Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Sunday, July 20, 2008

Ikan Segar Bukan Lagi Segar




Baru-baru ini saya menerima suatu email yang menarik perhatian saya dihantar dari seorang rakan. Dalam email tersebut menyatakan taktik pembekal ikan segar yang menggunakan sejenis bahan kimia sebagai pengawet. Saya fikir tentu ramai di kalangan pembaca sekalian juga ada mendapat email rantai seperti berikut:

Kekawan,
>
> Jika anda prihatin sila sebarkan maklumat ini terutamanya
> bagi orang Islam. (Ini adalah maklumat penting yang perlu
> disebarkan khususnya pada semua umat Islam.) Tidak dapat
> dinafikan bahawa sebahagian besar ikan-ikan yang Kita makan
> setiap Hari adalah diimport dari negara Thai. Setelah
> ditangkap oleh perusahan para nelayan di sana ,ikan-ikan itu
> dimasukan ke dalam kontena Dan ditimbus dengan
> ketulan-ketulan air batu supaya ianya boleh bertahan lama
> sepanjang perjalanan ke Malaysia & Singapura.
> Perjalanan biasanya mengambil masa selama 6 atau 7 jam...
> Dan masa itu Ikan-ikan tersebut tiba di Malaysia Dan
> Singapura dengan keadaan lesu Dan kurang segar. Untuk
> mengelakkan berlakunya perkara ini... Pihak pengusaha
> perikanan di negara Thai kini menggunakan teknik baru.Tahu
> kah anda semua.. Teknik baru yang digunakan itu?
>

>
> Sebelum dieksport.. Semua ikan-ikan direndam dulu di dalam
> air yang dicampur dengan kimia bernama FOMILIN. Ini adala
> bertujuan supaya ikan-ikan yang dieksport itu boleh bertahan
> jauh lebih lama Dan kelihatan masih 'fresh', keras Dan segar
> bila sampai ke distinasinya.
>
> Tahu kah anda semua... Apa itu kimia bernama FOMILIN?
> FOMILIN merupakan sejenis kimia yang disuntik ke dalam mayat
> supaya ianya boleh bertahan lama. Bahasa omputih 'embalm'..
>
> Mayat-mayat insan Islam diharamkan disuntik dengan kimia
> ini. Sekarang..
> Tanpa disedari... ikan-ikan yang Kita makan Hari-Hari
> mengandungi kimia itu. Apa hukumnya pulak? Kalau Kita beli
> ikan di pasar...
>
> Ada caranya untuk Kita mengesan. Kalau ikan-ikan itu TIDAK
> dihinggapi lalat.. Bermakna ikan-ikan itu telah direndam
> dengan kimia Fomilin... Kerana .. Lalat lebih mengetahui.
>
> Wallahualam. .........



Berikut adalah reply dari saya kerana rasa terpanggil untuk berkongsi pengetahuan saya berkenaan email tersebut.

Terima kasih atas peringatan ini. Rasa terpanggil untuk menjelaskan situasi ini menurut pengetahuan saya.

Sebenarnya, bahan kimia yg disebut ini sudah lama digunakan untuk memanjangkan jangka hayat kesegaran ikan, bukan saja di Thailand, malah di Malaysia. Ramai yang masih belum sedar. Ramai juga yang tak mahu berfikir bagaimana ikan yang mereka makan setiap hari atau dibeli di kedai boleh dianggap SEGAR?

Adakah kerana ia diperolehi di pasar-pasar borong, maka ia dianggap "segar". Bagaimana pula rak-rak makanan sejuk beku yang terdapat di pasaraya? Adakah ikan, daging dan sayur-sayuran dianggap segar juga? Fikirkan kembali!

Sepatutnya ikan yang baru ditangkap sehari yang lalu sahaja yg boleh dianggap segar. Paling lama, 2 hari. Adakah anda fikir ikan yang anda makan baru ditangkap semalam? Sebenarnya tidak!

Kerana untuk memasarkan ikan yang baru ditangkap ke seluruh pelusuk negara melibatkan perjalanan yang jauh. Perjalanan yang jauh megambil masa yang lebih lama utk sampai ke destinasi. Ikan tidak akan boleh bertahan lama untuk perjalanan yang jauh. Kenderaan yang digunakan untuk memasarkan ikan-ikan tersebut memerlukan kemudahan sistem sejuk beku selama 24 jam sehari tanpa berhenti. Ia membabitkan kos yg tinggi dan tidak ekonomik. Cuba perhatikan kembali kenderaan atau lori yang digunakan untuk memunggah ikan di pasar-pasar! Adakah mempunyai kemudahan seperti ini? Jika adapun, belum tentu ikan tersebut ikan yang baru ditangkap!

Maka utk menjimatkan kos penyelenggaraan, pembekal tentu mencari alternatif lain supaya ikan-ikan dan daging dapat bertahan lebih lama tanpa memerlukan kos yang tinggi.
Oleh itulah, mereka beralih kepada penggunaan bahan kimia yg disebut "FORMALIN". Selain nama ini, ia juga disebut dengan nama-nama lain iaitu:

Ivalon,
Quaternium-15,
Lysoform,
Formalith,
BVF,
Methylene oxide,
Morbicid,
Methanal,
Methyl aldehyde,
Oxomethane,
Formic aldehyde,
Fannoform,
Fyde,
Lofol,
Oxymethylene,
Formol,
Superlysoform

Nama Quaternium-15 terdapat dalam kebanyakan produk kosmetik dan jagaan rambut.

Orang yang pernah mendengar cerita ini dikelirukan kononnya cecair dari mayat digunakan untuk mengawet ikan. Sebenarnya, bukan semua mayat mahu diawet. Formalin adalah bahan kimia yang cukup berkesan untuk memelihara keadaan tisu mayat dalam kes-kes forensik seperti kes pembunuhan atau kecederaan supaya dapat memberi maklumat yang berguna kepada pihak berkuasa atau penyiasat. Ia dapat mengekalkan kesan luka, lebam dan sebagainya untuk tempoh yang lama supaya bahan bukti dapat diselidik. Ia juga cukup berkesan untuk mengelak jangkitan bakteria atau kulat kerana sifatnya membunuh bakteria dan kulat. Kini ia sudah disalahgunakan. Tidak hairan ia digunakan sebagai pengawet dalam suntikan vaksin.

Formalin juga didapati sebagai formaldehyde. Formaldehyde cukup merbahaya dan diketahui sebagai karsinogen iaitu bahan penyebab kanser. Di Eropah, penggunaan formaldehyde telah diharamkan pada tahun 2007. Di Jepun, penggunaan formaldehyde diharamkan ke atas produk-produk kosmetik. Formaldehyde di dalam tubuh diubah menjadi asid formik, membawa kepada kandungan asid yang tinggi di dalam darah.

Penggunaan bahan yang mengandungi formalin dalam jangka panjang akan menambahkan risiko mendapat penyakit kanser. Di Malaysia tiada siapa yg peduli tentang bahan ini, mungkin kerana masyarakat di negara ini masih kurang percaya, kurang pengetahuan atau tidak peduli. Tidak diketahui sejauh mana kerajaan prihatin tentang penggunaan bahan ini.

Untuk mengenal-pasti ikan-ikan yang sudah dicampur-baur dengan bahan formalin adalah agak sukar melainkan setelah memasaknya. Isi ikan akan kelihatan kehitam-hitaman, isinya keras dan kering walaupun dimasak dengan kuah yang banyak dan rasanya terlalu masin walaupun tidak ditambah garam.

Apa yang nyata, bahan ini jelas terdapat dalam ubat gigi Colgate. Kini, Colgate tidak lagi menyenaraikan kandungan bahan yang digunakan pada bahagian luar botol ubat gigi mereka. Anda perlu berhati-hati kerana ia kini terdapat juga dalam bahan penjagaan badan seperti sabun, syampu, penyegar udara, pencuci pinggan mangkuk dan lain-lain. Fungsinya, untuk membunuh bakteria. Elakkan membeli produk yang mendakwa sebagai "anti-bakteria". Dengan menggunakan bahan formaldehyde di dalam formula cucian, ia memang berkesan utk membunuh bakteria. Tetapi, anda juga membunuh diri sendiri secara perlahan-lahan kerana formaldehyde atau formalin mendatangkan kanser.

Sebarkan maklumat ini kepada SEMUA ORANG supaya email ini berkesan memberi kesedaran kepada masyarakat dan memberi tekanan kepada pihak-pihak tertentu.

Labels