Pages

Tuesday, February 24, 2009

Susuk: Rawatan Mistik Yang Bertentangan Dengan Islam


Kali ini saya ingin membawa pembaca kepada suatu isu yang menarik. Walaupun ia tiada kena-mengena dengan makanan atau produk ubat-ubatan, tetapi ia salah satu cabang 'perubatan' yang telah diguna pakai oleh sebilangan orang Melayu sejak turun-temurun iaitu 'susuk'. Tentu ramai dari kita pernah mendengar perkataan ini dan mungkin ada di kalangan generasi muda tidak dapat mengenal pasti apakah itu susuk sebenarnya.

Menurut kajian saya, teknik perubatan susuk ini telah wujud sejak beratus-ratus tahun yang lalu dan ia dipercayai berasal dari Kepulauan Jawa. Susuk menjadi pilihan segelintir orang Melayu untuk tujuan tertentu antaranya untuk merawat penyakit sendi dan gout, untuk menguatkan tenaga batin, melicinkan kulit sehinggalah kepada tujuan yang lebih jauh iaitu mencantikkan rupa paras, melunakkan suara, dan sebagai penunduk (orang lain akan menurut kehendaknya).

Proses
Sejenis jarum halus atau kepingan logam akan dimasukkan ke dalam tubuh pesakit secara fizikal (sama seperti teknik implan). Berbagai jenis bahan digunakan sebagai bahan susuk dan yang paling popular adalah jarum atau kepingan emas. Serbuk permata, raksa juga digunakan sebagai susuk. Selain dari logam, bahan-bahan dari tumbuhan termasuk dari buah-buahan, bunga-bungaan dan herba-herba turut digunakan.

Walau bagaimanapun, susuk tidak berlaku sebegitu sahaja. Susuk diadaptasi oleh kaedah perawatan secara sihir. Kerana itu, susuk adalah sejenis rawatan yang unik (haram dalam Islam) kerana ia berhubung kait dengan alam mistik.
Sebagai orang Islam, kaedah susuk adalah sangat dilarang kerana ia sudah jauh menyimpang dari aqidah. Ia bererti syirik, percaya kepada kuasa makhluk dengan menyamakan kekuasaan Tuhan.

Bagaimana Bahan Asing Boleh Mencantikkan Wajah Pemakai
Dalam Islam diakui kewujudan jin dan syaitan sebagai penghuni alam semesta ini. Semuanya adalah makhluk ciptaan Tuhan dan masing-masing mempunyai peranan dan kebolehan tersendiri. Orang Islam dilarang bercampur dan bersahabat dengan syaitan. Apabila berlaku interaksi antara manusia dan syaitan, maka berlakulah hubungan mistik dan wujudnya ilmu sihir.

Adalah tidak masuk akal apabila seseorang membuat implan jarum emas ke dalam kulit muka boleh mencantikkan wajah mereka secara automatik. Jikalau mengikut teori sains medikal, apa saja bendasing yang masuk ke dalam tubuh manusia akan tertolak keluar. Jika tidak dapat keluar, ia akan mendatangkan mudarat seperti timbul nanah, tubuh akan menjadi sakit atau paling parah boleh mendatangkan kanser.

Teknologi bio yang memasukkan bahan-bahan tiruan ke dalam tubuh manusia juga tidak terlepas dari risiko kesan sampingan. Tubuh manusia memang dijadikan seadanya dan tidak boleh bersatu dengan apa saja bahan yang berasal dari luar tubuh. Bagaimana bahan-bahan seperti emas, permata dan lain-lain yang datang dari luar boleh tinggal tetap dan bersatu di dalam tubuh manusia! Di sinilah sebenarnya sihir digunakan. Secara fizikal, si pemakai susuk sedang menderita secara dalaman. Di luaran, tidak ada perubahan rupa bentuk pada wajah mereka walau sebanyak mana jarum emas dimasukkan, tetapi pandangan mata orang lain yang melihatnya yang berubah. Bagaimana ia boleh berlaku?

Bagi orang biasa (yang tidak berilmu), pandangan mereka tertutup dan telah disihir - hanya nampak yang cantik dan indah belaka. Sukar untuk dijelaskan bila ia berhubung-kait dengan sihir. Emas atau bahan asing yang tertanam di dalam tubuh mereka membawa elemen-elemen sihir yang menutup segala keburukan dan kehodohan rupa sebenar si pemakai. Dengan itu, orang lain akan mudah jatuh cinta pada pandangan pertama. Begitu juga dengan susuk untu suara, orang lain akan mendengar suara yang begitu merdu dari si pemakai. Dalam hal yang lain, orang ramai akan menurut sahaja dan mudah tunduk kepada arahan atau pendapat si pemakai. Mereka tidak sedar bahawa seseorang itu pemakai susuk sehinggalah apabila diberitahu. Teknologi imbasan moden seperti mammografi dapat mengesan kewujudan bahan-bahan susuk di dalam tubuh (lihat gambar).

Kebiasaannya, mereka yang memakai susuk percaya bahawa inilah satu-satunya jalan untuk mengubah nasib atau rupa paras mereka. Kepercayaan ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Ia adalah amalan yang berdosa besar dan dosa yang tidak terampun.

Sebagai orang Islam, amalan perubatan rohaniah sebegini bukan saja mendatangkan kebinasaan kepada pengamalnya, malah mengundang kemurkaan dari Tuhan. Ia tidak sepatutnya dijadikan sebahagian dari kaedah perubatan. Ia hanyalah salah satu kaedah syaitan untuk merosakkan manusia demi memuaskan kehendaknya. Jika dijadikan perumpamaan, penipuan oleh pengusaha makanan dan ubat-ubatan moden hari ini demi keuntungan dan hawa nafsu mereka tidak ubah seperti syaitan. Hanya cara mereka berbeza.

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

5 comments:

salam, boleh x nanti discuss sal air waterccooler? btol ke ad klorin? dan bahaya x kepada tubuh manusia? tq

oo...so, watercooler bahaya x untk kesihtn? what bout sesetengah y xde penapis ultraungu tu?

sorry for this further question~

Bahaya atau tidak sesuatu watercooler adalah terlalu subjektif. Ada yg memberi faedah, ada yg kurang. Yg memberi kebaikan kpd pengguna yg saya maksudkan bukanlah watercooler semata-mata, ia lebih dikenali sbg water filter atau water purifier.

Watercooler yg biasa didapati dgn 1 atau 2 penapis dipasang secara terus di sambungan paip domestik sebenarnya tidak menjamin kualiti air tersebut. Malah ia didapati dgn harga yg begitu murah, antara RM20 hingga RM40 seunit. Penapis jenis ini tidak menghalang seluruh bahan cemar seperti plumbum, merkuri dan lain-lain termasuk berbagai jenis mikroorganisma.

Water filter yg baik mengandungi pelbagai peringkat penapisan yang berbentuk kartrij yg bersaiz kecil. Ia juga mestilah melalui sambungan tiub yg lebih kecil, biasanya dari tiub PVC bersaiz tidak lebih 10mm diameter. Penapis yg baik yg mengandungi pelbagai peringkat penapisan tidak akan mampu menampung aliran air dalam kuantiti yang besar dalam satu-satu masa. Oleh itu, pengeluar mengawal sistem aliran air yg memasuki sistem dengan kuantiti yg lebih kecil. Sesetengah penapis hanya menapis bahan-bahan cemar dan sesetengah lagi menggunakan sinar UV utk menghapuskan bakteria serta microorganisma. Bukan semua penapis mampu menghapuskan bakteria.

Utk memastikan sesuatu penapis baik, ia perlulah mendapat pengiktirafan dari National Science Foundation (NSF). Ia sebuah organisasi non-profit yg menjalankan kajian menilai tahap keselamatan dan kualiti makanan, air dan lain-lain produk pengguna.

~ The Secret Medicines

oo..br sy fhm
thnx 4 d in4mtn!

bagaimanakah caranya untuk menghilangkan atau mengeluarkan susuk mengikut cara islam???

Labels