Pages

Tuesday, May 12, 2009

Resepi 'Rahsia' Ayam Goreng KFC


Puas saya mencari-cari di laman web apakah resepi rahsia yang digunakan untuk ayam goreng KFC yang popular dan mendapat sambutan di kalangan peminat-peminat ayam goreng di negara ini, akhirnya saya jumpa dokumen yang boleh dipercayai. Dokumen ini telah lama saya simpan di dalam hard disk saya sejak 2 tahun yang lalu, baru kali ini saya ingin dedahkan kepada pembaca sekelian. Ia juga atas permintaan seorang pembaca yang minta saya post artikel berkenaan makanan fast food ini. Dalam dokumen ini, ia menyatakan kali terakhir dikemaskini pada Mei 2007.

Apa yang saya perhatikan, resepi yang digunakan untuk ayam goreng adalah pelbagai, berbeza-beza mengikut jenis hidangan atau ianya boleh berubah mengikut keperluan semasa, kemungkinan jika kekurangan stok bahan-bahan, mereka juga akan bergantung kepada pembekal bahan mentah, menukar pilihan resepi yang lain dengan rasa tidak berubah. Resepi ini adalah formula standard yang disediakan di rangkaian restoran KFC di Amerika, kemungkinan ianya tidak banyak berbeza dengan resepi KFC di Malaysia.

Berikut kandungan yang tersenarai dalam Original Recipe Chicken:
Ayam segar direndam dengan: garam, sodium fosfat, monosodium glutamat
Disalut dengan: tepung gandum, natrium klorida, trikalsium fosfat (sebagai anti-pengerakan), susu kering tanpa lemak, putih telur yang dikeringkan, bahan perasa resepi rahsia Colonel Sanders, susu, gandum dan telur. Ini hanya resepi untuk ayam sahaja, belum lagi ditambah dengan minyak untuk menggoreng.

Untuk minyak masakan yang digunakan, berikut antara yang disenaraikan:
hydrogenated vegetable oil, hydrogenated soybean oil, minyak sayuran

Bahan rahsia Colonel Sanders masih tidak didedahkan oleh pihak KFC, dan ia tentu suatu yang pelik kerana mereka tidak perlu dedahkan di dalam senarai kandungan. Walau apapun bahan rahsia yang digunakan, pada pandangan saya, tidak hairan ayam KFC menjadi lebih 'sedap' kerana kandungan Monosodium Glutamat atau MSG-nya. Sebahagian pengusaha mee segera seperti Maggi dan Yeo's menggunakan istilah Mononatrium Glutamat, kerana Natrium dan Sodium adalah bahan kimia yang sama. Inilah rahsia sebenar di sebalik kelazatan ayam KFC, bukan kerana resepi rahsianya. Ayamnya direndam terlebih dahulu di dalam larutan MSG membuatkan rasa ayamnya begitu berbeza dan lebih 'sedap' dari ayam lain. Bahan rempah-ratus rahsia yang diyatakan kemungkinan hanya 'gimik' semata-mata untuk menarik pelanggan. Saya menyedari kandungan MSG di dalam ayam KFC sejak menemui dokumen ini, dan sejak itu tidak lagi mengunjungi restoran KFC.

MSG adalah bahan kimia bertoksik index glikemik tinggi yang boleh mendatangkan masalah obesiti. Ia merangsang deria rasa supaya kita menjadi ketagihan terhadap sensasi rasanya, memutuskan tabiat mengawal pemakanan kerana anda tidak akan terasa kenyang walaupun anda sudah makan dengan banyak.

Minyak hydrogenated pula adalah lemak trans yang merbahaya yang mengumpulkan plak-plak di dalam saluran darah dan boleh menyebabkan masalah jantung.

Walau apapun yang dinyatakan di atas, terpulang kepada anda. Jika masih tidak dapat meninggalkan makanan kegemaran anda ini, anda boleh teruskan memakannya tetapi perlu mengambil risiko mendapat obesiti dan masalah jantung. Mungkin buat masa ini, anda tidak rasa apa-apa masalah, tetapi tunggu saja di kemudian hari - kerana proses pengumpulan plak boleh mengambil masa bertahun-tahun lamanya sebelum ia menyumbat saluran darah anda. Anda perlu memakan secara kerap dan banyak untuk mempercepatkan proses serangan jantung dan masalah obesiti!

Untuk muatturun resepi KFC seperti yang dimaksudkan, sila klik di SINI    Kami tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana file yang dikongsikan di sini kerana ia diperolehi dari sumber internet. TSM tidak menyimpan apa-apa file yang merupakan hakmilik persendirian.

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

10 comments:

sapa ckp mkn kfc tak kenyang?
seketul pn susah nk habiskn.
klu xnk obesiti,bukan takat berenti mkn kfc je.
nasi putih kosong pn boleh sebabkn obesiti,kalau xpandai nk kawal pengambilan.

Nasi putih yg mendatangkan obesiti tu sebab tabiat seseorang yg suka makan nasi tambah 2 hingga 3 pinggan macam tak cukup-2. cukuplah makan nasi sekadar satu pinggan dan berhenti makan sebelum rasa kenyang.

nope! bila seseorang makan ayam tu, (mungkin ya seketul ayam dh kenyang)
tp lepas tu rangsangan msg akn menyebabkan seseorang tidak akan puas dgn ayam tersebut.

i setuju dgn penggunaan msg membuatkan ayam itu lebih sedap dan manis....even kalau kita masak benda benda lain mcm daging lembu, ikan, sayur atau makanan laut....macam x lengkap kalau x tambah msg....maybe penggunaan garam atau gula mungkin membantu masakan...akan tetapi rasa msg seperti satu ketagihan...melainkan kita dibiasakan dgn masakan asli kampung sejak kecil di mana segala bahan perasa masakan adalah berasaskan garam dan gula sahaja...pasal rempah rempah rahsia kfc tu pulak memang membantu untuk menambah rasa tp msg adalah bahan paling asas dalam pembuatan ayam kfc....kalau ada rempah tp xder msg maybe ayam tu x sedap...masin mungkin ada tp manis xder....sebab tu banyak makanan ringan mengandungi msg...susah nak cr makanan ringan yg xder msg....kekadang dia tulis less msg...ada tp kurang...itu komen i hr ni.....

Dulu ada kawan yang masuk hospital.
Sebab ada batu karang dalam buah pinggang dia. Bukan sebiji, tapi ada 8 biji. Saya tanya dia punya gaya hidup, rupanya tiap-tiap hari dia makan KFC, siap buat ulam dengan nasi lagi. Lepas buat pembedahan tu dia kata sangat menyesal sebab kerap makan fastfood.. Kesimpulannya, boleh je nak makan fastfood, tapi biarlah berpada ye..

that awkward moment bila sendiri masak kat rumah pakai aji no moto tapi nk slhkn kfc.haha

nak salahkn kfc ,tapi sendiri pun pakai aji no moto masak kat rumah

Salam..Nak tahu bahaya Fastfood:baca disini http://adam-thehiddentruth.blogspot.com/2013/06/racun-yang-diutamakan-dizaman-fitnah

Dulu sahabat saya mati sebab setiap minggu makan KFC. Doktor buat kajian menjumpai dalam rempah ratus KFC mengandungi bHan yang boleh penyebab kanser. Sahabat saya mati sebab kanser otak. Beliau adalah penggemar ayan KFC. Boleh dikatakan setiap minggu sepanjang hidupnya makan KFC.

Sahabat saya meninggal kerana setiap minggu makan KFC. Beliau disahkan kanser otak. Doktor mendapati setelah menjalani ujian, menjumpai bahan di dalam rempah KFC mengandungi bahan penyebab kanser. Bukan soal kenyang atau tidak tetapi soal kepentingan kesihatan. Apapun berapa ramai yang sedar dan peka dalam pemilihan makanan seharian.

Labels