Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Sunday, December 27, 2009

Fakta Penting Yang Perlu Diketahui Tentang Viagra (Sildenafil Citrate)

  • Info Keselamatan
    Jangan ambil VIAGRA jika anda sedang mengambil ubat-ubat yang mengandungi nitrat termasuk nitrogliserin. Tekanan darah akan jatuh dengan pantas dan boleh membawa maut.
    Mengenai Masalah Lemah Tenaga Batin (Erectile Dysfunction)Ia bermaksud seseorang lelaki tidak mampu mencapai ketegangan alat kelamin untuk melakukan hubungan seks. Ia mungkin disebabkan masalah kesihatan, kecederaan atau kesan sampingan dari ubat berjadual. Puncanya tidak dapat dipastikan.
    Mengenai VIAGRAVIAGRA digunakan untuk membantu lelaki yang mempunyai masalah ED. Bila seorang lelaki hendak melakukan hubungan kelamin, VIAGRA membantu mengekalkan ketegangan semasa sedang dalam keadaan ghairah. Anda tidak boleh mencapai ketegangan dengan hanya menelan VIAGRA. Hanya doktor yang bertauliah sahaja boleh membenarkan penggunaan VIAGRA.VIAGRA tidak merawat ED. Ia hanya membantu dan mengekalkan ketegangan. VIAGRA tidak menghalang anda atau pasangan anda dari penyakit jangkitan hubungan seks seperti HIV. Anda masih memerlukan kondom sebagai langkah keselamatan. VIAGRA bukanlah hormon atau pemangkin nafsu syahwat (aphrodisiac).

    SIAPA YANG MEMERLUKAN VIAGRA?
    Lelaki yang mempunyai masalah ED dan mereka tiada masalah jantung. Jika anda ada masalah jantung, anda tidak sesuai mengambil VIAGRA.

    SIAPA YANG TIDAK BOLEH AMBIL VIAGRA?
  • - Mereka yang pernah mengambil ubat-ubatan nitrat seperti nitrogliserin, isosorbide mononitrat atau dinitrate, amyl nitrat atau nitrite
  • - Mereka yang alergik kepada kapsul VIAGRA


SEBELUM ANDA MENGAMBIL VIAGRA
Beritahu doktor jika anda pernah mengalami:
- Sakit jantung, degupan tidak sekata atau strok

- Kegagalan jantung seperti sakit dada atau injap aortik yang mengecil
- Tekanan darah tinggi atau rendah
- Kecederaan mata yang serius
- Kondisi mata yang dipanggil retinitis pigmentosa
- Masalah buah pinggang atau hati
- Masalah darah seperti sel anemia atau leukemia
- Mereka yang berkhatan, penyakit Peyronie atau ketegangan yang berakhir selepas 4 jam
- Ulser perut atau apa-apa masalah pendarahan

Beritahu doktor tentang semua ubat yang anda sedang ambil termasuk ubat-ubat yang dibeli di farmasi, vitamin dan produk herba.

Beritahu jika anda sedang mengambil:
- Ubat yang dipanggil alpha-blockers untuk merawat tekanan darah tinggi atau masalah prostat. Tekanan darah anda boleh menjadi terlalu rendah. Doktor mungkin memberi anda dos VIAGRA yang rendah.
- Ubat yang dipanggil protease inhibitors untuk HIV.
- Lain-lain kaedah yang boleh merangsang ketegangan termasuk pil, suntikan, implan atau pam.

KEMUNGKINAN KESAN SAMPINGAN DARI VIAGRA
Kebanyakan kesan sampingan antara kecil hingga pertengahan. Ia biasanya hilang selepas beberapa jam. Sebahagian darinya mungkin disebabkan oleh dos yang berlebihan.
Kesan sampingan Paling Biasa:- Sakit kepala- Sakit perut

Kesan Sampingan Jarang-Jarang Berlaku:

  • - Bermasalah untuk membezakan warna biru dan hijau atau melihat kebiru-biruan pada sesuatu objek
  • - Mata semakin sensitif kepada cahaya- Pandangan yang kabur
    Kesan Sampingan Yang Paling Kurang Berlaku:- Ketegangan hingga 4 jam. Jika ia tidak dirawat, kesan jangka panjang ialah mati pucuk.
  • - Kehilangan pandangan secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua-dua mata. Bagaimanapun, ia tidak dapat dipastikan sama ada ia disebabkan VIAGRA atau faktor lain. Ia kemungkinan juga terjadi disebabkan masalah tekanan darah tinggi atau diabetes. Jika mengalami masalah ini, berhenti ambil VIAGRA dan ubat-ubat lain dan pergi berjumpa doktor secepat mungkin.
  • - Kehilangan pendengaran secara tiba-tiba. Bagaimanapun, ia tidak dapat dipastikan sama ada ia disebabkan VIAGRA atau faktor lain. Ia kemungkinan juga terjadi disebabkan masalah tekanan darah tinggi atau diabetes. Jika mengalami masalah ini, berhenti ambil VIAGRA dan ubat-ubat lain dan pergi berjumpa doktor secepat mungkin.
  • - Serangan jantung, strok, degupan jantung tidak sekata, dan maut. Bagaimanapun, ia tidak dapat dipastikan sama ada ia disebabkan VIAGRA atau faktor lain. Kebanyakan kes ini berlaku pada lelaki yang mempunyai masalah jantung.

BAGAIMANA UNTUK MENGAMBIL VIAGRA
LAKUKAN PERKARA BERIKUT:

  • - Ambil mengikut cara yang telah ditentukan oleh doktor anda. VIAGRA datang dalam kapsul 25mg, 50mg dan 100mg. Doktor akan memberitahu anda berapa banyak yang perlu diambil.
  • - Jika anda berumur melebihi 65 tahun dan mempunyai masalah hati atau buah pinggang yang serius, doktor kemungkinan akan memulakan dengan pengambilan dos yang rendah (25mg).
  • - Ambil VIAGRA kira-kira sejam sebelum anda melakukan hubungan seks. VIAGRA mula bekerja dalam masa 30 minit semasa anda mula merasakan keghairahan seksual. VIAGRA berakhir sampai 4 jam.

JANGAN LAKUKAN:

  • - Jangan ambil VIAGRA lebih dari sekali dalam sehari- Jangan ambil dos melebihi dari yang diberitahu oleh doktor anda. Jika anda fikir anda perlukan lebih dos, cakap dengan doktor anda.
  • - Jangan mula atau berhenti mengambil apa-apa ubat sebelum berjumpa dengan doktor.
    Ini adalah ringkasan sebahagian dari maklumat penting yang perlu diketahui sebelum mengambil VIAGRA.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web http://www.viagra.com/

Terlalu banyak kesan sampingan dari pengambilan VIAGRA dan ia menakutkan. Maklumat di atas diambil dari Pfizer, pengeluar ubat VIAGRA. Pengeluar mengambil sikap jujur dengan memberi kesedaran kepada orang ramai akan komplikasi yang bakal terjadi kepada pengguna. Mereka sedar akan kesannya boleh jadi serius. Ulasan saya secara peribadi, VIAGRA adalah sejenis ubat yang merbahaya dan boleh memberi kesan yang tidak dijangka. Ia salah satu jenis dadah yang kuat yang mampu bertindakbalas secara agresif dalam tubuh kita walaupun diambil mengikut sukatan yang diberikan. Oleh itu, seboleh-bolehnya elakkan mengambil VIAGRA selagi ada cara lain yang lebih selamat.

Saturday, December 26, 2009

Teh Tarik Satu Untuk 100 Gram Kolesterol & Risiko Kencing Manis


Minuman popular di negara ini, siapa yang tak pernah minum teh tarik seumur hidup mereka? Mungkin sukar untuk mencari walau seorang di kalangan orang terdekat dengan kita! Ia sudah sinonim dengan 'kedai kopi, 'mamak stall', lepak-lepak, 'jom pekena....'. Kalau pergi ke kedai mamak atau gerai-gerai di tepi jalan, kemungkinan besar pilihan utama kita atau rakan-rakan adalah teh tarik. Jika ada yang mahu minuman sejuk, mereka pesan teh ais.
Teh tarik atau teh ais sama saja dari segi komplikasinya. Ia ditambah susu pekat manis sebagai pelazat minuman. Tanpa susu, ia tidak digelar teh tarik. Susu pekat manis ini mengandungi gula yang tinggi serta kolesterol tidak baik. Apabila meminumnya, biasanya tekak kita akan terasa seperti mempunyai kahak atau mukus. Bagi yang sudah biasa minum teh tarik, mungkin ia tidak terasa atau sudah lali dengan keadaan itu malah menganggap ia perkara biasa kesan meminum susu. Bagi saya yang sudah lama tidak minum, kadang-kadang nafsu tidak dapat dikawal. Sesekali saya minum lalu saya akan menyesal selepas itu kerana memesan teh tarik. Tekak terasa kesat seperti terdapat pepejal di dalam kerongkongan. Terpaksa pulang ke rumah dan minum sesudu madu lebah untuk melicinkan kembali tekak saya.
Setiap hari masyarakat Malaysia minum teh tarik atau minuman yang mengandungi susu. Kita lakukan rutin yang sama hampir seluruh hidup kita. Kanak-kanak sebelum ke sekolah diajar bersarapan dengan roti keju, mentega atau marjerin, nasi lemak, donat dan minum susu. Semuanya mengandungi kolesterol yang tinggi. Akhirnya, pada lingkungan umur 50-an, kita akan memiliki kadar kolesterol yang sama dengan kolesterol yang terdapat dalam beribu-ribu potongan daging. Tidak hairan penyakit jantung masih pembunuh nombor satu di Malaysia. Tiada jawapan lain yang lebih muktamad dari itu.
Pengeluar susu dari syarikat tempatan mahupun syarikat asing berterusan membuat iklan dan propaganda mengatakan susu itu baik untuk kesihatan. Malah perkataan Teh Tarik sudah dipopularkan pada label tin susu keluaran mereka - demi menggalakkan orang ramai minum teh tarik. Padahal tahap gula yang tinggi dalam susu pekat adalah sama dengan minuman berkarbonat! Apalah bezanya minuman berkarbonat dengan susu pekat manis? Kedua-duanya mengundang penyakit, malah susu membawa bersama kolesterol di samping gula.
Jika anda pernah berbual bersama atlit atau penyanyi - mereka akan cuba mengelak dari meminum susu kerana mereka tahu susu menyebabkan kehadiran mukus. Ia mengakibatkan para ahli sukan tidak dapat mencapai prestasi yang optimum, penyanyi tidak dapat mengawal suara dengan baik dan lancar. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan serangan asma, suatu reaksi alergik terhadap susu. Maka dengan alasan apa lagi yang boleh mengatakan minum susu tidak menyebabkan mukus?
Sebagai pilihan lain untuk menggantikan teh tarik dan susu pekat, sebaiknya minum air suam sahaja. Jikalau anda tidak dapat menahan nafsu, anda boleh mendapatkan bekalan susu segar, tetapi susu segar yang organik biasanya sukar diperolehi di kawasan-2 bandar. Susu yang diperah dari lembu yang diternak di ladang ternakan secara besar-besaran (lembu tenusu) semuanya disuntik dengan hormon bovin yang dihasilkan dari kejuruteraan genetik, yang merangsang ternakan untuk menghasilkan lebih banyak susu dari kadar biasa.
Pilih Minuman Tanpa SusuAda yang bertanya kepada saya, bolehkah kita gantikan susu dengan serbuk krim bukan tenusu! Bagi saya serbuk krim tidak kurang memberi masalah kepada kita. Ia dihasilkan dari lemak sayuran atau minyak kelapa sawit yang mengandungi kolesterol tidak baik. Sebaiknya elakkan minum minuman bersusu atau berkrim kerana ia mengandungi lemak - lemak yang kita sudah perolehi dari makanan seharian sudah berlebihan dan tidak sepatutnya ditambah lagi.
Teh OrganikSeperti yang pernah saya sebutkan dalam post saya dahulu, teh yang saya sarankan ialah Teh Sabah kerana ia ditanam di ladang yang tidak menggunakan racun serangga dan tanpa pewarna. Anda akan lihat warnanya yang kurang pekat kerana ia tidak ditambah bahan pewarna, tetapi rasa tehnya tetap ada. Tidak dinafikan terdapat jenama teh popular yang menggunakan bahan pewarna.
Kini, saya sudah boleh mengamalkan memesan minuman di kedai tanpa gula - kerana saya akan gunakan gula organik yang saya bawa sendiri dari rumah dipaketkkan ke dalam bungkusan kecil mengikut sukatan tertentu. Kemudian saya bancuh sendiri dan kacau - biasanya orang berdekatan akan memerhatikan gelagat saya dengan wajah penuh persoalan!

Friday, December 25, 2009

Bahaya Plastik




Kehidupan kita hari ini penuh dengan plastik. Dalam kenderaan, permainan kanak-kanak, pembungkusan, barangan rumah, komputer, sudu dan garfu, alat-alat perubatan dan banyak lagi - tidak mampu disenaraikan semuanya sekali. Plastik diperolehi secara murah, dan ia memiliki kelebihan tersendiri dari segi daya ketahanan seperti tahan kebocoran, tahan panas atau sejuk, mudah dibentuk malah ia lebih ringan berbanding logam. Penemuan plastik telah banyak membantu memudahkan kita dalam kehidupan.

Malangnya penggunaan plastik secara tidak terkawal telah mencemarkan dunia hari ini.
Ia juga mengotori dunia kita, menyumbat longkang-longkang, menghalang aliran air sungai dan membunuh hidupan di laut. Plastik mengambil masa beratus-ratus tahun untuk lupus, maka ia tidak boleh musnah dalam jangka masa yang pendek. Jika dibakar, ia akan menghasilkan gas bertoksik lalu mencemar alam sekitar. Meskipun ia banyak membantu memperbaiki kehidupan kita, ia sebenarnya membawa bersama bahaya yang tidak ramai sedari.

Bahan plastik akan bertindakbalas secara kimia apabila dipanaskan. Sejenis kimia yang dipanggil bisphenol-A (BP-A) terhasil dan akan merangsang pertumbuhan sel kanser di dalam tubuh apabila ia masuk bersama-sama makanan yang kita makan atau minuman botol yang diteguk. Secara asasnya, plastik tidak merbahaya kepada kita, tetapi bila ia mengalami perubahan suhu, BPA yang terhasil itu akan meracuni tubuh kita. Oleh itu, elakkan menggunakan bekas plastik sebagai bekalan mengisi minuman sebaliknya gantikan dengan bekas logam tahan karat atau gelas.

Minuman botol yang didapati di pasaraya hari ini hampir semuanya menggunakan botol plastik. Ada yang berpendapat ia tidak mengapa jika digunakan kali pertama sejak ia dibotolkan dikilang pengeluar minuman. Mereka berpendapat ia adalah botol pakai buang - selepas digunakan ia tidak perlu lagi disimpan. Pendapat begini adalah silap. Plastik sebenarnya telah dipanaskan sebelum kita menggunakannya. Malangnya ada di kalangan masyarakat kita menggunakannya untuk mengisi air 'kosong' atau minuman kopi dan sebagainya lalu dibawa bersama ke tempat kerja sebagai bekalan.

Perlu diketahui bahawa proses membentuk botol minuman bermula dengan pemanasan. Dari tiub plastik sebesar ibu jari, ia dipanaskan dan dilentur kepada berbagai rupa bentuk yang dikehendaki oleh pengeluar minuman. Adakalanya, bentuk botol membezakan jenis minuman atau syarikat pengeluar. Sejak awal lagi, plastik yang kita minum itu sudahpun melalui proses pemanasan. Jika ia dibersihkan sebelum minuman dimasukkan, ia belum tentu menjamin botol itu bebas dari BP-A.

Bagaimana pula dengan proses penghantaran? Jika anda fikir ia masih selamat, bayangkan lori atau apa saja yang membawa botol minuman dari kilang yang sudah siap untuk dipasarkan ke kedai atau pasaraya! Tentu ia akan mengalami perubahan haba semasa dalam perjalanan. Negara kita mengalami iklim yang panas antara 29 hingga 34 Selsius. Dengan kadar suhu 25 Selsius sudah cukup untuk membuat botol plastik bertindakbalas menghasilkan BP-A.

Di Amerika, ramai Veteran perang Teluk dikesan mendapat berbagai jenis kanser seperti prostat sejak pulang dari operasi di Iraq. Dalam kajian dilakukan, mereka mengesyaki penggunaan botol plastik secara berluasa sebagai bekas minuman mereka menyumbang kepada penyakit kanser. Malah cuaca yang panas di kawasan padang pasir menambah burukkan lagi keadaan. Sejak itu, pihak pentadbiran ketenteraan menukar bekas minuman tentera mereka kepada bekas logam. Walaupun begitu, ia masih tidak mengharamkan penggunaan bekas plastik terhadap orang awam.

Kerajaan sepatutnya mengharamkan penggunaan plastik sejak dulu lagi. Tetapi untuk mengharapkan tindakan sedemikian adalah suatu keajaiban kerana plastik sudah digunakan secara leluasa di serata dunia dan belum ada mana-mana pihak yang berani mengharamkan penggunaan plastik termasuk di Amerika sendiri. Berjuta-juta perniagaan mengaut keuntungan berbilion-bilion ringgit dengan kos pengeluaran yang murah dengan adanya plastik. Harga barangan dapat diminimakan dengan penggunaan plastik. Malah kita dapat memiliki barangan dengan harga yang rendah disebabkan penggunaan bahan plastik. Itu belum lagi dikira keuntungan yang dibuat oleh syarikat atau kilang membuat plastik!


Plastik terdiri dari berbagai jenis dengan nombor kod tertentu sebagai identifikasi. Berikut antara jenis plastik yang anda MESTI ketahui dan ada di antaranya membawa risiko yang sangat merbahaya:

Plastik No. 1 - PET (Polyethylene terephthalate)
Terdapat pada minuman ringan seperti air galian dan minuman berkarbonat, botol pencuci mulut, botol minyak masakan. Ia mudah terhakis, haus dan mengeluarkan sisa-sisa toksik.
Ia hanya digunakan sekali sahaja.

Plastik No. 2 - High Density Polyethylene (HDPE)
botol detergen, karung sampah, botol minyak enjin
Hanya plastik jenis ini dikatakan mempunyai risiko yang rendah untuk digunakan berulang-kali. Jangan pula ada yang gunakan bekas minyak enjin atau bekas detergen sebagai bekas menyimpan air minuman. Bagaimanapun, ia tetap menghasilkan toksik pada kadar yang minima.

Plastik No. 3 - Poly Vinyl Chloride (PVC)
Digunakan sebagai botol syampu, botol minyak masak, salutan wayar elektrik, peralatan perubatan, paip. Ia sudah diketahui sangat merbahaya kerana boleh menghasilkan toksik pada kadar yang tinggi. Jauhkan plastik jenis ini dari menyentuh makanan semasa panas.

Plastik No. 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)

Plastik No. 5 - Polypropylene (PP)
Biasa digunakan sebagai botol sos, botol kicap, botol ubat-ubatan, straw, botol susu bayi, penutup botol. Memerlukan suhu yang lebih tinggi untuk dicairkan. Ada yang menerimanya sebagai bekas makanan oleh sebab kadar tindakbalasnya yang perlahan terhadap haba. Ia mempunyai risiko yang rendah kepada pencemaran minuman atau makanan.

Plastik No. 6 - Polystyrene (PS)
Bekas polistrin yang biasa digunakan oleh masyarakat kita apabila membeli makanan yang dibawa balik atau 'tapau'. Bekas telur juga adalah dari jenis polisterin tetapi ia tidak memberi kesan sampingan jika setakat digunakan untuk menyimpan telur. Polisterin adalah plastik yang merbahaya digunakan sebagai bekas makanan tetapi di Malaysia, ia adalah pilihan yang popular bagi peniaga-2.

Plastik No. 7 - lain-lain
Semua jenis plastik selain jenis di atas dikategorikan sebagai kod 7. Antaranya seperti plastik sunglass, cakera DVD, papan tanda, casing komputer. Antara yang merbahaya adalah polikarbonat (PC).

Wednesday, October 28, 2009

Resepi 'Sihat' di TV

Saya selalu tersenyum sinis menonton program-2 'talk-show' waktu pagi di televisyen tempatan yang menyelitkan segmen resepi masakan dari chef-chef terkenal, kononnya resepi yang ditonjolkan baik dan sihat, ada yang mendakwa resepi mereka sesuai untuk pesakit darah tinggi, lemah jantung dan diabetes - dengan alasan mereka tidak menggunakan bahan-bahan yang menambahkan kesan negatif kepada pesakit seperti garam, gula dan sebagainya.

Terbaru saya menonton seorang chef menggunakan resepi masakan tanpa menggunakan garam, kononnya masakan itu sesuai untuk pesakit darah tinggi. Saya ingin tanya satu soalan sahaja - bagaimana dengan garam yang terkandung di dalam kicap soya, sos tiram, sos cili dan sebagainya yang dimasukkan ke dalam resepi mereka?

Benarkah resepi itu sesuai untuk pesakit? Apakah mereka tidak sedar kandungan dalam bahan-bahan yang mereka gunakan atau sengaja menyembunyikannya untuk tujuan pemasaran!

Sunday, October 25, 2009

Khasiat Durian


Buah durian (durio zibethinus) sangat terkenal di Asia di mana ia mempunyai kulit yang keras dan berduri serta bau yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Isinya lembut dan manis. Hotel-hotel di negara ini juga melarang pengunjung membawa buah durian ke dalam bilik mereka kerana baunya yang kuat. Ia digelar sebagai raja segala buah bukan kerana kulitnya yang keras dan berduri, tetapi kerana khasiat yang dimilikinya. Durian mengandungi phytonutrien dan anti-oksidan yang tinggi. Ia dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah. Ada kajian mendapati durian dapat mengelakkan jangkitan kulat. Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.

Durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B, C dan E dan ia tinggi kandungan anti-oksidan. Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok. Dengan cara ini, ia mengurangkan proses penuaan membuatkan kita awet muda. Ia juga baik dimakan ketika demam.

Tryptophan adalah antara bahan yang didapati di dalam asid amino di dalam durian. Tryptophan adalah keperluan bagi mengawal tahap serotonin dalam tubuh. Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan.

Tidak seperti kebanyakan buah-buahan yang lain yang dijolok atau dengan memanjat pokok untuk mendapatkan buahnya, durian diambil setelah buahnya jatuh secara otomatik dari pokoknya, menandakan buah itu sudah cukup masak. Biasanya pemilik dusun durian akan menebas semak-samun di sekitar kawasan pokok durian untuk memudahkan mereka mencari buah-buah yang sudah jatuh. Ada yang membina pondok atau pangkin khas untuk tempat mereka duduk menunggu durian jatuh. Tetapi perlu berhati-hati ketika mencari durian di musim buahnya gugur kerana jika jatuh di atas kepala, ia membawa kecederaan yang serius.

Durian sedap dan berkhasiat dimakan sebaik buahnya gugur sehingga 4 hari. Kualitinya semakin berkurang selepas seminggu ia dipungut. Durian juga sesuai dimasak kuah dengan gula melaka dan daun pandan. Ia juga dijadikan tempoyak sebagai pes.

Teringat aku semasa kecil, bagaimana bunyi buah durian gugur kedengaran di waktu malam apabila tiba musimnya. Arwah ayah menanam pokok durian tersebut sejak hampir sepuluh tahun lamanya. Adakalanya, buah durian itu tidak ditemui di waktu siang kemungkinan dicuri orang. Kadangkala, aku tidur di bawah rumah dengan abang kandungku untuk memastikan buah durian tidak dicuri orang. Begitulah hebatnya buah durian, ada yang sanggup mencuri untuk menikmati kelazatannya.



Nilai Nutrisi setiap 100 g durian

* Vitamin A: 20-30 I.U.
* Asid Askorbik: 23.9-25.0 mg
* Vitamin E: "tinggi"
* Kalsium: 7.6-9.0 mg
* Fosforus: 37.8-44.0 mg
* Potasium: 436 mg
* Thiamina: 0.24-0.352 mg
* Riboflavin: 0.20 mg
* Niacin0.6: 83-0.70 mg
* Zat besi: 0.73-1.0 mg
* Gula (purata) 12.0 g
* Protin: 2.5-2.8 g
* Lemak: 5.33g
* Serat: 3.8 g
* Jumlah Karbohidrat: 30.4-34.1 g
* Kalori: 144

Wednesday, September 30, 2009

Cadmium Dalam Makanan Laut


Cadmium merupakan satu lagi masalah pencemaran yang sedang melanda dunia hari ini. Ia tidak kurang seperti pencemaran merkuri, plumbum dan zink. Cadmium berkaitan dengan proses perindustrian seperti proses saduran logam di kilang-kilang elektronik dan semikonduktor, kilang membuat bateri, plastik dan lain-lain bahan sintetik. Kaedah paling utama kepada pendedahan cadmium di dalam industri ini ialah melalui udara dan pernafasan. Ia sangat karsinogenik. Pendedahan secara berterusan boleh mendatangkan pelbagai jenis kanser, pneumonia malah maut. Kimia yang terbebas dari bunga api juga mengandungi cadmium.

Kajian sotong kering mengandungi cadmium oleh Persatuan Pengguna P. Pinang (CAP) baru-baru ini membuktikan bahawa masalah pencemaran lautan di negara ini adalah benar dan tidak dapat disangkal lagi. Mereka mendapati ia bukan saja terdapat di dalam sotong, malah ikan bilis yang bersaiz kecil juga mengandungi cadmium dalam kadar yang rendah. Kita semua tahu bahawa ikan bilis adalah spesis ikan kecil. Paling besar pernah direkodkan adalah sepanjang 9 inci. Dalam setahun, ia boleh mencapai panjang 4 inci. Walaupun ia cepat matang, dalam jangka masa pendek ia sudah membawa cadmium. Jika ini berlaku kepada semua spesis ikan kecil, ikan apa lagi yang selamat untuk kita makan? Ini membayangkan betapa seriusnya masalah pencemaran di negara ini. Kita anggap sotong yang yang dijadikan spesimen itu diambil dari sumber negeri asalnya. Pulau Pinang antara negeri yang maju di negara ini tetapi terpaksa membayar harga kemajuan itu dengan laut yang dicemari bahan-bahan toksik dari industri seperti cadmium dan lain-lain.

Bagaimanapun, kita bernasib baik kerana logam berat yang mencemari makanan kita hari ini masih dapat diatasi dengan mengamalkan makanan-makanan semulajadi dan herba-herba yang mudah diperolehi. Antaranya ialah bawang merah, bawang putih serta tumbuhan alga dari lautan seperti klorofil. Ia membantu menyah-toksik bahan-bahan seperti cadmium, plumbum dan merkuri dari tubuh.

Tuesday, September 29, 2009

Pilihlah Ikan Yang Rendah Merkuri


Klik untuk besarkan
Kebanyakan jenis ikan laut hari ini dicemari oleh merkuri. Sebahagiannya mengandungi lebih merkuri dari yang lain. Tetapi apakah itu merkuri? Kenapa ia perlu dielakkan?

Merkuri adalah sejenis logam berat yang mencemari sungai-sungai, lautan yang memberi risiko penyakit kepada manusia yang memakan ikan yang tinggi kandungan merkuri. Ia boleh menyebabkan kelahiran cacat, kerosakan hati, kanser dan lain-lain masalah kesihatan yang serius. Bahan cemar merkuri datang dari berbagai sumber. Ia boleh datang dari kilang-kilang dan loji-loji rawatan kumbahan yang anda boleh lihat dengan mata anda sendiri di mana semuanya akan mengalir ke lautan. Ia juga boleh datang dari sumber-sumber yang anda tidak boleh lihat seperti pembuangan bahan kimia dari saluran-saluran perparitan dan juga sistem saliran penternakan. Semua bahan buangan ini akan melalui perjalanan yang jauh sehingga akhirnya sampai ke lautan, malah ia boleh dibawa melalui udara (asap hitam dari serombong kilang boleh dilihat di merata tempat). Ikan-ikan ini akan terdedah kepada pencemaran bahan kimia melalui air dan makanan yang ia makan. Semasa proses membesar, ia boleh berkumpul membentuk daging yang telah tercemar. Bahan cemar ini juga boleh didapati pada sisik, kulit, lemak, organ-organ dalaman dan otot tisu lalu dimakan oleh manusia.

Ikan jenis pemangsa yang makan ikan lain, atau ikan yang mempunyai jangka hayat yang panjang mempunyai lebih banyak merkuri berbanding ikan kecil. Tetapi tiada cara untuk mengetahui sama ada ikan itu dicemari oleh merkuri atau tidak - dengan hanya melihatnya saja. Apa yang boleh kita lakukan ialah, makan ikan-ikan yang bersaiz kecil atau ikan yang hanya makan serangga dan tumbuhan akuatik. Jauhi memancing ikan di kawasan-kawasan berdekatan pelabuhan dan perindustrian seperti di Port Klang dan Pelabuhan Lumut.

Poster di atas mengenalpasti tahap pencemaran merkuri secara purata di kalangan ikan yang banyak ditangkap dan dimakan oleh manusia. Kemungkinan ada jenis ikan di dalam poster ini yang tidak terdapat di negara ini, tetapi sekurang-kurangnya kita mendapat sedikit maklumat tentang ikan-ikan yang patut dielakkan. Ia bukanlah bertujuan untuk menjauhkan dari memakan ikan. Wanita mengandung dan kanak-kanak di bawah umur 8 tahun disarankan hanya makan ikan yang rendah merkuri sahaja. Dalam poster ini menunjukkan ikan kecil iaitu tenggiri dari lautan Atlantik menunjukkan tahap merkuri yang sangat rendah. Diharap ikan tenggiri yang kita makan dari lautan Pasifik dan Lautan Hindi juga memberi petunjuk yang sama.

Sunday, September 27, 2009

Ikan Sebelah (Halibut)


Walaupun saya belum pernah makan ikan ini, saya sangat syorkan pembaca makan ikan ini kerana ia mengandungi omega 3 yang tinggi. Sebaiknya, cari yang bersaiz kecil bukan seperti di dalam gambar supaya ia kurang kesan pencemaran. Ada cerita yang mengisahkan ia ikan sisa nabi, iaitu setelah memakan sebelah badannya, beliau mencampakkan ke laut lalu ikan itu hidup.

Limau Nipis Penawar Kembung Perut


Saya sering mengalami kembung perut yang amat menyakitkan apabila tersalah makan atau terlalu banyak makan makanan yang 'berangin' seperti serat dan bijirin. Ia boleh membuat saya berasa tidak selesa melakukan apa saja aktiviti sehingga kadangkala terpaksa menarik diri dari majlis perjumpaan atau membatalkan niat untuk melakukan sesuatu disebabkan penyakit kembung perut ini. Perut yang kembung membuatkan saya melonggarkan sedikit ikatan talipinggang untuk mendapat sedikit kelegaan. Biasanya saya selesaikan masalah ini dengan minum air teh dicampur dengan halia. Memang halia membantu membuang angin dari dalam perut. Tetapi halia mengambil masa yang lama untuk bertindak mengeluarkan angin.

Sebenarnya ada satu lagi kaedah yang dapat menyelesaikan masalah kembung perut dengan kadar yang segera. Itulah limau nipis! Perahkan jus limau nipis dan bancuh air panas dengan gula, anda boleh minum tanpa serbuk teh. Kesannya boleh dirasai dalam masa 2 -3 minit selepas meneguk air ini.

Ia memang berkesan membuang angin dari perut dengan segera, sedikit demi sedikit sehingga tiada lagi masalah kesakitan yang amat menyeksakan ini. Tetapi kadangkala anda perlu minum sehingga lebih dari 2 cawan jus limau nipis ini untuk mendapatkan kesan yang maksimum. Saya telah melakukan kaedah ini berkali-kali dan ia memang terbukti berkesan. Kesannya mungkin mengikut individu, tetapi tidak salah anda mencuba.

Lain-lain faedah jus limau nipis:
  • merawat rambut gugur
  • membantu penghadaman
  • sebagai pelembab kulit
  • merawat buasir
  • mengurangkan sakit kepala
  • menghilangkan nafas berbau
  • dan banyak lagi kegunaan luaran dan dalaman yang memberi kebaikan kepada manusia
Tetapi oleh kerana kandungan asid yang tinggi, sebaiknya gosok gigi selepas minum jus limau kerana ia boleh menghakis lapisan enamel gigi.

Saturday, September 26, 2009

Kebaikan Kulit Kayu Manis


Kulit kayu manis atau nama saintifiknya Cinnamomum Zeylanicum adalah herba tradisional yang digunakan sejak berkurun lamanya. Ia untuk kegunaan merawat sakit kembung perut, jangkitan salur kencing, mengurangkan simptom demam dan selsema serta memiliki fungsi yang baik sebagai anti-bakteria, anti-fungi dan anti-parasit. Dalam kajian Jurnal of Food Science pada 1974, ia menunjukkan kehebatan kulit kayu manis melawan kebanyakan jenis kulat dan fungi. Ada kajian yang menunjukkan ia membantu pesakit diabetes. Ia berfungsi seperti insulin yang disuntik ke dalam tubuh pesakit, menjadikan suntikan insulin dapat dikurangkan.

Dalam masyarakat tempatan, ia sedap jika dijadikan bahan tambahan dalam minuman seperti air sirap bandung yang direbus bersama daun pandan. Ia juga digunakan sebagai penambah aroma nasi minyak dan nasi biriyani. Begitu juga dalam pelbagai jenis masakan tradisional ia begitu popular sebagai penambah perisa dan aroma yang menyelerakan.

Kulit kayu manis membantu memperbaiki sistem penghadaman. Ia juga dianggap sebagai 'pain-killer' semulajadi.

p/s: Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin dari saya kepada pembaca sekelian.

Sunday, September 6, 2009

Khasiat Buah Jambu: sambungan



Jambu Batu
Sebiji jambu batu atau guava mengandungi 5 kali ganda vitamin C berbanding buah oren dan adalah paling tinggi vitamin C di kalangan buah-buahan sitrus. Ia juga kaya dengan vitamin A, B dan potassium bagi mengawal tekanan darah. Selain itu, jambu batu mengandungi zat besi, fosforus, Pengambilan 90gram sudah lebih dari cukup untuk keperluan vitamin C untuk orang dewasa. Ia juga membantu pertumbuhan tisu kulit yang licin dan sihat.

Jambu batu juga berfungsi sebagai anti-oksidan seperti buah-buahan yang lain.

Beginilah bagaimana hebatnya khasiat buah-buahan tempatan yang tidak dipedulikan oleh orang ramai. Malah tinjauan saya di pasar-pasar Ramadan beberapa hari mendapati masyarakat Malaysia terutama sekali orang Melayu lebih memilih minuman campuran pewarna kimia dan berasaskan susu yang berlemak dan kandungan gula yang tinggi. Antara air minuman kegemaran mereka ialah air sirap bandung (pewarna merah dicampur susu pekat manis), air jagung (pewarna kuning terang) yang dicampur susu menghasilkan warna dan bau jagung yang menyelerakan, air oren tiruan dari bahan pewarna dan perasa seperti rasa buah oren. Tiada satupun minuman yang disebutkan di atas adalah dari bahan buah-buahan asli. Air jagung bukan diperbuat dari jagung, air sirap ros tidak terhasil dari bunga ros, air oren bukan diperbuat dari buah oren, dan air mangga bukan diperbuat dari buah mangga sebaliknya semuanya dihasilkan di makmal. Diet yang buruk ini telah terbukti dengan kecenderungan rakyat Malaysia membeli-belah di pasar Ramadan.

Saya bertemu dengan seorang penjual air minuman, menurutnya pada hari pertama dan kedua beliau menjual air buah-buahan asli yang dikisar. Tapi ia tidak mendapat sambutan, membuatkan beliau terpaksa menukar menu jualannya kepada air bancuhan bahan pewarna dan perasa seperti perasa oren, perasa jambu batu, perasa mangga dan berbagai perasa lagi kerana modal lebih murah dan lebih menguntungkan malah mendapat sambutan. Amat malang sekali melihat kecenderungan rakyat Malaysia terutama orang-orang Melayu yang lebih suka memasukkan racun ke dalam perut mereka dari memilih penawar.
Mereka terdiri dari pelbagai golongan dan taraf hidup. Ada yang nampak seperti berpelajaran tinggi, ada yang nampak bergaya seperti mempunyai kerjaya yang hebat, tetapi sayangnya mereka memilih pewarna yang bertoksik dan kimia perisa. Bahan-bahan inilah yang akan merangsang pertumbuhan sel kanser di dalam tubuh secara perlahan-lahan. Maka tidak hairan semakin ramai rakyat Malaysia semakin berpenyakit.

Bukan kerana mereka tidak mendapat cukup maklumat, tetapi mereka mengikut kemahuan hawa nafsu. Rasa dahaga berpuasa sejak dari awal pagi tentu 'sia-sia' jika tidak berbuka dengan minuman yang manis, berwarna 'cantik' serta nampak 'lazat'. Kelazatan air pewarna dan perasa mengalahkan rasa buah-buahan sebenar.

Buah-buahan sebenarnya adalah penawar penyakit. Kita tidak perlu minum minuman campuran 3 dalam 1 atau 10 dalam 1 jika kita mengamalkan minuman air buah-buahan segar. Buah-buahan menduduki tempat kedua dalam jadual piramid makanan yang perlu diambil dalam kuantiti yang kerap selepas bijirin tetapi jadual itu tidak mudah diikuti oleh rakyat Malaysia kerana adanya berbagai produk minuman pewarna, perisa dan minuman berkarbonat yang lebih sensasi dan kononnya lebih 'glamour'.

Monday, August 31, 2009

Face Mask Untuk H1N1

Saya jarang dapat online di bulan puasa ni. Tapi utk memberi sedikit info tentang topeng muka yang sedang popular dipakai di kala mengelak jangkitan penyakit H1N1, saya ingin berkongsi jenis face mask yang sepatutnya digunakan.

Sebenarnya, ada berbagai jenis face mask utk kegunaan tertentu. Untuk mengelak jangkitan virus, face mask yg sesuaia adalah dari jenis nylon yang boleh didapati dalam warna kehijauan atau kebiruan. Ada juga saya lihat pengguna memakai face mask dari jenis rayon yang digunakan dalam industri elektronik atau semikonduktor. Sebenarnya ia tidak sesuai digunakan untuk mengelak virus disebabkan sifatnya berlubang kecil dan telus pandang. Ia utk mengelak habuk atau debu, bukan utk menghalang virus. Anda boleh lihat contoh di bawah.


Jenis rayon yang tidak sesuai


Jenis yang sesuai utk menghalang virus


p/s: saya akan sambung tentang khasiat jambu batu di waktu yang terluang nanti. Salam Ramadan.

Tuesday, August 18, 2009

Rakyat Malaysia Suka Minuman Pewarna & Sifar Khasiat


Sudah lama tidak bertemu, kali ini saya ingin membawa pembaca sekelian suatu kajian rambang yang saya lakukan baru-baru ini. Ia suatu kajian yang melihat kecenderungan masyarakat Malaysia terutama masyarakat Melayu dalam memilih minuman kegemaran mereka pada waktu yang siang ketika cuaca panas.

Hasil dari kajian ini membawa keputusan yang agak mengejutkan diri saya sendiri.

Saya pilih satu lokasi rahsia yang mempunyai deretan gerai yang menjadi tumpuan orang ramai ketika waktu tengahari. Kawasan tersebut adalah kawasan perumahan yang rata-rata sasaran pembeli adalah orang Melayu. Kawasan ini juga mempunyai populasi orang Melayu dari semua peringkat, dari yang berpendapatan rendah, sederhana dan mewah serta taraf pendidikan rendah hingga kepada lulusan ijazah. Begitulah uniknya lokasi ini.

Dalam deretan gerai tersebut, terdapat penjaja nasi campur bersama lauk-pauk, nasi ayam, nasi tomato dan 2 penjaja minuman sejuk. Tumpuan saya adalah kepada penjaja minuman sejuk. Seorang menjual air jus buah-buahan sebenar iaitu jus tembikai dan jus jambu batu. Menurut penjaja jus berkenaan, dia menggunakan 30 peratus buah-buahan sebenar yang dikisar sehingga halus lalu dicampur dengan 70 peratus air bertapis. Di samping itu, dia menggunakan air gula sebagai pemanis minuman. Ia adalah amalan biasa bagi peniaga minuman di gerai tepi jalan.

Seorang lagi peniaga menjual air campuran pewarna iaitu sirap bersusu (sirap bandung), air cincau dan soya. Ia juga menggunakan air gula sebagai pemanis minuman.

Kajian saya berlangsung selama 5 jam iaitu bermula pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 4:00 petang. Dari pemerhatian saya, pelanggan datang dari berbagai lapisan usia dan taraf hidup. Ada yang datang dengan motosikal, ada pula yang naik kenderaan pacuan empat roda. Ada murid-murid sekolah yang baru pulang dari sekolah. Ada yang berpakaian kemas seperti pekerja waktu pejabat. Apa yang mengejutkan, mereka kebanyakannya memilih untuk membeli minuman dari peniaga air pewarna.
Setiap minit berlalu, saya saksikan peniaga air berpewarna tidak putus-putus dikunjungi pelanggan manakala peniaga jus buah hanya duduk menunggu pelanggan yang saya boleh bilang dengan jari. Harga yang dijual oleh kedua-dua peniaga terbabit adalah sama iaitu RM1 setiap cawan plastik atau plastik bungkusan. Dari kiraan saya, sepanjang tempoh 5 jam, hanya 12 orang pelanggan sahaja yang membeli air buah-buahan manakala peniaga air pewarna menerima kunjungan tidak kurang dari 50 orang dalam tempoh yang sama. Air yang mula-mula sekali habis adalah air sirap bandung. Ia mendapat sambutan yang luar biasa. Saya dapat lihat balangnya sudah kosong manakala saya mendengar masih ada pelanggan yang bertanya untuk mendapatkannya, sambil dijawab oleh peniaga ia sudah habis.

Sirap Bandung

Apa istimewanya air sirap bandung sehingga ia boleh habis? Ia diperbuat dari bancuhan pewarna merah dari bahan kimia dicampur dengan susu pekat penuh krim sehingga ia menjadi warna 'pink'. Apabila dicampur dengan gula dan ais batu, rasanya memang sedap diminum pada waktu tengahari panas terik. Tapi benarkah ia dapat menghilangkan dahaga? Sebenarnya tidak. Air sirap pewarna dari bahan kimia tidak langsung mempunyai kandungan yang boleh menghilangkan rasa dahaga, sebaliknya semakin anda minum, anda tidak akan puas, semakin rasa tidak cukup dan mahu mendapatkannya. Ia hanya penyedap lidah dan pembasah tekak.

Cincau

Air yang kedua yang mendapat sambutan hangat ialah air cincau. Ia dibuat dari sejenis daun herba yang dikeringkan dan dihancurkan dijadikan agar-agar yang dicampur dengan pewarna hitam (ada juga cincau dibuat tanpa pewarna). Ia juga tidak memiliki banyak khasiat kepada tubuh kita. Tetapi ia tetap mendapat sambutan masyarakat di kawasan ini. Mungkin kerana pada pandangan masyarakat di sini, ia dapat menghilangkan dahaga di samping meneguk airnya, dapat juga mengunyah jeli yang terdapat di dalamnya.

Soya
Air yang ketiga ialah air kacang soya. Ia juga tidak kurang mendapat sambutan, kononnya ia berkhasiat. Sebenarnya kacang soya mempunyai kandungan omega-6 yang sedikit, malah kita tidak perlu mendapatkan omega-6 yang berlebihan apabila kita kurang mendapat khasiat omega-3. Tetapi saya tidak menyalahkan mereka jika itu alasan mereka mendapatkan minuman soya. Ia lebih baik dari sirap bandung.

Saya beralih pula kepada peniaga minuman jus buah-buahan. Jualannya kurang mendapat sambutan. Walaupun peniaganya mengamalkan kebersihan, setiap kali ia mencedok ais batu di dalam bekas, ia menggunakan sarung tangan plastik berbanding peniaga air pewarna - tetapi ia tidak diendahkan orang ramai. Mari kita lihat apa pula yang mereka terlepas pandang? - malah mereka terlepas begitu banyak khasiat yang mereka tidak sedari atau kerana menurutkan hawa nafsu!

Jus Tembikai
Tembikai merupakan buah yang begitu banyak khasiat serta vitamin. Vitamin C dan beta-kerotin yang tinggi mengubah bentuk kepada vitamin A merupakan anti-oksidan yang berkuasa. Ia dapat menjauhkan dari penyakit kanser. Malah pengambilan 100 gram sudah cukup untuk keperluan vitamin C bagi orang dewasa. Tembikai juga memberi faedah kepada kesihatan jantung. Isi buah tembikai pula menyejukkan badan. Ia sangat sesuai diminum ketika cuaca panas. Ia memberi tenaga lebih berbanding minuman isolite seperti 100Plus.
Dalam satu kajian, ia layak dipanggil "viagra dari alam semulajadi' kerana ia mengandungi citrulline, sejenis asid yang diperlukan untuk membantu menaikkan tenaga batin. Teringat saya seorang sahabat yang pernah memesan supaya jangan mengamalkan minuman air tembikai kerana kononnya ia sejuk dan boleh melemahkan tenaga seksual. Saya tidak tahu dari mana ia mendapat maklumat sedemikian, tetapi apa yang saya tahu, tembikai adalah baik untuk kekuatan tenaga batin seperti yang saya sebutkan di atas.

Faedah-faedah lain dari buah tembikai:

Vitamin A & B
Lycopene
Tiamin
Potassium
Magnesium
Asid Amino

Bersambung dengan faedah jambu batu...

Thursday, July 2, 2009

Ikan Tilapia, Omega-3 & Omega-6



Ikan tilapia sangat digemari di kalangan penggemar-penggemar ikan air tawar. Hidangan tilapia kebanyakannya diperolehi dari kolam-kolam ternakan di mana ia ditangkap dan biasanya terus dimasak pada hari itu juga. Ia cepat matang malah permintaan terhadap ikan jenis ini agak tinggi dan bagi penternak ikan ini, ia boleh membawa pulangan yang agak lumayan. Ia semakin popular bila diketahui kandungan asid lemak omeganya yang tinggi menambah khasiat penting kepada pemakan ikan air tawar ini. Malah isinya juga lembut dan boleh didapati dengan harga yang berpatutan.

Tetapi ada suatu perkara yang tidak ramai orang menyedari tentang keburukan memakan ikan tilapia yang diternak. Ia mengandungi asid lemak omega-6 yang tinggi. Walaupun ia memberi faedah kepada jantung, ia boleh mengakibatkan inflamasi. Omega-6 bukanlah tidak diperlukan oleh tubuh, tetapi apabila kandungannya terlalu tinggi menyebabkan nisbah omega-6 dan omega-3 yang tidak seimbang. Kebanyakan orang mempunyai nisbah omega-6 kepada omega-3 antara 10:1 hingga 20:1, yang nisbah sepatutnya ialah 2:1 sahaja. Ini mungkin disebabkan terdapat pelbagai minyak masak hari ini dari sumber soya, jagung, kacang, bunga matahari dan lain-lain yang memang mengandungi omega-6. Oleh itu, kita sepatutnya makan makanan yang tinggi kandungan omega-3 untuk membantu mengembalikan keseimbangan tersebut. Ia boleh didapati dari ikan laut seperti salmon, kod, sardin dan juga gamat. Malah pada hari ini, kita boleh mendapatkan sumber omega-3 dalam bentuk suplemen yang dijual dalam bentuk kapsul seperti jenama Nutrilite dan Elken (kedua-dua jenama ini saya yakini mengambil sumber omega-3 dari ikan lautan sejuk seperti salmon dan trout) . Ikan tilapia yang diternak bukanlah sumber yang baik untuk omega-3. Nisbah omega-6 kepada omega-3 ikan tilapia ternak mencecah 10:1 dan apabila memakannya secara berterusan akan menambah masalah kepada keperluan omega-3 pada tubuh kita. Tahap omega-6 yang tinggi boleh membawa kepada obesiti, diabetis, keletihan dan lupa. Ia juga boleh membawa inflamasi dalaman yang menyebabkan masalah sendi dan penyakit jantung.

Tilapia yang diternak hanya mengandungi tidak lebih setengah gram omega-3 dalam setiap 100 gram atau bersamaan dengan 0.5%. Ia adalah antara yang terendah di kalangan ikan-ikan yang mengandungi asid lemak omega-3. Oleh itu apakah yang membuatkan tilapia yang diternak tidak sesuai untuk dimakan? Ini kerana ia diberi makanan seperti pellet jagung atau dedak yang mengandungi omega-6 yang tinggi. Walaupun ikan tilapia adalah jenis omnivor, iaitu boleh memakan tumbuhan dan haiwan, kos untuk makanan berasaskan haiwan adalah tinggi berbanding pellet atau sayur-sayuran yang dibuang.

Dengan kandungan omega-6 yang tinggi adalah suatu pembaziran dalam bentuk wang dan masa untuk memakan ikan ini tanpa mendapat apa-apa faedah darinya. Tahukah anda ikan tilapia boleh bertukar jantina selepas matang atau beratnya kira-kira sekilo? Anak-anak ikan tilapia juga diberi makan hormon alpha-methyltestosterone untuk menjadikan ia ikan jantan. Hormon ini adalah toksik dan merosakkan organ hati. Anda boleh lihat sendiri ikan tilapia diternak di dalam kolam yang sempit dengan populasi yang padat dan hanya mengambil masa 2 hingga 3 bulan untuk matang, membiak sekali sebulan.

Berikut maklumat nisbah omega-3 kepada omega-6 yang diperolehi dari kajian yang dilakukan oleh MD Dr. Al Sears.

Wednesday, July 1, 2009

Autopsi Jacko Mengejutkan



Bedah siasat yang dilakukan ke atas tubuh Jacko, nama jolokan Michael Jackson telah memberi informasi bagaimana keadaan tubuhnya sehingga membawa kepada kegagalan fungsi jantungnya sehingga membawa kematian.

Para doktor yang mebedahnya mendapati badannya hampir tinggal tulang, tiada makanan di dalam perutnya melainkan lambakan pil-pil farmasi. Dengan tinggi 180 cm dan berat hanya 53 kg, ia menunjukkan Body Mass Index 17, penyanyi ini memang bermasalah kerana dalam kedudukan Underweight. Terdapat kesan-kesan pembedahan plastik surgeri yang pernah dijalankan oleh beliau. Banyak kesan suntikan pada tubuhnya dipercayai penyanyi tersebut mengamalkan pengambilan dadah-dadah tertentu untuk membantunya dalam persembahan di pentas dan kehidupan sehariannya. Rambutnya sudah jarang hampir botak, ia selalu muncul dengan memakai topi dan rupanya selama ini ia memakai rambut palsu.

Keadaannya yang begitu teruk dan merosot dipercayai hasil dari kesan jangka panjang pembedahan plastik dan pengambilan dadah-dadah yang keterlaluan dan pada saat kematiannya, ia sudah mencapai tahap kemerosotan yang paling teruk.

Beginilah kehidupan seorang yang dipanggil idola kepada ramai peminatnya yang sudahpun mengumpul harta berbilion dolar. Beliau merosakkan dirinya sendiri kerana tujuan untuk meneruskan popularitinya serta orang-orang disekelilingnya tentu ingin merasa sedikit tempias dari kekayaannya dengan mendampingi beliau dan mensarankan penggunaan ubat-ubat yang 'dipatentkan' khas untuknya supaya mereka terus mendapat keuntungan yang bukan sedikit dari beliau sebagai pelanggan. Lihat saja wajahnya dari gelap sudah menjadi cerah seperti orang kulit putih. Apakah 'ubat-ubat' yang saya maksudkan? Sudah tentu operasi-operasi pembedahan plastik kos tinggi yang kononnya dapat mengubah wajahnya, ubat-ubatan yang mewah yang kononnya dapat memelihara kulitnya dan membantunya menghiburkan peminat semasa beraksi di pentas, dan juga ubat-ubat lain yang mungkin tidak pernah terlintas di fikiran kita contohnya ubat menambah daya beraksi di pentas, ubat tahan tidur dan sebagainya.

Siapa yang patut disalahkan? Dirinya sendiri dan orang-orang disekelilingnya...!

Latest

Michael Jackson “Desperately” Sought Sedative, Nutritionist Says

6/30/09, 8:03 pm EST

In the months leading up to his sudden death last week at age 50, Michael Jackson was “adamant” about receiving a powerful intravenous sedative called Diprivan or Propofol, nurse/nutritionist Cherilyn Lee, who treated the star, tells the AP. And just four days before he died, one of Jackson’s aides placed a desperate call to Lee, indicating Jackson was extremely ill. ” ‘One side of my body is hot, it’s hot, and one side of my body is cold,’ ” Lee overheard Jackson saying in the background. She advised him to rush to a hospital, assuming “somebody had given him something that hit the central nervous system.”

An overdose of a sedative like Diprivan can cause a person to stop breathing, leading to a buildup of carbon dioxide in the body that ultimately leads to erratic heartbeat and cardiac arrest, an anesthesiologist tells the AP. Jackson did not go to the hospital on June 21st when Lee was called, however he was rushed to UCLA Medical Center on June 25th after falling unconscious in his Los Angeles home and not responding to CPR. Lee tells the AP, “He was in trouble Sunday and he was crying out.”

Lee says that Jackson was experiencing severe insomnia as he rehearsed for his “This Is It!” run of comeback concerts due to kick off July 13th at London’s O2 Arena. She first met the superstar in January when she treated his children for minor colds with vitamins. Jackson reported his difficulties sleeping and demonstrated his inabilities to stay asleep when Lee stayed over one evening to monitor his nighttime behavior. Jackson went to bed with classical music playing on a sound system and Donald Duck playing on a computer he kept in bed with him. After awaking after only three hours’ sleep, Jackson said, “All I want is to be able to sleep. I want to be able to sleep eight hours. I know I’ll feel better the next day.”

“He wasn’t looking to get high or feel good and sedated from drugs,” Lee told the AP. “This was a person who was not on drugs. This was a person who was seeking help, desperately, to get some sleep, to get some rest.” Lee says she advised Jackson the drug was dangerous — “The only problem is you’re going to take it and you’re not going to wake up” — but Jackson said he had received the drug before, refusing to name the doctor who administered it.

Questions over Jackson’s alleged use of prescription drugs have filled the papers since his death last week. “We know he was taking some prescription medication,” the coroner’s office said when initial autopsy results were released; cause of death will not be established until toxicology tests are returned in four to six weeks.

Today TMZ reported that police search warrants for Jackson’s home specified controlled substances and needles, and that the LAPD is also seeking to question the singer’s onetime dermatologist Arnold Klein (who Us Weekly named as the father of two of Jackson’s children) over prescriptions he may have issued to Jackson. Former Jackson family attorney Brian Oxman also told Us Weekly, “I warned them there was the misuse of prescription medications by people who were enabling him; his handlers, folks who should never have been permitted to allow him to use those medications in the manner I observed.”

Was Michael Jackson Chemically Manipulated for Profit?

(NaturalNews) Michael Jackson's death gives us an opportunity to reflect on the way he was treated by the media (and the public) while he was alive. Through his work, Michael Jackson went to great lengths to send a message of love to the world -- to inspire others and add joy to our lives -- and yet he was derided as a monster by the tabloid media while being humiliated by the comedy routines of late-night talk show hosts.

Western culture is cruel to celebrities.

Anyone in a position of notoriety is automatically deemed a fair target for outrageous accusations and slander. As somewhat of a minor celebrity (in a narrow field) myself, I've seen some of this cruelty directed my way, and I can only imagine how much more devastating the cruelty would be at the scale and degree that was thrust upon Michael Jackson throughout his professional career.

Jackson was derided simply for being different. He had unconventional tastes and pursued uncommon lifestyle choices, and many of those choices made conservative people nervous. So they invented lies and played them up for their own personal profit. The whole accusation of Michael Jackson having sexual escapades with young boys was, by any honest accounting, a complete fabrication engineered for nothing more than personal profit.

In fact, Jackson was financially exploited by virtually everyone close to him. His "handlers" were highly-paid promoters who saw Jackson as their ticket to wealth. It might even be argued that they pushed him to the fringe of a pharmaceutical-induced death through their attempts to exploit his work for their own profits.

Again, I sometimes feel exploited in the same way, such as when companies pressure me to write articles about their products even though I'm on a hectic schedule of trying to cover other important topics. With Michael Jackson, though, the pressure must have been a thousand times worse. Hundreds of millions of dollars were on the line, and if Jackson could only be pumped up with enough drugs and makeup to bang out another fifty concerts, the people around him could walk home filthy rich.

Pharmaceuticals as tools of control

Although I have no specific proof of this, it is my belief that pharmaceuticals became the tools by which Michael Jackson's handlers were able to chemically abuse him in their quest for further profits. With the right drugs, even a frail man can be artificially pumped up with enough energy to make a stage appearance -- although at great cost to his vitality. And some of the drugs he was put on have the effect of turning you into a mind-numbed zombie, primed for mental manipulation.

Jackson's handlers, of course, will insist they loved the man like a friend and money had nothing to do with it. Such a claim is easy to verify: Just check the payroll stubs. If the numbers aren't zero, money probably had everything to do with it. (It's easy to be somebody's "friend" when they're paying you a seven-figure income.)

In the end, there's no doubt that Jackson was pumped full of too many drugs for any man to bear. Pharmaceuticals don't cure anything, after all, and the more you take, the more toxic the combinations become. The Sun newspaper in the UK claims Jackson was taking Xanax, Prilosec, Vicodin, Paxil, Demerol, Soma, Dilaudid and Zoloft. That's an extremely toxic combination of drugs that no person should be taking long-term. And yet it seems (from press reports, if you can believe those) that Jackson was on some of these drugs for a very long period of time... decades, in some cases.

Certainly, Jackson himself is not free from responsibility in all this. His seemingly fanatical pursuit of cosmetic surgery might be called a form of self-inflicted medical abuse. Some of the drugs he was taking were no doubt pursued as a way to alleviate the possible pain and scarring resulting from so many surgical procedures. And yet for that, he can only blame himself, as those procedures were voluntary (and entirely unnecessary). Jackson was loved for his voice, his message and his wide-open heart. In no way did he actually need a new face to be a successful, inspiring artist (the face he was born with would have been just fine).

Tuesday, June 23, 2009

Roti Cicak


Berikut adalah roti bun yang dijual di pasaraya Tesco yang mengandungi bahan asing di dalam bungkusannya. Saya menerima gambar ini melalui email dari seorang sahabat. Anda boleh lihat sendiri apa yang ada di dalamnya.

Ia menunjukkan proses pengeluaran yang kotor sehingga boleh terdapat binatang hidup menyelinap masuk ke dalam bungkusan tersebut. Cukup setakat ini, saya tidak akan membeli semua jenis roti keluaran Tesco lagi. Bukan setakat itu sahaja, harap pembaca semua dapat sebarkan kepada semua orang dan ajak mereka supaya memboikot produk roti keluaran Tesco.

Monday, June 22, 2009

Tuesday, June 9, 2009

Sedaaaaaap.....

"Soal kata, lidah boleh bohong, soal rasa, lidah tak boleh bohong...."

Begitulah dialog dalam sebuah iklan mee segera dengan adegan yang agak melucukan. Memang, kalau kita rasa makanan itu sedap, kadang-kadang kita sendiri yang memberitahu dengan ikhlas kepada kawan-kawan kita. Kita rasa bersalah kalau berbohong.

Tapi dalam dunia hari ini, bukan sukar untuk membuat makanan menjadi sedap. Anda hanya perlu tambahkan MSG sebanyak-banyaknya. MSG atau monosodium glutamat (mononatrium glutamat) adalah bahan kimia perasa yang merangsang deria lidah kita lalu mentafsirkan makanan itu sebagai 'sedap'.

Untuk menguji adakah benar mee tersebut ditambah dengan MSG sebanyak-banyaknya, saya membeli sebungkus mee tersebut, menuangkan serbuk perencahnya ke dalam piring kecil lalu saya tambahkan sedikit air. Piring tersebut saya letakkan di dalam peti sejuk semalaman. Keesokannya, saya buka peti sejuk tersebut. Sebaik membuka peti sejuk, anda akan dapati bau yang kurang menyenangkan. Bau yang terlalu tajam menusuk hidung, itulah bau MSG. Saya tidak tahan baunya, lalu membuang kandungan piring tersebut. Sehingga 2 hari selepas itu, bau MSG masih kuat apabila saya membuka peti sejuk walaupun ianya telah dikeluarkan dari peti sejuk.

Oleh itu, saya pasti kenapa mee tersebut 'sedap' sangat (walaupun saya tidak pernah mencubanya!). Ia ditambah dengan kandungan MSG yang tidak terkawal. Mungkin 80 hingga 90 peratus kandungan serbuk perencahnya adalah MSG. Bayangkan anda memakan ajinomoto sebanyak itu dengan menggaulnya dengan mee tersebut.

Beginilah senario pengusaha makanan hari ini. Kerana MSG merupakan bahan yang 'dibenarkan', mereka tidak peduli sehingga sanggup menggunakannya sebanyak mungkin supaya produk makanan mereka menjadi sedap lalu mengaut keuntungan tanpa memperdulikan bahaya dan kesan kesihatan kepada pengguna. Saya sebagai pengguna yang cerewet sarankan supaya pembaca semua memboikot produk sebegini. Jangan beli makanan dari pengusaha yang tidak bertanggungjawab. Begitu banyak tulisan saya dalam post yang lalu tentang bahaya MSG, anda boleh baca dalam halaman-halaman yang lepas.

Friday, June 5, 2009

Elakkan Telur Tidak Dibasuh


Ini satu artikel pendek tentang kebersihan telur sebagai pesanan kepada semua orang. Sebelum anda memecahkan kulit telur sebelum memasaknya, eloklah telur tersebut dibasuh terlebih dahulu. Kebelakangan ini sudah banyak gerai-gerai yang menjual burger tidak membasuh telur terlebih dahulu. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila najis ayam kelihatan masih terlekat di kulit telur tersebut tetapi mereka buat tidak peduli tentangnya.

Apakah alasan telur tersebut dibiarkan tidak dibasuh kemudian dipecahkan lalu isinya tumpah bersama tahi tersebut?

Tiada alasan untuk berbuat begitu selain orang-orang yang malas dan mahu jalan pintas.

Baru-baru ini, saya pergi ke sebuah gerai burger berdekatan rumah saya. Gerai tersebut menggunakan jenama OTAI BURGER. Saya lalu memerhatikan telur-telur yang diletakkan di rak gerai tersebut. Amat jelas kelihatan tahi-tahi ayam masih melekat di kulit telur tersebut. Saya bertanya apakah telur-telur ini telah dibasuh terlebih dahulu?..jawab penjual burger tersebut seolah-olah terkejut dengan soalan saya itu, "hah, ...oo...telur-telur ini telah dilapkan dengan kain tuala terlebih dahulu". Apakah bezanya mengelap dengan tidak membasuh? Bagi saya, ia sama sahaja, selagi ia tidak dibasuh dengan air, ia tetap najis. Ia akan dimasak bersama-sama dengan telur tersebut lalu masuk ke dalam mulut anda.

Oleh itu, jika anda penggemar benjo, sila pastikan telur dibasuh terlebih dahulu. Jika tidak jangan beli dari gerai tersebut. Begitu juga apabila memasak telur di rumah, pastikan anda membasuhnya terlebih dahulu.

Dalam agama Islam, tiada alasan untuk tidak membersihkan sesuatu kecuali anda dalam keadaan darurat kerana ketiadaan sumber air.

Sunday, May 31, 2009

Florida: Baik atau Merbahaya?

"Ubat gigi bukan hanya perlu Halal, malah ia mesti mengandungi florida"...kata seorang lelaki berpakaian serba putih lagak seperti seorang doktor gigi kepada seorang pesakit. Begitulah adegan dan dialog yang terdapat di dalam iklan televisyen tempatan mempromosi sebuah jenama ubat gigi.

Bagi masyarakat umum, tidak ramai yang tahu apa itu florida sebenarnya dan apa faedahnya kepada mereka. Malah mungkin kebanyakan orang sudah terpengaruh dengan iklan tersebut lalu memilih untuk menggunakan ubat gigi yang mengandungi florida tanpa mengerti sedikitpun tentang bahan itu.

Florida pada asalnya diakui adalah sejenis bahan kimia yang digunakan untuk menghalang kerosakan gigi. Ia telah digunakan sejak lebih 60 tahun yang lalu. Di Amerika, bekalan air domestik yang dicampur dengan florida telah berjaya mengurangkan masalah kerosakan gigi penduduk Amerika.

Walaupun begitu, ia hanyalah hasil yang diperolehi 2 dekad yang lalu. Pada abad ke 20- ini, penggunaan florida hari ini telah mendatangkan komplikasi kesihatan yang besar. Kenapa? Para pengkritik bidang perubatan berpendapat, keberkesanan penggunaan florida di dalam ubat gigi tidak pernah dibuktikan. Malah ia boleh menjadi merbahaya apabila diambil dengan memberi kesan neurotoksin, kanser dan florosis.

Dalam sebuah kajian yang dilakukan ke atas tikus mendapati pelbagai tahap neurotoksin apabila tikus didedahkan kepada florida. Kajian pertama terbesar yang membuktikan florida menyebabkan neurotoksin dilakukan oleh Dr. Phyllis Mullenix pada tahun 1995. Semua teori awal oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini tentang 'kebaikan' florida didapati TERBUKTI SALAH. Tikus yang diberi minum air berflorida didapati bertindak diluar jangkaan berbanding tikus yang tidak diberi air berflorida.

Kajian lain juga mendapati florida menurunkan tahap I.Q kanak-kanak, selepas diambil kira faktor-faktor lain seperti tahap pendidikan ibu bapa dan pendapatan keluarga.

Dalam kebanyakan kajian yang mendakwa florida tiada kaitan dengan kanser, ia sama banyak dengan kajian yang mendakwa sebaliknya. Ada kajian terbaru menunjukkan pertambahan pesakit kanser di kawasan bandar-bandar besar yang dibekalkan dengan air berflorida.

Florosis adalah kesan dari pengambilan florida yang berlebihan. Meminum air berflorida dan menggunakan ubat gigi berflorida merupakan antara faktor-faktor utama orang ramai terdedah kepada florida. Florosis menghasilkan hakisan gigi dan merosakkan enamel.

Di Kanada penggunaan florida adalah dikawal dengan ketat di mana penggunaan florida di dalam ubat gigi untuk kanak-kanak adalah sangat minimum.

Kesan jangka panjang yang lebih serius dari florosis adalah terhadap tulang.

Kesan-kesan buruk ini telah mengatasi faedahnya, meskipun para doktor gigi dan pakar kesihatan tidak bersetuju. Pengetahuan individu sebegini adalah penting untuk kita mengelak dari penggunaan florida demi membuat pilihan yang terbaik.


ikuti sambungan artikel ini selepas ini...

Tuesday, May 12, 2009

Resepi 'Rahsia' Ayam Goreng KFC


Puas saya mencari-cari di laman web apakah resepi rahsia yang digunakan untuk ayam goreng KFC yang popular dan mendapat sambutan di kalangan peminat-peminat ayam goreng di negara ini, akhirnya saya jumpa dokumen yang boleh dipercayai. Dokumen ini telah lama saya simpan di dalam hard disk saya sejak 2 tahun yang lalu, baru kali ini saya ingin dedahkan kepada pembaca sekelian. Ia juga atas permintaan seorang pembaca yang minta saya post artikel berkenaan makanan fast food ini. Dalam dokumen ini, ia menyatakan kali terakhir dikemaskini pada Mei 2007.

Apa yang saya perhatikan, resepi yang digunakan untuk ayam goreng adalah pelbagai, berbeza-beza mengikut jenis hidangan atau ianya boleh berubah mengikut keperluan semasa, kemungkinan jika kekurangan stok bahan-bahan, mereka juga akan bergantung kepada pembekal bahan mentah, menukar pilihan resepi yang lain dengan rasa tidak berubah. Resepi ini adalah formula standard yang disediakan di rangkaian restoran KFC di Amerika, kemungkinan ianya tidak banyak berbeza dengan resepi KFC di Malaysia.

Berikut kandungan yang tersenarai dalam Original Recipe Chicken:
Ayam segar direndam dengan: garam, sodium fosfat, monosodium glutamat
Disalut dengan: tepung gandum, natrium klorida, trikalsium fosfat (sebagai anti-pengerakan), susu kering tanpa lemak, putih telur yang dikeringkan, bahan perasa resepi rahsia Colonel Sanders, susu, gandum dan telur. Ini hanya resepi untuk ayam sahaja, belum lagi ditambah dengan minyak untuk menggoreng.

Untuk minyak masakan yang digunakan, berikut antara yang disenaraikan:
hydrogenated vegetable oil, hydrogenated soybean oil, minyak sayuran

Bahan rahsia Colonel Sanders masih tidak didedahkan oleh pihak KFC, dan ia tentu suatu yang pelik kerana mereka tidak perlu dedahkan di dalam senarai kandungan. Walau apapun bahan rahsia yang digunakan, pada pandangan saya, tidak hairan ayam KFC menjadi lebih 'sedap' kerana kandungan Monosodium Glutamat atau MSG-nya. Sebahagian pengusaha mee segera seperti Maggi dan Yeo's menggunakan istilah Mononatrium Glutamat, kerana Natrium dan Sodium adalah bahan kimia yang sama. Inilah rahsia sebenar di sebalik kelazatan ayam KFC, bukan kerana resepi rahsianya. Ayamnya direndam terlebih dahulu di dalam larutan MSG membuatkan rasa ayamnya begitu berbeza dan lebih 'sedap' dari ayam lain. Bahan rempah-ratus rahsia yang diyatakan kemungkinan hanya 'gimik' semata-mata untuk menarik pelanggan. Saya menyedari kandungan MSG di dalam ayam KFC sejak menemui dokumen ini, dan sejak itu tidak lagi mengunjungi restoran KFC.

MSG adalah bahan kimia bertoksik index glikemik tinggi yang boleh mendatangkan masalah obesiti. Ia merangsang deria rasa supaya kita menjadi ketagihan terhadap sensasi rasanya, memutuskan tabiat mengawal pemakanan kerana anda tidak akan terasa kenyang walaupun anda sudah makan dengan banyak.

Minyak hydrogenated pula adalah lemak trans yang merbahaya yang mengumpulkan plak-plak di dalam saluran darah dan boleh menyebabkan masalah jantung.

Walau apapun yang dinyatakan di atas, terpulang kepada anda. Jika masih tidak dapat meninggalkan makanan kegemaran anda ini, anda boleh teruskan memakannya tetapi perlu mengambil risiko mendapat obesiti dan masalah jantung. Mungkin buat masa ini, anda tidak rasa apa-apa masalah, tetapi tunggu saja di kemudian hari - kerana proses pengumpulan plak boleh mengambil masa bertahun-tahun lamanya sebelum ia menyumbat saluran darah anda. Anda perlu memakan secara kerap dan banyak untuk mempercepatkan proses serangan jantung dan masalah obesiti!

Untuk muatturun resepi KFC seperti yang dimaksudkan, sila klik di SINI    Kami tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana file yang dikongsikan di sini kerana ia diperolehi dari sumber internet. TSM tidak menyimpan apa-apa file yang merupakan hakmilik persendirian.

Monday, May 11, 2009

Produk Guna Logo Halal Jakim Tanpa Kelulusan


Produk ini saya temui menggunakan logo Halal Jakim tetapi tidak pula saya temui nombor sijil kelulusannya di dalam direktori Halal Jakim di laman web halal.gov.my. Seperti biasa, saya sedia membazirkan sedikit wang membeli produk ini hanya untuk tujuan ujikaji, bukan memakannya. Jika sebelum ini, untuk mendapatkan sekeping daging burger yang belum dimasak, saya terpaksa bazirkan wang sehingga lebih RM5 untuk mendapatkan sepaket daging burger mentah, kali ini saya hanya belanjakan sebanyak RM1 sahaja kerana produk ini boleh dibeli dalam satu unit.

Apa yang saya perhatikan, bukan sahaja ia menggunakan logo Halal tanpa kebenaran, malah tarikh luputnya telah berlalu. Tertera perkataan 'GUNA SBL 14 MAR 2009', saya beli pada hari ini bertarikh 10 MAY 2009. Ia sudah luput sejak 2 bulan yang lalu. Ini bererti produk ini sudah berada di rak jualan melebihi setahun lamanya, bayangkan bagaimana anda memakan makanan yang sudah diperam selama setahun! Mungkin ada banyak lagi produk yang sama yang mempunyai tarikh luput yang sama di kedai itu. Mengapa ini boleh berlaku? Jawapannya senang sahaja...pengeluar menghasilkan produk dalam kuantiti yang besar demi persaingan dan memenuhi permintaan pelanggan, sehingga akhirnya lambakan produk pelbagai jenama yang terdapat di pasaran hari ini menimbulkan suatu masalah yang lain - produk tidak terjual mengikut tempoh yang dijangkakan! Ini adalah kaedah produktiviti yang tamak dan hanya mengejar keuntungan semata-mata, mengutamakan kuantiti dan mengenepikan kualiti .

Jelas di sini bahawa peniaga juga tidak peka kepada tarikh luput barangan-2 yang mereka jual kerana hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Ia adalah produk Mee Goreng segera jenama Cintan keluaran syarikat Yeo Hiap Seng atau lebih dikenali sebagai Yeo's.

Saya telah menghubungi bahagian Khidmat Pelanggan syarikat tersebut melalui emel dan sehingga kini masih menunggu jawapan rasmi dari mereka. Saya akan beri masa sehingga 3 hari, jika tiada jawapan diberikan, mari kita boikot produk ini dan sebarkan melalui emel kepada rakan-2 yang lain.

Wednesday, April 29, 2009

Soal Jawab: Selsema Babi (Swine Flu)


Apakah penyakit selsema babi?
Seperti manusia, babi juga boleh mendapat selsema, tetapi virus selsema babi tidak sama virus yang dihidapi manusia. Selsema babi tidak menjangkiti manusia dan beberapa kes-kes kecil yang menjangkiti manusia pada masa lalu menunjukkan mereka mempunyai hubungan rapat atau direct contact dengan babi (seperti penternak babi).

Selsema babi (kini disebut AH1N1)yang sedang melanda Mexico, Amerika dan Kanada kali ini adalah berbeza. Ia disebabkan oleh virus baru yang merebak dari seseorang kepada orang lain - dan ia berlaku kepada mereka yang tidak mempunyai hubungan terus dengan babi.

Apakah simptom selsema babi?
Simptom selsema babi adalah serupa dengan selsema biasa termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, sakit kepala, kesejukan dan keletihan. Selain itu, terdapat beberapa kes melibatkan muntah-muntah. Simptom-simptom ini boleh disebabkan pelbagai sebab biasa dan tidak semestinya selsema babi.

Bagaimana saya tahu ia adalah virus selsema babi?
Anda dan doktor tidak akan dapat mengetahui ia adalah virus penyakit selsema babi sehingga ia diuji di makmal. Setakat ini tidak ada cara lain untuk mengesahkan virus selsema babi selain di bawa dan diuji di makmal.

Jika saya menghidapi selsema babi, apakah yang saya perlu lakukan?
Jika anda mengalami selsema dan simptom-simptom di atas, jangan keluar rumah. Jika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung anda dengan tisu. Selepas itu, buang tisu ke dalam tong sampah dan basuh tangan anda. Ia menghalang selsema anda dari merebak.

Jikalau anda selsema padahal anda sedang berada di kawasan atau negara yang berisiko tinggi seperti Mexico, anda dinasihatkan berjumpa doktor. Tetapi jika anda berada di negara yang tiada risiko selsema babi, anda masih boleh berjumpa doktor - itu pilihan anda. Sila maklum bahawa doktor tidak dapat memastikan sama ada anda menghidapi selsema babi, tetapi dia akan mengambil sampel dari anda dan menghantar kepada pihak berkuasa untuk diuji di makmal. Anda akan dimaklumkan jika disahkan mengidap selsema babi.

Bagaimana selsema babi merebak?
Virus baru ini boleh merebak mengikut kaedah biasa seperti selsema biasa. Anda boleh dijangkiti melalui sentuhan terhadap seseorang yang membawa virus ini, menyentuh objek yang telah disentuh oleh pembawa virus, kemudian melepasi tubuh anda apabila anda menyetuh mata anda, mulut atau hidung. Anda dinasihatkan sentiasa membasuh tangan walaupun anda tidak dijangkiti. Pembawa virus mula merebakkan virus sehari selepas simptom bermula.

Ia juga boleh merebak melalui udara jika pembawa virus batuk atau bersin tanpa menutup mulut dan melepaskannya bebas di udara.

Bagaimana selsema babi diubati?
Virus baru selsema babi sangat sensitif kepada dadah anti-viral iaitu Tamiflu dan Relenza. Tetapi tidak semua orang memerlukannya. Di Amerika, kebanyakan pesakit selsema babi yang terawal pulih secara semulajadi tanpa rawatan atau ubat-ubatan.

Adakah vaksin untuk mengelak virus baru ini?
Tiada. Tetapi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang mengambil langkah permulaan untuk menghasilkan vaksin ini.

Saya telah disuntik vaksin selsema beberapa bulan yang lalu. Adakah saya dilindungi dari selsema babi?
Tidak. Vaksin selsema biasa tidak dicipta untuk virus baru ini.

Sejauh mana teruknya selsema babi?
Kesan virus selsema babi berbagai-bagai. Di Mexico, ada yang melibatkan kematian tetapi kes-kes awal di Amerika hanya melibatkan demam yang ringan. Tetapi ia boleh berubah sama ada menjadi lebih merbahaya atau tidak. Saintis masih lagi dalam kajian ke atas virus baru ini dan mereka tidak dapat memberi jaminan sejauh mana ia dapat dijangkakan.

Bagaimana saya boleh mengelak dari dijangkiti selsema babi?
Anda dinasihatkan mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:
  • sentiasa membasuh tangan anda dengan air dan sabun, khasnya selepas batuk atau bersin.
  • elakkan sentuhan secara terus dengan pesakit
  • elakkan menyentuh mata, mulut dan mengorek hidung dengan tangan anda kerana virus akan merebak melalui rongga-rongga ini
  • batalkan lawatan anda ke negara-negara yang sedang mengalami epidemik selsema babi seperti Mexico, Amerika, Taiwan dan Kanada.
  • jika anda tinggal di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan ladang ternakan babi, jauhkan diri anda dari penternak dan pekerja ternakan babi tersebut. Jika mereka kawan anda, cukuplah berhubung melalui telefon.
  • elakkan menyentuh objek-objek di tempat awam seperti butang lif, tangga escalator, bangku awam, telefon awam dan sebagainya. Jika tidak boleh, basuh tangan anda dengan sabun selepas menyentuh objek-objek tersebut.
  • ambil langkah berjaga-jaga yang dinyatakan di atas dengan lebih teliti semasa berada di terminal lapangan terbang, stesen bas, kaunter awam, di dalam panggung wayang dan hospital.

Apa lagi yang perlu dilakukan?
Sentiasa mendapatkan maklumat terbaru di dalam komuniti anda. Negara anda dan Kementerian Kesihatan mungkin mempunyai maklumat penting jika selsema babi merebak di negara anda atau di negara-negara yang bakal anda lawati. Jangan panik, tetapi langkah berjaga-jaga adalah lebih baik.

Sunday, April 26, 2009

Jenis Ikan & Khasiatnya


Ikan mengandungi banyak nutrien penting, termasuk protin dan sepatutnya menjadi sebahagian besar dari diet harian kita. Hanya sebahagian kecil dari ikan (100 gram) menyediakan 1/3 hingga separuh dari keperluan protin seharian. Ikan juga kaya dengan vitamin B12 yang diperlukan oleh sistem tubuh. Ikan berlemak seperti salmon, makerel dan herring juga mengandungi 2 kali ganda kalori dari ikan lain. Tidak seperti lemak tepu dari haiwan, lemak tak tepu dari minyak ikan adalah sangat berfaedah kepada kita. Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan seseorang yang makan ikan berminyak sekali seminggu adalah jauh dari risiko penyakit jantung dan strok.

Omega-3
Asid lemak Omega-3 dari minyak ikan diketahui membantu melindungi jantung dan melancarkan perjalanan darah. Ia adalah suatu keperluan (essential) kepada sistem imun kerana tubuh kita tidak menghasilkannya melainkan kita harus mendapatkannya dari sumber luar. Saintis mendapati asid lemak Omega-3 penting untuk kesihatan mata dan otak. Ibu mengandung sepatutnya menjadikan ia sebahagian dari diet mereka. Ia dapat memberi keseimbangan terhadap pemakanan sumber omega-6 yang berlebihan.

Terdapat dalam bentuk kapsul atau cecair, minyak ikan boleh dikategorikan kepada 2 jenis:
1. minyak limpa ikan (seperti kod, salmon, makerel)
2. minyak isi ikan (seperti ikan bilis, sardin).

Istilah minyak limpa ikan kod berasal dari minyak yang diekstrak dari limpa ikan kod. Minyak ikan adalah sumber yang baik untuk vitamin A dan D.

Spesis Ikan Berminyak

Tenggiri (Mackerel)
Kaya dengan omega-3, Vitamin D dan selenium. Mengandungi 2 ~ 3 % asid lemak omega 3. Bagaimanapun, kandungan lemak omega-3 berbeza mengikut musim. Kekurangan selenium boleh mendatangkan penyakit jantung dan kanser.

Salmon
Dikatakan spesis kedua kaya dengan omega 3 selepas Tenggiri.


Todak (Swordfish)
Meskipun mengandungi omega 3, ia tidak dapat menandingi kandungan omega 3 seperti yang terkandung di dalam ikan tenggiri dan salmon.


Ikan Sebelah (Halibut)
Ikan jenis ini juga mengandungi omega 3 yang tinggi, kurang sedikit dari ikan kod. Ada yang memanggil ikan ini ikan sisa nabi di mana ada kisah yang menceritakan bagaimana kedua-dua belah matanya hanya terletak di sebelah kiri, dan warna yang berlainan di antara sisinya, iaitu seorang Nabi pernah memakan ikan ini di sebelah sisinya kemudian mencampakkan ke laut, kemudian ikan ini hidup semula dan jadilah ia ikan separuh badan.

Ikan Kayu/Tongkol (Tuna)
Ikan tuna kaya dengan vitamin D, B12 dan Omega-3. Tetapi tuna bukanlah sumber terbaik untuk asid lemak omega 3 kerana kandungannya terlalu rendah. Tuna di dalam tin tetap kaya dengan vitamin tetapi sumber omega-3 semakin kurang kerana kebanyakan minyak sudah dikeluarkan sebelum ditinkan.

Ikan Kod (Cod)
Banyak faedah yang kita dengar tentang minyak limpa ikan kod. Antaranya menguatkan tulang dan gigi, memelihara kulit, merawat gout dan arthritis dan juga untuk kesihatan jantung.


Ikan Parang (Wolf-Herring)
Mengandungi omega 3, vitamin A dan C, kalsium dan zat besi.


Sardin (Sardine/Pilchard)
Boleh didapati dengan harga yang murah di pasaran tetapi sangat berguna untuk sumber protin, zat besi dan zink termasuk semua jenis nutrien yang terkandung di dalam ikan-ikan yang disebutkan di atas termasuk omega-3. Sardin tergolong dalam kumpulan yang sama dengan salmon dan trout.


Layaran (Sailfish)
Ikan Layaran juga antara sumber terbaik omega3.

Siakap (Barramundi)
Siakap harganya agak mahal tetapi ia tidak kurang juga khasiat protin dan omega-3. Masakan popular yang menyelerakan ialah siakap tiga rasa. Tetapi lebih baik ia tidak digoreng terlebih dahulu demi memelihara khasiatnya.

Kerapu (Grouper)
Juga kaya dengan omega-3 dan protin.

Ikan Bilis (Anchovies)
Ikan yang kecil tapi tidak kurang dari segi khasiatnya. Ia seperti ikan sardin, mempunyai lemak omega-3 dan protin yang berfaedah kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia juga kaya dengan vitamin E dan D, mineral kalsium dan selenium. Ikan kecil seperti ini lebih baik dari ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik oleh sebab pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan ia kurang risiko pencemaran.

Ikan Mentah
Memakan ikan secara mentah seperti di Jepun iaitu sushi dan sashimi boleh mendatangkan risiko kecacingan kerana ikan adalah antara perumah yang baik untuk cacing-cacing parasit. Ia perlu dimasak untuk memastikan semua cacing dan telurnya mati. Sesudah dimasak, hendaklah dimakan ketika masih panas kerana ikan yang dimasak cepat rosak dan membiakkan bakteria. Masak stim, bakar atau panggang adalah kaedah terbaik untuk memelihara kesihatan.

Wednesday, April 15, 2009

Burger dan Masalah Jantung


Siapa yang tidak pernah makan burger? Kebanyakan penduduk negara ini tentu pernah merasai kelazatan burger dicampur sos lada hitam, mayonais, telur dan keju dan ada yang sudah menganggap ia sebagai makanan kegemaran. Malah ia lebih murah dan boleh didapati dengan kadar segera. Ada yang menganggap ia makanan yang berzat kerana daging dan rotinya. Yang berselera besar pula akan menempah daging "double" supaya ia lebih mengenyangkan.

Jika suka tidur lewat malam, kemudian perut terasa lapar, sebahagian orang pergi keluar mencari gerai burger di tepi-tepi jalan pada waktu-waktu yang kebanyakan restoran sudahpun menutup tirainya. Tidak hairanlah burger begitu popular di kalangan rakyat Malaysia.

Apa yang melucukan, kebanyakan orang tidak tahu apakah yang mereka makan itu benar-benar memberi khasiat atau memudaratkan tubuh badan mereka. Hakikatnya, jika tubuh badan mereka boleh berkata-kata, ia tentu akan berkata "apakah yang kamu makan ini? Itu bukan makanan, ia hanya sesuatu yang mengisi ruang kosong di dalam perut".

Kebanyakan orang memang tidak suka mendengar syarahan tentang makanan dan nutrien, tambahan pula jika ia menuju terus kepada makanan yang ia sedang suap ke mulutnya.

Ada seseorang yang sedang menyuap burger ke mulutnya, kemudian bertanya kepada saya, bagaimana dengan makanan ini? Apabila seseorang bertanya, saya rasa bersalah jika tidak memberitahu perkara yang sebenar. Jawab saya, "baiklah, mari lihat dahulu apa yang terkandung di dalam makanan (burger) tersebut. kemungkinan anda sedang menderita sebahagian dari penyakit yang disebabkan oleh makanan ini, atau ia sedang menyusun strategi untuk merosakkan tubuh badan anda."

Anda ada bahan pengawet dan kemungkinan besar adalah bahan kimia sodium (natrium) nitrite yang merangsang pertumbuhan sel kanser. Anda juga ada lemak tepu (saturated fat) di dalam daging burger tersebut yang boleh mendatangkan masalah jantung. Anda boleh lihat sendiri gambar yang saya ambil sendiri dalam percubaan untuk menguji kandungan lemak di dalam daging burger. Apabila memasak daging burger, terdapat minyak jernih yang keluar dari daging tersebut, ia minyak yang cair tetapi apabila minyak tersebut ditinggalkan semalaman di dalam kuali tersebut, anda akan terkejut mendapati minyak tersebut telah berubah bentuk kepada krim pekat berwarna putih dan sifatnya seperti marjerin padahal ia bukanlah marjerin. Tidak ada marjerin yang digunakan semasa memasak daging ini. Peniaga burger di gerai-gerai di tepi jalan tentu mengetahui perkara ini, dan kebanyakan mereka sendiri tidak memakan burger kerana menyedari hal ini. Gambar-2 ini sudah cukup memberitahu saya supaya menjauhkan diri dari memakan burger!



Beginilah rupa lemak yang masuk ke dalam tubuh dan menyumbat salur darah anda!

Klik gambar-2 di atas untuk dibesarkan.

Anda ada roti (bun) yang diperbuat dari tepung putih index glycemic tinggi yang sudah diproses - yang menyebabkan Nutritional Deficiencies (ND) dan menggalakkan diabetes dan obesiti. Anda ada kepingan keju yang diperbuat dari lemak haiwan yang menambahkan masalah jantung. Anda juga ada sos cili, tomato, lada hitam yang mengandungi sirap jagung dan gula. Dan yang terakhir sekali, garam yang terdapat di dalam hampir semua bahan-bahan di atas sama ada roti, daging, keju dan sos. Ia mendatangkan masalah tekanan darah tinggi dan kerosakan organ dalaman seperti buah pinggang, hati dan juga mengganggu fungsi sistem imunisasi.

Semua yang saya terangkan di atas tidak pula dapat menyedarkan orang yang bertanya itu, malah ia semakin menghabiskan burger tersebut sehingga ke cebisan yang terakhir. Ia mula tidak mahu mendengar kata-kata saya, seolah-olah tidak percaya dan menganggap saya orang gila. Dia mula diam seribu bahasa dan tidak lagi mahu membuka topik tentang makanan. Akhirnya, dia berkata, "betul...betul"...sambil menyuap burger ke dalam mulutnya. (Dalam hatiku berkata mungkin dia yang gila)

Saya sedar ramai orang yang ingin tahu tentang khasiat makanan yang mereka makan tetapi apabila disebut makanan yang sedang disuap ke mulutnya mendatangkan mudarat, mereka mula tidak mahu mendengar, malah mahu menafikannya.

Ini berlaku dari 3 sebab yang sangat biasa di kalangan rakyat Malaysia:
Sebab pertama, mereka memang tidak percaya selagi tidak melihat bukti di depan mata. Mereka berpendapat, jika ia merbahaya, sudah lama kerajaan mengharamkan makanan tersebut. Doktor tentu memberitahu supaya jangan mengambil makanan tersebut. Tetapi mereka tidak tahu bahawa bukti sudah boleh dilihat di mana-mana sahaja, jikalau mereka ingin ambil tahu. Mereka juga tidak tahu bahawa pihak berkuasa hanya membuat peraturan penguatkuasaan dalam memproses makanan, tetapi sejauh mana pula ia diikuti oleh pengusaha makanan. Mereka tidak tahu bahawa bidang kedoktoran hanya mencakupi bidang perubatan dan mereka tidak boleh mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan menentang industri makanan proses yang berbilion-bilion ringgit kerana akan berdepan dengan masalah kemungkinan disaman atau diheret ke mahkamah.

Sebab kedua ialah mereka tidak ambil peduli tentang kesihatan. Bagi mereka, kesihatan tubuh badan biarkan ia melalui dengan sendiri. Tidak perlu berusaha mempertingkatkan kualiti makanan selagi mereka boleh berjalan, membuat kerja dan sebagainya. Mereka ini orang-orang yang tidak berterima kasih kepada tubuh badan sendiri dalam masa yang sama terus-menerus mengambil apa saja makanan yang ada di depan mata dengan harapan ia makanan yang mengenyangkan. Sangat pelik orang jenis begini.

Sebab ketiga, mereka faham dan sedar tentang maklumat yang diperolehi tetapi tidak mampu membuat perubahan atau corak pemakanan. Kadang-kadang nafsu menguasai diri sehingga mengabaikan apa yang sedang diusahakan. Mereka sudah biasa dengan makanan yang mereka makan sejak bertahun-tahun lamanya. Di rumah, segalanya sudah sedia ada, di dalam peti sejuk, di dalam kabinet dapur. Di tempat kerja, mereka ada kafeteria yang lengkap dan menghidangkan makanan yang segera kerana ingin mengejar masa. Bagaimana mungkin mereka ingin berubah? Ini kerana ia sudah menjadi keselesaan dan kebiasaan setiap hari. Ini adalah jawapan yang paling umum kepada kebanyakan orang di Malaysia. Ia bukan kerana mereka hendak merosakkan tubuh badan sendiri, bukan juga kerana mereka tidak percaya, tetapi ia sudah menjadi corak pemakanan mereka. Walaupun corak itu merosakkan tubuh badan sendiri.

Untuk mengubah corak pemakanan bukanlah mudah. Anda memerlukan kekuatan melawan nafsu dan pelbagai godaan yang sukar dielakkan. Kesungguhan dan azam untuk merubah corak pemakanan adalah sangat penting sebelum anda boleh mendakwa diri anda bebas dari segala bentuk makanan yang memudaratkan.

Labels