Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Sunday, October 19, 2008

Blog Wajah Baru...

Salam Aidil Fitri kepada semua pengunjung. Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkannya kembali kerana kita masih berada di bulan Syawal yang mulia ini. Posting kali ini hanyalah untuk makluman sahaja bahawa blog The Secret Medicines kini berwajah baru. Itupun setelah berhempas pulas dan bersengkang mata sehingga lewat malam, akhirnya saya berjaya mencipta template saya sendiri. Pada mulanya, beberapa kali saya gagal kerana saya masih baru dalam membina template Blogger ini. Maklumlah, dah lama tak buat kerja sebegini, dulupun pernah juga membina website, tapi hanya menggunakan perisian Microsoft Frontpage aje...!

Saya rasa puas dan syukur kepada Allah kerana dapat menghasilkan template sendiri, tambahan pula gambar-gambar tumbuhan dan air pada header dan footer yang baru ini adalah diambil sendiri menggunakan kamera d-slr saya. Dengan warna hijau sebagai background , ia lebih secocok dengan apa yang mahu disampaikan dalam blog ini, iaitu menghargai dan menikmati khasiat dari anugerah alam semulajadi.

Apapun, diharap pengunjung-pengunjung suka akan template yang baru ini. Teruskan melawat blog ini kerana banyak lagi artikel yang akan muncul...!!! Enjoy....

Guides To Beating Diabetes, Eliminate Your Need For Insulin Shots!

Labels