Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Sunday, October 26, 2008

Komen Pengunjung Dialu-alukan...

Mulai hari ini, sesiapa saja boleh memberikan komen di dalam blog ini dan anda tidak perlu lagi mempunyai akaun Google. Diharap, pengunjung dapat bersama bertukar-tukar pendapat dan memberikan komen yang membina bukan saja untuk blog ini, tetapi untuk semua orang yang mengunjungi blog ini.

Memang banyak lagi bahan yang menunggu masa untuk dipostkan di sini, tetapi diharap pengunjung semua dapat bersabar untuk menunggu artikel-artikel seterusnya kerana setiap artikel memerlukan masa dan penulis perlu menyiasat sendiri dan mengesahkan ia benar-benar fakta yang berlaku - supaya blog ini hanya membuat posting yang asli, tidak hanya "copy & paste" dari sumber yang lain atau semata-mata mendengar khabar angin dari sumber yang tidak boleh dipercayai. Walau apapun, saya mengizinkan sesiapa yang ingin mengambil bahan-bahan di sini untuk disebarkan kepada orang ramai untuk tujuan kebaikan.

Terima kasih kepada mereka yang sudi memberi komen-komen sebelum ini dan mereka yang melayari blog ini setiap hari. Teruskanlah memberikan sokongan supaya masyarakat kita semakin hari semakin bijak dan tidak mudah ditipu lagi.

Kanser: Apa Peranan MAKNA?


MAKNA atau Majlis Kanser Nasional adalah badan NGO yang ditubuhkan untuk menangani pesakit kanser, terlibat dalam kempen-kempen kesihatan, penyelidikan dan perkhidmatan kepada kumpulan-kumpulan sasaran dan juga orang awam.

Misinya berbunyi "mengumpul dan menyediakan segala bentuk usaha, kemahiran dan kewangan dari pelbagai sektor sosial, untuk melawan kanser dan mengurangkan
kesakitan, kematian dan penderitaan yang ditanggung oleh pesakit kanser".
Kita tidak nafikan segala usaha yang dilakukan sekurang-kurangnya memberi harapan baru kepada pesakit kanser. Kempen-kempen yang dilakukan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penyakit ini dan bagaimana untuk menjauhinya. Tapi tahukah anda bahawa dalam usaha yang murni ini, mereka sebenarnya mempromosikan penyakit kanser baik kepada pesakit kanser sedia ada hingga kepada orang yang tidak mengalaminya sehingga akhirnya menderita penyakit ini. Tentu anda tidak percaya malah rasa pelik - tapi di sini saya akan mengemukakan fakta bahawa sebahagian kempen-kempen untuk
menyedarkan orang ramai akan bahaya penyakit ini sebenarnya mendedahkan mereka kepada penyakit ini.

Bagaimana?

Ujian CT Scan & Mammogram
Salah satu usaha yang dilakukan ialah menggalakkan orang ramai melakukan ujian CT Scan (Computerized Axial Tomography Scan). Ujian ini adalah ujian imbasan 3 dimensi terhadap tubuh menggunakan mesin pengimbas yang memerlukan kuasa sinar-X yang tinggi. Mereka bukan saja menggalakkan orang ramai membuat ujian ini di bahagian tertentu malah ke seluruh anggota tubuh. Begitu juga dengan ujian mammogram terhadap kaum wanita. Kononnya ujian begini dapat mengesan kanser payudara lebih awal jika terdapat simptom penyakit kanser pada anggota dalaman tubuh. Sebenarnya, CT Scan dan mammogram mendedahkan pesakit kepada radiasi yang kuat yang boleh menyebabkan kanser. Kadar radiasi ujian CT Scan seluruh anggota badan adalah 100 kali lebih kuat dari radiasi sinar-x pada dada. Setiap pendedahan radiasi akan menambah risiko mendapat kanser.

Selalunya mereka yang berkedudukan tinggi dan begitu prihatin tentang kesihatan dan mengesyaki mengalami simptom penyakit kanser sanggup membuat ujian CT Scan di klinik-klinik atau hospital swasta dengan bayaran mencecah RM3000 hingga RM10000. Mereka berpendapat kanser dapat diubati jika ia dapat dikesan pada peringkat awal. Mereka ini telah ditakutkan oleh kempen-kempen yang menyatakan kanser tidak dapat diubati apabila sudah terlambat.

Di negara-negara Barat, telah banyak laporan dibuat bahawa ujian CT Scan terhadap mereka yang sihat telah membawa keputusan yang positif - iaitu hasil ujian yang menemui sel-sel tumor sebenarnya bukan sel tumor. Dalam satu kajian di Sweden, 70% dari 60,000 wanita yang menjalani ujian mammogram yang didapati positif mendapat tumor sebenarnya bukan tumor. Pesakit telah mendapat informasi yang salah dan membawa penderitaan dan tekanan emosi kepadanya. Malah pesakit yang sihat sebelumnya telah mendapat kanser selepas menjalani ujian ini. Di Amerika Syarikat, dalam setahun dianggarkan 20 juta orang dewasa dan lebih 1 juta kanak-kanak menerima ujian yang tidak diperlukan ini. Ia bukan saja membazirkan wang beribu-ribu ringgit, malah memburukkan lagi keadaan. Kerana itu ia digelar oleh sesetengah pihak sesuai dengan namanya Pusat Kanser Negara, pusat di mana pesakit kanser dipelihara dengan rawatan untuk memperlahankannya, sehingga pesakit tersebut menemui ajal bukan untuk mengubati dan menghapuskan penyakit kanser. Dengan rawatan yang berterusan, mereka dapat menjana wang berlipat ganda.

Di Britain, kerajaan telah memberi nasihat bahawa setiap pesakit yang ingin menjalani ujian CT Scan mempertimbangkan alternatif lain terlebih dahulu sebelum menjalankan ujian ini kecuali dalam kes-kes yang tidak dapat dielakkan.

MAKNA secara tidak sengaja sebenarnya membantu pihak-pihak tertentu mengaut keuntungan hasil dari kempen-kempen yang dilakukan. Cuba anda fikirkan kembali siapakah yang mendapat keuntungan dari kempen sebegini? Dan siapa yang mendapat faedah hasil keputusan ujian yang menunjukkan anda positif mengalami kanser? Fikir-fikirkan...

Labels