikan gula putih yang beracun, sehingga akhirnya FDA Amerika akhirnya akur untuk meluluskan penggunaan stevia. Tetapi sebenarnya ada cerita di sebalik tindakan FDA meluluskannya. Walau apapun, kita harap pengeluar minuman di negara ini akan beralih kepada penggunaan stevia daripada gula putih. Dan kita juga berharap, Cola-Cola Malaysia juga menurut jejak langkah yang baik ini.
Tunggu artikel saya dalam masa beberapa hari lagi tentang khasiat raja segala buah.
Wednesday, October 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment