Pages

Saturday, September 26, 2009

Kebaikan Kulit Kayu Manis


Kulit kayu manis atau nama saintifiknya Cinnamomum Zeylanicum adalah herba tradisional yang digunakan sejak berkurun lamanya. Ia untuk kegunaan merawat sakit kembung perut, jangkitan salur kencing, mengurangkan simptom demam dan selsema serta memiliki fungsi yang baik sebagai anti-bakteria, anti-fungi dan anti-parasit. Dalam kajian Jurnal of Food Science pada 1974, ia menunjukkan kehebatan kulit kayu manis melawan kebanyakan jenis kulat dan fungi. Ada kajian yang menunjukkan ia membantu pesakit diabetes. Ia berfungsi seperti insulin yang disuntik ke dalam tubuh pesakit, menjadikan suntikan insulin dapat dikurangkan.

Dalam masyarakat tempatan, ia sedap jika dijadikan bahan tambahan dalam minuman seperti air sirap bandung yang direbus bersama daun pandan. Ia juga digunakan sebagai penambah aroma nasi minyak dan nasi biriyani. Begitu juga dalam pelbagai jenis masakan tradisional ia begitu popular sebagai penambah perisa dan aroma yang menyelerakan.

Kulit kayu manis membantu memperbaiki sistem penghadaman. Ia juga dianggap sebagai 'pain-killer' semulajadi.

p/s: Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin dari saya kepada pembaca sekelian.

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

2 comments:

Salam,
Salah satu cara menikmati kulit kayu manis ialah dengan air teh biasa.
Bila rebus air, saya selalu masukkan cinnamon, lepastu tambahkan teh dan sedikit gula. Sedap. Dapat idea sewaktu berpicnic dengan kawan.
Bila amalkan selalu, saya perasan, saya dah lama tak kena UTI (Urinary tract infection). Kalau tak, dulu mesti selalu kena.. Tak perlu lagi antibiotic. Kalau vaginal infection pun ok kot.

mohon izin share artikel ye..

Labels