
Ramai yang memanggil ia "roti pound", atau orang dulu-dulu menyebut "roti benggali". Walau apapun, tentu semua orang pernah memakannya. Ia adalah roti yang popular untuk sarapan pagi yang disediakan dengan kepingan yang lembut dan gebu dipotong sebesar telapak tangan. Ia tambah enak jika disediakan dengan sardin, mayonis, marjerin, telur dan sebagainya. Ia sudah menjadi resam di kalangan masyarakat kita mendakwa bahawa hidangan roti dan kopi atau susu adalah baik untuk sarapan kerana ia memberi tenaga sebagai bekalan untuk kita mula bekerja atau pergi ke sekolah.
Sebenarnya, pada hari ini teori sebegini tidak boleh diguna pakai lagi. Ini kerana dunia pengkajian yang semakin moden telah banyak menemui keputusan-keputusan yang menafikan pendapat-pendapat terdahulu dan yang lebih menakutkan ialah ia bukan saja membuktikan teori-teori terdahulu itu tidak betul, malah menunjukkan kesan yang lebih buruk dari yang kita jangkakan.
Ada banyak kajian-kajian terbaru yang diterbitkan di dalam jurnal-jurnal perubatan membuktikan bahawa pemakanan roti pound putih secara banyak atau berterusan boleh mendatangkan kanser.
Satu kajian mendapati individu yang memakan roti pound putih sebanyak 5 keping sehari mempunyai risiko 2 kali ganda mendapat kanser buah pinggang dari individu yang hanya memakan sekeping roti. Kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana kaitan antara gaya hidup dan penyakit.
Selepas mendapati kaitan antara "roti pound" dan kanser, mereka telah menjalankan kaji-selidik bagi mencari punca kepada sebab kenapa "roti pound" boleh dikaitkan dengan kanser. Setelah meneliti dan memperhalusi kandungan biasa yang terdapat di dalam "roti pound", para penyelidik mendapati bahawa "roti pound" hari ini bukanlah sejenis makanan yang berkhasiat. Kandungan nutrien yang berfaedah adalah sangat sedikit. Sebagai contoh, kandungan selenium dalam "roti pound" yang disebut sebagai nutrien yang baik bagi menghalang kanser - adalah terlalu sedikit. Tepung putih yang diproses untuk menghasilkan roti telah kehilangan banyak nutrien berfaedah. Malah ada yang memanggil "roti pound" sebagai "junk bread". Ia tidak memberi apa-apa nutrien selain memakan dengan banyak di waktu pagi menghalang anda dari memakan makanan lain yang lebih banyak kandungan nutrien dan menyebabkan sarapan pagi anda dipenuhi makanan yang mendatangkan penyakit.
Satu lagi kajian yang mengaitkan kanser dengan roti pound mendapati roti itu sendiri menyebabkan kanser! Pemakanan roti putih yang banyak menyebabkan tubuh kita menghasilkan gula yang banyak di dalam darah (ia dipanggil makanan indeks glikemik yang tinggi). Untuk menangani masalah ini, tubuh secara automatik akan menghasilkan hormon insulin yang banyak untuk meneutralkan gula di dalam darah hasilnya proses perubahan biokimia ini mendatangkan kesan yang memudahkan penghasilan sel-sel kanser di dalam tubuh.
Ada banyak lagi kajian yang menunjukan makanan indeks glikamik tinggi (High Glycaemic Index Food - GI) mempunyai kaitan yang rapat dengan kanser. Ia sudah diterbitkan dalam beberapa jurnal antarabangsa seperti International Journal of Cancer.
Ini adalah sebab kenapa memakan makanan dari tepung putih seperti roti pound sebagai makanan sarapan pagi adalah tidak digalakkan.
Sebagai pilihan, makanlah roti gandum penuh (whole bread) yang berwarna perang yang tidak menggunkan tepung putih yang telah melalui berbagai proses "pembersihan" atau "pengurangan nutrien" yang dipanggil "refine" atau "bleach".











