Pages

Friday, June 5, 2009

Elakkan Telur Tidak Dibasuh


Ini satu artikel pendek tentang kebersihan telur sebagai pesanan kepada semua orang. Sebelum anda memecahkan kulit telur sebelum memasaknya, eloklah telur tersebut dibasuh terlebih dahulu. Kebelakangan ini sudah banyak gerai-gerai yang menjual burger tidak membasuh telur terlebih dahulu. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila najis ayam kelihatan masih terlekat di kulit telur tersebut tetapi mereka buat tidak peduli tentangnya.

Apakah alasan telur tersebut dibiarkan tidak dibasuh kemudian dipecahkan lalu isinya tumpah bersama tahi tersebut?

Tiada alasan untuk berbuat begitu selain orang-orang yang malas dan mahu jalan pintas.

Baru-baru ini, saya pergi ke sebuah gerai burger berdekatan rumah saya. Gerai tersebut menggunakan jenama OTAI BURGER. Saya lalu memerhatikan telur-telur yang diletakkan di rak gerai tersebut. Amat jelas kelihatan tahi-tahi ayam masih melekat di kulit telur tersebut. Saya bertanya apakah telur-telur ini telah dibasuh terlebih dahulu?..jawab penjual burger tersebut seolah-olah terkejut dengan soalan saya itu, "hah, ...oo...telur-telur ini telah dilapkan dengan kain tuala terlebih dahulu". Apakah bezanya mengelap dengan tidak membasuh? Bagi saya, ia sama sahaja, selagi ia tidak dibasuh dengan air, ia tetap najis. Ia akan dimasak bersama-sama dengan telur tersebut lalu masuk ke dalam mulut anda.

Oleh itu, jika anda penggemar benjo, sila pastikan telur dibasuh terlebih dahulu. Jika tidak jangan beli dari gerai tersebut. Begitu juga apabila memasak telur di rumah, pastikan anda membasuhnya terlebih dahulu.

Dalam agama Islam, tiada alasan untuk tidak membersihkan sesuatu kecuali anda dalam keadaan darurat kerana ketiadaan sumber air.

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

1 comments:

setuju sangat2.masih ramai yang tidak menyedari atau pandang mudah perkara ini. Saya pernah ditertawakan kerana membasuh 1000 biji telur untuk kenduri kahwin di kampung. Saya pernah membatalkan order telur separuh masak di kedai mamak kerana jelas nampak najis di kulit telur.

Labels