Pages

Wednesday, March 25, 2009

Gula Organik vs Gula Putih

Artikel di bawah ditulis pada tahun 2009 sudah tidak lagi sesuai dengan perkembangan semasa yang diamalkan oleh penulis kerana penulis hari ini (tahun 2013) sudah tidak lagi makan gula putih walaupun sedikit. Dari 4 kilo gula organik pada masa artikel ini ditulis, penulis telah berjaya mengurangkan penggunaan kepada kurang dari 2 kilo sebulan untuk seisi keluarga. Harga semasa juga sudah meningkat dari RM6 sekarang mencecah RM11 sekilo. Perlu diketahui bahawa gula organik juga tetap gula dan ia boleh memudaratkan jika diambil dengan banyak.

Sejak bertahun yang lalu, saya telah berjaya mendidik keluarga saya supaya tidak lagi menggunakan gula putih dalam minuman ataupun makanan. Saya akan cuba elakkan menggunakan gula putih mengikut apa cara yang termampu saya lakukan. Cuma kadang-kadang apabila minum di kedai, terpaksa juga minum air yang dicampur dengan gula putih. Itupun, selalu pesan minuman "kurang manis" apabila memesan teh, kopi atau jus buah-buahan. Kadang-kala, bila ada minuman yang dibuat terlalu manis (walaupun sudah diberitahu), minta pembancuh minuman tersebut membuat semula minuman tersebut supaya ia jadi kurang manis. Itu hak saya sebagai pelanggan.

Biasanya mereka yang mengidap diabetes sahaja yang selalu memesan minuman kurang manis. Tetapi saya tidak mengidap penyakit diabetes. Ada sahabat yang bertanya sama ada saya mengidap diabetes setelah memesan minuman kurang manis, saya jawab "sebagai langkah pencegahan" sahaja. Sepatutnya, pesakit diabetes tidak boleh membuat pesanan air kurang manis, sebaliknya minuman tanpa gula. Kalau jus buah-buahan, rasa manis buah-buahan cukup sebagai pemanis minuman, tidak perlu ditambah gula putih walau sedikitpun.

Perbezaan Gula Organik & Gula Putih
Gula tebu organik diperbuat dari perahan jus tebu dan dikeringkan. Kandungan pekat dari perahan jus tebu atau disebut nira (molasses) tidak dibuang menjadikan warnanya perang. Ia berbeza dari gula putih kerana ia diproses (refined) secara kimia. Gula putih adalah sukros, ia adalah kristal putih yang terhasil setelah proses membuang semua vitamin, molasses, mineral, protin, serat dan lain-lain kandungan yang berfaedah terkandung di dalam air tebu. Ia tidak terdapat di alam semulajadi, sangat merbahaya kepada manusia, malah tidak sesuai untuk dimakan. Bagi saya, gula putih adalah racun yang merbahaya.

Gula Semulajadi
Selain itu, terdapat juga gula dari sumber semulajadi yang lain seperti fruktos (di dalam buah-buahan), laktosa (susu), maltosa (dalam makanan seperti oat, jagung dan lain-lain). Ia mempunyai faedah yang baik dalam bentuk nutrien.

Gula Perang
Terdapat juga gula perang (brown sugar) yang banyak terjual di pasaraya. Gula perang tidak mempunyai apa-apa faedah kepada manusia, malah ia sama bahaya seperti gula putih. Ia diproses (refined) terlebih dahulu, kemudian dicampur semula dengan sedikit molasses untuk menjadikan warnanya perang semula.

Untuk mengenali gula organik dan gula perang adalah sangat mudah. Anda hanya cium baunya, gula organik mempunyai aroma seperti bau nira tebu atau kelapa manakala gula perang tidak mempunyai aroma. Gula tebu organik biasanya diimport dari luar negara. Paraguay adalah pengeksport terbesar gula tebu organik. Filipina juga ada mengeluarkan gula organik. Walaupun harganya agak mahal dari gula putih, gambar pertama di atas menunjukkan kuantiti yang saya gunakan untuk stok yang boleh bertahan selama lebih sebulan. Terdapat 3 peket dan 1 botol gula organik di dalam gambar, jumlah perbelanjaan untuk stok tersebut tidak sampai tiga puluh ringgit. Jika harga sepeket 1kg sekitar RM6 ~ RM6.50, sebulan saya hanya perlu belanjakan hanya RM26 untuk kesihatan dan kelazatan minuman di rumah. Jika dahulu, saya hanya belanjakan RM6 untuk 4 peket gula putih, tetapi kini saya sedar, sebenarnya saya membayar harga kesihatan saya dengan harga yang begitu murah untuk mengundang penyakit diabetes. Sekali penyakit itu datang, anda perlu membayar kos untuk suntikan insulin setiap hari, berulang-alik ke hospital untuk pemeriksaan berjadual, kadang-kadang terpaksa bermalam di hospital sehingga doktor memberi kebenaran untuk pulang, makan pula ubat-ubatan yang diberi oleh doktor sampai bila pun boleh sembuh, hanya Tuhan saja yang tahu. Kalau nasib anda tidak baik, mungkin akan kehilangan sebahagian anggota tubuh sebab dipotong. Itulah kos yang sebenarnya jika anda menggunakan gula putih, bukan RM6 untuk 4 peket.
Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

27 comments:

Salam, info yang cukup baik. Saya pernah baca mengenai bahaya gula putih tapi masih tidak menggunakan gula organik. Tapi bila baca info ni rasa nak pergi ke kedai sekarang juga untuk beli gula organik! saya cuma nak tanya macam mana rasa gula organik ni? lebih sedap dari gula putih ke? Dekat mana boleh saya dapatkan gula organik ni? terima kasih

salam, gula organik rasanya manis seperti gula putih, cuma ia terdapat aroma seperti bau nira kelapa, kadang-2 seperti bau tebu...
mmg sedap utk membancuh teh atau kopi. bagi yg biasa minum minuman campur gula ptih, mereka akan terasa kelainan rasanya, tetapi bila sudah biasa dengannya, pasti anda suka..kata orang putih, get use to it...

~ The Secret Medicines

di mana ya nak cari gula organik ni..saya cari kat farmasi guardian giant pun tak ada...

di farmasi mmg tak ada jual. Mustahil Farmasi menjual barangan organik. kalau nak, cari kat supermarkat seperti Carrefour, Tesco dan sebagainya. Kadang-kadang kalau nasib anda baik, di pasar ikan atau kedai runcit pun boleh dapat.

~ The Secret Medicines

terima kasih kepada penulis..ini adalah satu usaha yang sungguh luar biasa dan teramat murni..saya berharap semoga usaha ini akan terus berkekalan..saya sungguh bernasib baik kerana terjumpa blog yang bermanfaat ini..saya rasa belum terlambat untuk saya berubah..buang semua yang berpotensi memberi penyakit dan ganti semuanya dengan yang benar2 bermanfaat untuk diri sendiri, anak dan suami tercinta..insyaAllah..saya tidak akan biarkan hanya saya seorang saja yang tahu tentang kewujudan blog yang bermanfaat ini..terima kasih sekali lagi..

terima kasih atas sokongan anda

~ The Secret Medicines

salam, saya nak tanya boleh ke kita menggunakan gula melaka bagi menggantikan gula putih? rasanya sedap juga bila dibancuh ke dalam air minuman cuma sya tak tahu keburukannya..boleh tak saudara tolong jelaskan?? thanks..

bagus info ini. kebetulan pula sekarang gula putih tidak lagi di jual di pasaran. oppp sorry gula putih tak ada stok. kalau tak jual terus lagi elok.

rs teruja bc info2 anda...
sangt2 dan sgt berguna...

Saya copy artikel ini & share kat blog saya..

sy sertakan sekali LINK blog ini.

tQ

sangat berguna informasi ini. saya tersilap, ingatkan gulang perang adalah gula organik. sekarang baru saya sedar. padahal saya sudah bertukar dari gula putih ke gula perang.

terima kasih... teruskan berkongsi...

betul ke seperti dikata... ke gula gula kan pembaca je ni.. just nak tau je.

boleh ke bagi bayi berusia 9 bulan minum gula organic?

gud infi nak share ye. thanks

Hi there, saya baru semalam beli gula organik di tesco, harga sebotol Rm 9.i90 shj. Rasanye seperti minum air tebu, manisnye diff sikit.

kepada "anak melayu", saya tak ada faedah nak gula-gulakan pembaca. kenapa tuan kata gitu? saya tak jual barang. nak tau betul atau tidak, carilah maklumat di dunia tanpa sempadan hari ini. bukan blog ini je sumber maklumat. cik google yg padat dgn info pun ada...dia boleh bantu. bila dah puas hati, baru buat keputusan sendiri. nak ikut atau tidak, itu masing-masing punya pendirian.

Salam..td hati tgerak utk beli sebotol gula organik mcm kt dlm gamba pertama kt atas..tgk harga terpikir gk dua tiga kali..tp akhirnya beli jgk..smpi umah trus google..alhamdulillah tjumpa post anda..mudah-mudahan ini satu petunjuk dan permulaan baru utk sya dan famili sya..

Gula ni jika tak salah saya dekat cold storage banyak jual.. tq

tumpang tanya...kalau saya nak beli gula organik ni kalau takde logo halal takpe ke?

Sudah lama saya amalkan gula organic dan garam organic. CF dan Himalaya. Tak dinafikan, kehidupan saya yang msih single dan amalkan pemakanan organic mmg memerlukan perbelanjaan yang lebih,termasuk sayur organic, dan sebagainya. Sekarang saya cuba amalkan tepung organic pula, garam putih dan gula putih dah lama saya buang sebab diketahui benda tu sgt bahaya.. pada anggapan saya, tak salah sekiranya spend duit lebih sedikit untuk kesihatan kita, sebab KESIHATAN itu tak bolek dibeli dengan wang ringgit mahupun masa muda kita yg banyak..

Sudah lama saya amalkan gula organic dan garam organic. CF dan Himalaya. Tak dinafikan, kehidupan saya yang msih single dan amalkan pemakanan organic mmg memerlukan perbelanjaan yang lebih,termasuk sayur organic, dan sebagainya. Sekarang saya cuba amalkan tepung organic pula, garam putih dan gula putih dah lama saya buang sebab diketahui benda tu sgt bahaya.. pada anggapan saya, tak salah sekiranya spend duit lebih sedikit untuk kesihatan kita, sebab KESIHATAN itu tak bolek dibeli dengan wang ringgit mahupun masa muda kita yg banyak..

Oh tepung organik pun ada ya? Belum pernah jumpa lagi, nak cuba cari lepas ni. Bolehbuat kuih-muih macam biasa ke? Kalau boleh share perbezaan rasanya..

Salam,

Minta pendapat tentang "stevia" sebagai pengganti gula.

Mak saya kini menggantikan gula putih dengan gula perang dalam minuman kerana katanya, gula perang lebih baik untuk kesihatan. Tapi bila saya baca artikel tuan, saya mula keliru. Tuan ada mengatakan gula perang juga sama seperti gula putih. Dan gula organik adalah terbaik. Adakah patut saya cadangkan ini kepada mak saya? Kerana, sebagai keluarga yang ramai dan sederhana, mungkin kami tak mampu untuk menggunakan gula organik yang mahal harganya. Walaubagaimanapun, terima kasih atas info ini.

ramai yg salah sangka bhw gula perang itu baik. sebenarnya ia sama dgn gula putih. dlm hal kemampuan utk beli gula organik, didiklah keluarga jgn pakai gula organik sebagaimana anda guna gula putih. tiba masa utk kurangkan rasa manis. kalau dah biasa, anda akan rasa 1 sudu besar tu dah sgt manis. semuanya kerana lidah dan nafsu kita. walaupun gula organik, tidak bermakna anda boleh mkn sbyk mana yg anda suke, ia tetap mengandungi glukos cuma gula organik berbeza disbbkan kandungan mineral, cara ia diproses dan kaedah penanaman tidak menggunakan racun

Good job...jaggery powder pun boleh guna..gula melaka or gula somtam pun boleh guna...utk gula melaka, cuba baca label dulu..kdg2 dicampur gula putih

Labels