Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Saturday, March 22, 2008

Info-Penyakit: Campak


Apa itu penyakit campak (chickenpox)?
Campak atau demam kelentung adalah penyakit biasa yang menyebabkan
kegatalan dari bintik-bintik merah dan gelembung-² mengandungi cecair
jernih pada kulit di seluruh bahagian tubuh. Ia berjangkit melalui virus. Ia biasa menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Tetapi ia boleh menjangkiti semua peringkat umur tidak kira remaja dan dewasa. Kebanyakan orang akan pernah mengalaminya sekali seumur hidupnya. Ia tidak serius jika dialami oleh kanak-kanak yang sihat tetapi boleh mendatangkan masalah kepada wanita mengandung, remaja dan orang dewasa yang mempunyai sistem imunisasi tubuh yang lemah, menjadikan ia sukar
untuk memerangi jangkitan.

Selepas anda mengalaminya, anda tidak mungkin akan mengalaminya lagi di masa akan datang. Tetapi virusnya akan tinggal lama di dalam tubuh selepas itu. Ia boleh diaktifkan kembali tanpa mendapat penyakit yang sama. Apabila ia diaktifkan kembali, boleh menyebabkan jangkitan viral yang dipanggil kayap (shingles).

Apa yang menyebabkan campak dan bagaimana ia membiak?

Campak disebabkan virus varicella-zoster (VZV). Ia mudah berkembang melaui udara dan sentuhan. Anda boleh dijangkiti melalui batuk, bersin atau berkongsi makanan dan minuman dengan seseorang yang telah dijangkiti. Anda juga boleh dijangkiti melalui sentuhan cecair yang terkeluar dari gelembung-gelembung kulit pada orang yang dijangkiti campak. Seseorang yang dijangkiti campak boleh mengembangkan virus sebelum ia menunjukkan apa-apa tanda lagi. Ia mudah membiak dari 2 ke 3 hari sebelum bintik-bintik merah muncul lagi.

Jikalau anda belum pernah mengalami penyakit campak, anda berisiko tinggi mendapat penyakit ini jika salah seorang ahli keluarga anda atau rakan-² terdekat dijangkiti. Tanda-² awal campak selalunya bermula dengan demam, sakit kepala dan kering tekak. Anda mungkin berasa tidak bermaya dan tidak merasa lapar. Bintik-² campak muncul selepas 1 atau 2 hari tanda-² berlaku. Sesetengah kanak-² tidak menunjukkan apa-² tanda awal. Ia biasanya mengambil masa 14 hingga 16 hari sebelum mula menunjukkan kesan selepas anda didekati oleh virus campak. Ia dipanggil tempoh inkubasi.

Selepas bintik-² merah muncul, ia mengambil masa 1 ke 2 hari lagi untuk melalui peringkat seterusnya iaitu pengeringan dan pelupusan. Bintik merah yang baru akan muncul setiap hari selama 5 ke 7 hari.

Anda atau anak-² anda boleh kembali bekerja atau ke sekolah setelah semua bintik-² merah dan cecair telah kering dan terhapus. Ini biasanya berlaku 10 hari selepas simptom awal bermula. Remaja, orang dewasa dan wanita mengandung yang mempunyai masalah kesihatan harus berjumpa doktor jika mengalami campak. Ini penting
terutama kepada wanita mengandung kerana boleh mendatangkan kelahiran bayi cacat. Beritahu kepada petugas klinik atau hospital jika anda menghadapi campak dan biasanya pesakit campak akan diberikan keutamaan untuk pemeriksaan tanpa perlu menunggu giliran. Keutamaan yang sama juga diberikan kepada pesakit asma.

Bagaimana ia dirawat?

Kebanyakan kanak-² sihat dan orang dewasa hanya memerlukan rawatan di rumah sahaja. Ini termasuk berehat, mengambil ubat demam dan krim sapu untuk mengurangkan kegatalan. Mandian air suam setiap 4 jam sekali juga digalakkan. Oleh kerana ia penyakit disebabkan viral, tiada ubat anti-biotik yang khusus untuk merawat penyakit ini. Bagaimanapun, doktor mungkin memberi anti-biotik kepada kanak-kanak untuk menghalang pembiakan bakteria kerana tindakan menggaru-garu di tempat yang gatal
membawa cecair ke tempat lain.

Labels