Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Monday, December 29, 2008

Hospital Institusi Merbahaya?


Benarkah kenyataan seperti di atas?

Saya ingin membongkar beberapa perkara yang kita dapat lihat di depan mata kita setiap hari. Jika anda seorang kakitangan institusi pesakit seperti hospital, klinik-² dan pusat rawatan tentu anda dapat membuat perhitungan berapa banyak kematian di hospital setiap hari. Mengapa jadi begitu? Bukankah hospital tempat untuk merawat pesakit dan menyelamatkan nyawa manusia yang sedang menderita pelbagai jenis penyakit?

Ya. Bagi kebanyakan orang, hospital adalah rumah terakhir bagi setiap orang yang berpenyakit apabila segala bentuk rawatan sudah tidak dapat menghindari penyakit yang dialami lebih-² penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, diabetes dan lain-². Objektif mereka adalah untuk merawat pesakit supaya dapat kembali kepada tahap kesihatan yang normal, kemudian pulang ke rumah atau setidak-tidaknya mengawal sindrom penyakit yang dialami supaya ia tidak sampai ke tahap yang lebih parah. Tetapi sejauh manakah objektif ini dapat dicapai oleh institusi ini jikalau setiap hari kita melihat ada kematian di mana-² hospital di dalam negara ini!

Tidak dinafikan bahawa pesakit-² yang sudah sampai ke tahap merbahaya dan tidak boleh lagi dirawat di rumah akan dihantar ke hospital-² besar untuk meneruskan proses rawatannya. Jika ia tidak serius sudah tentu tidak perlu datang ke hospital. Di hospital yang besar dan canggih, segala fasiliti yang disediakan adalah "lengkap" dan pesakit dapat dirawat mengikut apa saja jenis penyakit yang dialaminya.
Boleh dikatakan segala jenis ubat-ubatan dan peralatan bantuan sentiasa tersedia dan agak mustahil jika mereka menghadapi kekurangan stok ubat-ubatan. Para doktor dan kakitangan perubatan mereka juga terdiri dari golongan pakar dan khusus dalam bidang-² tertentu seperti pathologi, kardiologi, ginekologi, radiotherapi, kimotherapi dan sebagainya. Dalam kumpulan ini, tidak dinafikan ramai juga mereka yang masih baru dan kurang pengalaman. Begitu juga staf-² bawahan seperti pembantu perubatan, kebanyakannya terlalu bergantung harap kepada teori-² sainsmedikal sehingga mereka tidak sedar kesan-² yang lebih teruk akan dialami oleh pesakit apabila menerima rawatan yang serius seperti di wad jagaan intensif (ICU).

Di sinilah pesakit akan menerima rawatan yang lebih merbahaya. Mereka akan diberi dadah yang lebih kuat. Kesan sampingan adalah perkara nombor dua. Yang utama, pesakit mesti "diselamatkan" walaupun kesan rawatan tersebut akan membawa kepada kesan buruk seperti sel-sel di dalam tubuh yang lain akan rosak, kesan membawa kepada penyakit parkinson, kesan yang mendatangkan kanser, degupan jantung yang tidak sekata, lumpuh sebahagian anggota tubuh, hilang selera makan, rosak buah pinggang, hilang ingatan dan banyak lagi kesan buruk yang kita tidak ketahui. Dan kesan yang paling kita tidak boleh menerima ialah mendatangkan maut. Ya, maut adalah salah satu kesan sampingan terhadap pesakit yang menerima rawatan-² tertentu apabila pakar sudah tiada pilihan lain. Akan terdengar kenyataan dari pakar-² perubatan kepada ahli keluarga pesakit bahawa ahli keluarga yang menerima rawatan "tiada harapan" untuk sembuh. Kadang-² mereka sudah seperti mendahului takdir. Kononnya mereka lebih tahu bahawa pesakit itu akan mati. Mengapa mereka berkata begitu?

Jawapannya mudah sahaja. Kerana segala jenis ubat-ubatan yang telah diberi sepanjang menerima rawatan di hospital telah membawa kesan yang lebih buruk terhadap pesakit itu. Kesan dadah dan bahan kimia yang membawa kepada senario "irreversible" atau tidak boleh kembali lagi kepada sediakala. Ia sama seperti kesan radioaktif nuklear yang membawa kelahiran bayi yang cacat, suatu keadaan yang tidak boleh diubah lagi. Kerana itulah para "pakar" berkenaan dengan mudah memberi kenyataan sedemikian. Mereka tahu kesan bahan-² yang telah masuk ke dalam tubuh pesakit telah membawa kesan sampingan lain yang lebih memburukkan keadaan. Tetapi mereka tiada pilihan lain. Jika tidak dirawat, mereka akan buntu. Tiada lagi jenis rawatan yang sesuai yang boleh dilakukan dan ia tidak diajar semasa pengajian mereka di institusi-² pendidikan tinggi perubatan dan mereka tidak menemui jawapan alternatif penyakit itu selain teori dadah-² berjadual dan amalan perubatan moden yang menafikan proses rawatan alternatif seperti homeopathy dan tradisional.

Kita tidak menyalahkan golongan ini kerana mereka melakukan seperti apa yang diajar. Mereka juga adalah golongan yang sepanjang masa melakukan kerja amal, iaitu menerima, merawat dan cuba menyelamatkan pesakit. Tiada golongan lain dalam dunia ini yang melakukan kerja seperti ini dan menjadikan bidang ini sebagai punca pendapatan mereka.

Kedai Grocery Di Dalam Hospital?


bersambung di lain waktu...

Labels