Pages

Wednesday, March 11, 2009

Paracetamol & Kafein Berkaitan Dengan Kerosakan Hati

Ambil sebiji atau 2 biji Panadol 2 kali setiap hari, telan dengan minuman kafein seperti kopi dan teh - akan mempercepatkan proses merosakkan organ hati anda. Ada juga yang melakukan sedemikian kerana ketagihan dadah. Tentu ramai dari kita pernah mendengar seorang yang rapat dengan anda mencadangkan mengambil Panadol bersama minuman bergas yang tinggi kafein iaitu Coca-Cola atau Pepsi untuk mempercepatkan tindakbalas melegakan sakit kepala.

Satu kajian yang dilakukan terhadap tikus makmal mendapati paracetamol bertindakbalas dengan kafein atau alkohol lalu kemungkinan berlipatkali ganda merosakkan hati. Panadol mengandungi sekurang-kurangnya 90% paracetamol. Bagaimanapun, menurut pengkaji tersebut, dos yang digunakan untuk kajian tersebut adalah agak tinggi untuk menghasilkan tindakbalas sebegini. Tetapi, jika terlalu kerap mengambil paracetamol dengan kafein dalam jangka masa yang lama, kemungkinan kerosakan organ hati adalah tinggi.

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

2 comments:

Salam, Lama tak tinggalkan komen di sini. Saya hanya nak kongsi, saya ni dah lama tak ambil panadol. Rasanya dah bertahun. Kalau sakit sangat kepala saya tidur atau kalau dah tak tahan saya minum air 100plus. Tu pun saya boleh minum sikit je sebab saya memang tak suka air yg bergas. Tapi alhamdulillah saya jarang sakit kepala. Ada kawan yg lebih muda dari saya tanya kenapa saya jarang demam dan sakit yg melibatkan imun sistem. Bila saya bagi tahu saya suka mengamalkan perubatan herba seperti makan madu, kurma, badam, buah goji, minyak zaitun, minyak ikan, habbatussauda dan lain-lain yang tidak diproses, mereka kata susah dan leceh. Inilah masalah orang kita sangat suka makan makanan proses dan mengambil jalan mudah untuk baik sakit cepat dengan makan ubat seperti panadol dan yg seangkatan dengannya. Kita hanya berusaha untuk mendapat kualiti hidup yg baik bukan utk hidup selama-lamanya. kualiti hidup yg baik adalah utk buat ibadah dan menikmati kehidupan yg diberi Allah ini dgn sebaik mungkin...Wallahualam.

tahniah puan/cik rohani. jika kita mengamalkan pemakanan yang asli, sebenarnya sistem imun tubuh kita sangat berterima kasih kepada kita. ia dapat berfungsi sebaik mungkin dan dapat melawan banyak jenis jangkitan kuman dan virus. bukanlah hendak bercakap besar, tapi alhamdulillah sejak mengamalkan corak pemakanan sebegini, saya tidak pernah lagi mengalami demam selsema, batuk yang teruk atau apa saja jenis demam sejak 3 tahun yang lalu. jika saya seorang pekerja, majikan tentu akan menghargai saya kerana tidak pernah mengambil cuti sakit (m.c.) ~ The Secret Medicines

Labels