Ini adalah sambungan bahagian ke-2 dari temuramah Crusador dengan Mike Adams.
Crusador: Anda mempunyai satu artikel di dalam laman web bertajuk, “10 Perkara Pengusaha Makanan Tidak Mahu Anda Tahu”. Boleh beritahu serba sedikit tentang maklumat yang anda sentuh dalam laporan tersebut?
Mike: Baiklah, satu daripada perkara mereka tidak mahu anda tahu ialah kandungan dalam produk makanan. Ia boleh jadi bahan-bahan kimia atau bahan-bahan yang terwujud oleh sebab pelbagai proses yang dilalui seperti pemanasan dan boleh membahayakan. Ia sebenarnya karsinogenik tetapi tidak diperlukan untuk disenaraikan pada label pembungkusan. Sebagai contoh, karbohidrat yang dimasak dengan suhu yang tinggi yang wujud dalam makanan seperti snek, kerepek goreng, malah biskut dan kraker mengandungi kimia dipanggil acrylamide. Ia sebenarnya sejenis kimia yang tergolong dalam karsinogenik. Ia sangat bertoksik kepada manusia. Kini, tahap kesedaran terhadap bahaya bahan ini semakin tinggi tetapimasih tidak dimestikan untuk disenaraikan pada label bungkusan. Ia suatu yang memudaratkan pengguna.
Satu lagi bahan yang sering diberi perhatian oleh pengguna ialah monosodium glutamate, atau MSG. Ia diklasifikasikan sebagai toksik, memberi kesan kepada neurotoksik, mengganggu system saraf, termasuk kepada otak dan penglihatan. Pengusaha makanan menyembunyikan pada label kandungan dengan istilah-istilah yang sedap didengar seperti ekstrak yis, yang berfungsi sama seperti MSG dan mempunyai kompaun molekul yang sama.
Crusador: Kita sentuh tentang MSG. Pengambilan MSG merangsang deria rasa menyebabkan kita menjadi ketagihan, adakah ini benar?
Mike: Memang benar. Ia membuat kita jadi semakin menyukai rasanya. Ia melalui dua cara. Ia membuat lidah kita merasa terangsang dengan sensasi rasanya dan membuat kita rasa bosan dengan rasa yang biasa pada makanan semulajadi. MSG juga mengubah fungsi sistem endokrin iaitu tabiat mengawal. Dengan kata lain, ia menghentikan mekanisma tabiat mengawal pemakanan dengan membuat anda makan sebanyak-banyaknya walaupun anda tidak lapar. Jika anda pernah memakan semua makanan dalam bungkusan snek atau memakan makanan ringan dengan banyak, sebahagian dari sebabnya ialah MSG memutuskan tabiat mengawal makan anda. Pengusaha makanan menyukai sedemikian kerana ia dapat menjual lebih banyak lagi. Malangnya, mereka tidak perlu membayar atau membelanjakan sedikitpun untuk masalah obesiti dalam negara ini. Masalah tersebut dibebankan kepada pengguna sendiri, bukan pengusaha makanan yang menjadi penyebab masalah obesiti tersebut.
Crusador: Pernahkah anda berkomunikasi dengan para eksekutif dari syarikat-syarikat makanan gergasi seperti Kraft atau General Mills dan membangkitkan isu sebegini kepada mereka?
Mike: Tidak pernah. Saya pasti mereka akan bercakap dengan saya melalui rakaman. Kami pernah menulis kepada kedai-kedai grosery dan bertanya mengapa mereka sanggup menjual produk yang mengandungi bahan-bahan kimia penyebab kanser dan penyakit jantung seperti asid lemak trans. Kesemua mereka memberi jawapan yang hampir sama iaitu pembeli tetap membelinya, maka kami terus mendapatkan stok secukupnya.
Crusador: Mereka ber tanggungjawab kerana ramai orang tidak mempunyai pengetahuan seperti anda dan saya. Ia mungkin benar mereka terus membekalkan stok yang mencukupi selagi pengguna terus membeli tanpa sidikit kesedaranpun.
Mike: Apa yang sangat menarik di sini ialah setiap organisasi yang terlibat dalam rangkaian komersial dari pengilang, pembekal sehingga pengedar - mereka semuanya tidak akan bertanggungjawab dari kesan buruk yang dialami oleh pengguna. Saya percaya mereka beroperasi tanpa beretika. Jika anda mengetahui sesuatu yang memudaratkan, anda tentu rasa mempunyai moral untuk mendedahkan kepada rakan-rakan atau sekeliling anda bahwa ia suatu yang membawa kesan buruk atau bertoksik kepada manusia. Ini ialah kod etika yang saya amalkan, tetapi kod etika tersebut kelihatan seperti tidak pernah diamalkan oleh dunia komersial hari ini. Ia semua berkaitan dengan wang ringgit. Jika seseorang sakit kerananya, itu masalah mereka.
Crusador: Adakah benar kebanyakan produk yang mendakwa mempunyai khasiat kesihatan pada bungkusannya hanya palsu?
Mike: Baiklah. Golongan ini baru terjaga dari tidur dan menyedari bahawa pengguna mahukan produk yang menyihatkan. Jauh dari melakukan perkara yang baik atau mengubah formula produk mereka menggunakan kandungan bahan-bahan yang menyihatkan, mereka memutuskan untuk mencipta ilusi kesihatan dengan gimik pemasaran, dan mendakwa pada bungkusan untuk menipu pengguna supaya berfikir bahawa produk yang sama yang sepatutnya tidak sihat, kini menyihatkan. Saya akan tunjukkan satu contoh. Ada satu jenama cokelat susu yang mendakwa ia bagus untuk pembentukan tulang kanak-kanak kerana ia mengandungi sedikit kalsium. Bagaimanapun, jika anda membaca kandungan utama pada bungkusannya, ia adalah gula putih. Ini adalah yang sangat bertoksi. Ia adalah gula yang tinggi asid. Ia akan mengurangkan mineral dan melemahkan tulang. Ia mengandungi hanya sedikit kandungan kalisum dalam bentuk kalsium karbonat – sejenis bentuk kalsium yang sangat sukar diserap. Oleh kerana ia mengandungi kalsium tambahan, FDA membenarkan pengusaha meletakkan pada bungkusan dan menunjukkan ia baik untuk kanak-kanak, padahal ia adalah makanan ringan dan tiada khasiat. Sangat melucukan.
Crusador: Sudah pasti. Malangnya, ia terus berlaku pada beribu-ribu produk yang berada di pasaran hari ini. Saya melakukan banyak kajian berkaitan tahap pH dan bagaimana ia adalah petunjuk utama masalah kesihatan. Apa yang ramai tidak mengetahui ialah apabila mereka memakan produk-produk ini yang berasid, ia sebenarnya mengurangkan kalsium, magnesium, potassium dan mineral yang tubuh anda perlukan dari tulang dan tisu-tisu untuk membuang asid dan toksik yang kita telah makan.
Mike: Semestinya. Banyak pengusaha ini membuat dakwaan yang jahat. Saya masih ingat apabila membaca tentang seorang eksekutif sebuah syarikat popular pengeluar minuman soda yang ditanya berkenaan minuman soda yang diperkenalkan kepada Negara dunia ketiga. Mereka dipersalahkan kerana menyebabkan obesity, kencing manis dan kekurangan nutrient. Eksekutif ini menjawab, tidak dan ia tidak benar. Minuman ini adalah minuman yang menyediakan sumber yang baik untuk mereka yang terhidrasi. Mereka semua hidup secara terhidrasi dan kami memberi perkhidmatan untuk orang ramai dengan menjual minuman soda. – Ini adalah sejenis bentuk pembohongan yang kita lihat dalam industri makanan dan minuman.
Crusador: Ia sungguh menarik. Anda ada satu lagi laporan yang sesetengah orang boleh muatturun melalui laman web anda yang bertajuk “Grocery Warning”. Dalam laporan ini, anda menyebut bahawa semua penyakit moden adalah disebabkan oleh kekurangan metabolisma yang ditemui dalam makanan harian. Satu daripada tajuk dalam laporan tersebut ialah “Barah Di Dalam Peti Sejuk Anda”. Ia kenyataan yang mengejutkan. Boleh beritahu kami tentangnya?
Mike: Pasti. Pertama sekali, saya suka menyebut satu sumber percuma yang boleh dimuaturun melalui laman web saya. Ia dipanggil “Honest Food Guide”, ia terdapat dalam format pdf di www.honestfoodguide.org. Ia adalah carta rujukan satu halaman yang menggantikan rajah pyramid yang disyorkan kerajaan. Rajah piramid adalah satu dokumen korupsi oleh industri makanan untuk mempengaruhi kerajaan. ”Honest Food Guide” memberitahu kebenaran tentang apa yang perlu dimakan dan apa perlu dijauhkan. Untuk menjawab soalan anda tentang “Barah Di Dalam Peti Sejuk ,” hampir semua orang boleh membuka peti sejuk mereka dirumah dan mendapati sejenis daging proses yang mengandungi bahan kimia dipanggil sodium nitrit. Ia boleh jadi sodium nitrit atau nitrat. Bunyinya seperti sedap didengar. Ia seperti sejenis garam, tetapi cerita sebenar yang orang ramai tidak ketahui ialah ia memiliki tujuan yang satu. Ia memelihara warna supaya menjadi merah. Ia membuat daging yang berbulan lamanya kelihatan seperti baru. Ia digunakan di dalam setiap bungkusan produk daging proses seperti sosej, berger, ayam belanda dan daging di dalam tin. Biar saya beritahu anda apa yang dilakukan oleh bahan kimia ini. Dengan sedia ada, ia tidak berkarsinogen. Tetapi apabila anda memakannya, ia bercampur dengan asid hidroklorik lalu ia membentuk sejenis kompaun kimia dipanggil nitrosamin. Nitrosamin adalah sejenis kimia berpotensi menyebabkan barah. Ia adalah sejenis kimia yang digunakan ke atas tikus dalam ujikaji makmal untuk menjadikan tikus mendapat barah,, lalu mereka mengkaji tumor barah. Bagaimana hebatnya kesan ini.
Crusador: Berapa banyak yang mereka perlukan untuk menjadikan tikus tersebut mendapat barah? Adakah cara untuk menyatakan berapa banyak di dalam daging supaya anda dapat memberi perbandingan.
Mike: Tidak, saya tidak memiliki angka kepekatan bahan kimia ini. Ia adalah satu dari sejuta atau tidak kurang dari itu. Tetapi kami tahu bahawa orang yang memakan daging proses setiap hari mempunyai risiko 67% mendapat barah. Kami juga mendapati bahan ini juga menyebabkan kencing manis, penyakit jantung berbagai jenis barah di bahagian tubuh. Tidak hanya barah usus dan pakreatik.
bersambung lagi...