Pages

Friday, October 17, 2008

Khasiat Lidah Buaya: Herba Terbaik



Bertemu lagi para pengunjung sekelian. Kali ini saya dengan sukacita ingin membentangkan sedikit maklumat tentang kebaikan dan potensi pengubatan yang terdapat dalam Aloe Vera atau disebut pokok Lidah Buaya. Saya akui bahawa saya adalah pendokong pengubatan secara semulajadi, malah saya sendiri menanam dan memakan tumbuhan ini.

Halaman rumah dipenuhi dengan tumbuhan aloe vera. Aloe vera adalah antara jenis herba semulajadi yang paling banyak mempunyai khasiat penyembuhan kepada manusia. Pengamal nutrien, Mike Adams dalam kajiannya berpendapat aloe vera adalah herba yang terbaik dalam beribu-ribu herba yang ditemuinya, manakala Garlic (bawang putih) menduduki tempat kedua. Memang tiada tumbuhan lain yang boleh memberi sebegitu banyak faedah perubatan seperti aloe vera. Lihatlah apa faedah yang boleh didapati dari sebatang pokok aloe vera;
1. menghentikan pertumbuhan tumor
2. merendahkan kadar kolesterol
3. memperbaiki sel darah
4. menambah oksigen di dalam darah
5. menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh
6. memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan
7. menyembuhkan penyakit ulser, sistem penghadaman
8. mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan hanya simtom
9. menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan
10. mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar
11. merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut
12. menggantikan first aid kit (peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai bandage kerana ia bersifat anti-bakteria
13. menghentikan kanser colon
14. sebagai pelincir salur perkumuhan
15. menghilangkan buasir
16. meneutralkan gula di dalam darah
17. memelihara buah pinggang dari penyakit
18. menghalang jangkitan
19. memberi keseimbangan elektrolit seperti minuman tenaga
20. memelihara muka, kulit dan membaiki sel yang rosak
21. menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)
...dan banyak lagi!!!

Tiada tumbuhan yang dapat menandingi potensi pengubatan yang terdapat di dalam aloe vera. Tetapi kebanyakan orang masih tidak menyedarinya, atau berfikir ia hanya sekadar untuk memelihara kulit dari kesan sunburn. Lebih menyedihkan, ia hanya dijadikan pokok hiasan di halaman rumah atau taman. Pada hal, aloe vera sangat berfaedah untuk kegunaan luaran mahupun dalaman.

Pembentukan Jeli Aloe Vera
Pokok aloe vera memang dijadikan Tuhan untuk memerangkap air dan menyimpannya di dalam "tangki" yang besar yang terdapat pada daunnya yang keras dengan kulit yang tebal. Air yang terkumpul diubah kepada bentuk jeli. Jeli inilah yang memberikan khasiat pengubatan untuk kegunaan manusia. Apabila daunnya dikerat, dalam masa beberapa jam, jeli ini akan bertindak membaluti bahagian yang dikerat dengan sendirinya. Maka bahagian jeli yang terdedah tadi akan terlindung dari serangan
bakteria. Begitulah ia bertindak untuk memelihara kulit manusia apabila terluka.

Sehingga kini, hanya satu cara yang terbaik untuk mendapatkan faedah dari jeli aloe vera ini - iaitu menanamnya sendiri. Sudah bertahun saya lakukannya. Apabila ingin mendapatkan, saya akan pergi ke halaman rumah, potong seulas daunnya, siat kulit dan ambil jelinya. Kemudian jeli tersebut dimasukkan ke dalam pengisar, lalu campurkan di dalam air minuman atau air bertapis. Anda akan mendapat faedah yang optimum dari herba semulajadi ini. Ia mempunyai gred yang lebih tinggi, bebas dari racun serangga dan penuh kepekatan. Cecair aloe vera yang terdapat di pasaran (biasanya dibotolkan) adalah sangat lemah. Sebahagian dicampur dengan pemekat supaya ia kelihatan seperti
jeli. Sesetengah pula langsung tidak mengandungi jus aloe vera sedikitpun. Malah ia dijual dengan harga yang sangat mahal. Sesetengah lagi dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga memusnahkan nutrien-nutrien berfaedah di dalamnya.

Faedah Kesihatan Dari Jeli Lidah Buaya
Kenyataan di sini adalah kenyataan ikhlas secara peribadi dari saya tentang faedah kesihatan dari jeli aloe vera. Menariknya, jika saya seorang pengusaha atau penjual produk aloe vera, saya tidak berani membuat kenyataan ikhlas ini kerana Kementerian Kesihatan sudah tentu akan membekukan atau merampas produk saya dan mendakwa saya menjual "dadah yang tidak diluluskan". Atau mereka menuduh saya menjual herba yang "merbahaya"!!!

Tapi sebenarnya saya tidak terlibat dalam perniagaan produk aloe vera. Saya hanya berkempen untuk menyedarkan masyarakat tentang kebaikan produk-produk semulajadi, memberi saranan supaya mencari kaedah perubatan semulajadi, dan saya tidak akan merahsiakan kebenaran tentang faedah penyembuhan yang terdapat dari pohon lidah buaya ini.

Humbankan Peti Pertolongan Cemas Di Dapur Anda (First Aid Kit), Gantikan Dengan Aloe Vera
Aloe Vera adalah anti-bakteria, anti-viral dan anti-kulat. Ia boleh menyembuhkan kesan luka pada kulit tanpa meninggalkan parut. Ia jelas terbukti apabila saya pernah terluka di tangan selepas terjatuh, kemudian saya hanya usapkan bahagian yang luka dengan jeli aloe vera, 3 bulan kemudian tiada lagi parut pada luka tersebut. Bahagian yang luka itu akan tertutup kembali mengikut warna kulit badan kita, jika kulit anda cerah atau gelap, ia akan menuruti warna kulit anda. Sukar untuk saya mengesan di manakah zon luka saya dahulu. Berbagai produk kosmetik berasaskan kimia dan ubat-ubatan untuk kulit yang diusahakan oleh industri-industri bernilai berbilion dolar dengan pelbagai jenama yang popular sebenarnya tidak diperlukan jika anda sudah mengenali peranan pohon lidah buaya ini.

Ia juga boleh digunakan sebagai bahan pengawet makanan semulajadi. Ia memelihara kesegaran makanan. Anda tidak perlukan pengawet dari kimia merbahaya yang boleh mendatangkan kanser. Tetapi mengapa masih ramai tidak yakin atau kurang menggunakan aloe vera? Sebabnya mudah. Ia tidak berjenama dan tidak dapat dipatentkan. Ia boleh didapati dengan mudah dan murah apabila kita sendiri menanamnya.

Pengusaha-pengusaha besar tentu tidak dapat menggunakan 100% bahan asli dari aloe vera sebaliknya mencampurkan dengan formula-formula kimia mereka sendiri dan mendakwa kononnya produk aloe vera mereka lebih hebat dan lebih berkuasa dari aloe vera jenama lain.

Anda tidak perlu lagi mendapatkan produk aloe vera yang dibotolkan yang dijual dengan harga berpuluh-puluh ringgit sebotol kerana anda boleh dapatkan yang lebih asli dan pekat dengan menanamnya sendiri di belakang rumah anda. Aloe vera yang dijual begitu mahal sebenarnya adalah strategi pemasaran dan psikologi pengguna, kerana pengguna hari ini sudah sinonim berfikiran, "barang yang mahal tentu nilainya lebih baik, dan yang murah tentu tidak berkualiti atau tiruan".

Jika mereka menjual sebotol aloe vera dengan harga RM3 sebotol, tentu ramai yang tidak yakin malah tidak percaya botol tersebut mengandungi lidah buaya! Mereka menganggap, jika ia ubat yang berkualiti, harganya tentu lebih mahal. Itulah kesilapan kita para pengguna hari ini. Pengguna sendiri yang menggalakkan pengusaha menaikkan harga.

Sebenarnya aloe vera yang boleh ditanam sendiri dan khasiatnya lebih baik dari yang terdapat di pasaran. Tetapi memang sudah menjadi budaya, pengguna lebih suka membeli dari menanam sendiri.

Apa Yang Terkandung Di Dalam Lidah Buaya:
1. Air
2. 20 mineral
3. 12 vitamin
4. 18 asid amino
5. 200 phytonutrien
6. enzim
7. triterpen (phytonutrien yang mengurangkan gula dalam darah)
8. glyconutrien & glycoprotein
9. polisakaraid
10. acemann, mannose-6-fosfat polimannan
11. fenolik glikosid
12. dihidrokomarin
Untuk muatturun ebook kebaikan dan khasiat Aloe Vera, anda boleh klik pautan di SINI

Resepi:
1. sekeping jeli segar aloe vera
2. 1 sudu teh gula tebu organik atau madu lebah
3. 1 mug air bertapis

~ Masukkan jeli, gula organik atau madu lebah dan sedikit air bertapis ke dalam mesin pengisar.
~ Kisarkan sehingga menjadi halus. Kemudian tuangkan ke dalam mug berisi air minuman bertapis.
Minum airnya. Lakukan 2-3 kali seminggu. Anda akan mendapat sistem pertahanan tubuh yang kuat.
*Airnya juga boleh disapukan pada muka sebelum tidur untuk mendapat kulit yang licin, halus dan berseri.



Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

16 comments:

This comment has been removed by a blog administrator.

Assalamualaikum,

Terima Kasih banyak-banyak atas info yang saya rasa banyak membantu saya. Dan selama ini pun saya telah banyak mendapat maklumat dari penulisan saudara. Dan banyak yang telah saya kongsi dengan suami dan kawan-kawan yang mana bersetuju dengan pendapat saya. saya harap saudara akan terus berusaha untuk menyampaikan info yang amat berguna kepada saya dan sesiapa saja yang berminat dengan info seumpama ini. Semoga usaha kita diberkati ALlah dan mandapat ganjaran di sana nanti. InsyaAllah. Amin ya rab!

Saya tertarik dengan artikel anda. All the best.

This comment has been removed by a blog administrator.

Salamunalaik.
Saya isa... saya minta izin untuk ambil artikel untuk diletakkan di laman sesawang saya. Terima Kasih.

Assalamualaikum...
Saya berminat dengan aloe vera dan sekarang cuba menanamnya di rumah..macamana nak jaga ye?

This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.

W'slm, minta maaf kerana ada beberapa soalan yg dikemukakan tak sempat saya jawab. Kpd pelajar yg sgt berminat utk membuat kajian tentang aloe vera, saya begitu menyokong sekali usaha ini agar lebih ramai lagi akan dpt menyedari khasiatnya. Sebagai herba yg memiliki sifat anti-bakteria, ia mudah dianggap sbg bahan pengawet yg baik seperti madu lebah. Bagaimana utk memelihara khasiatnya sbg pengawet? tentu sekali dgn memastikan ia tidak dipanaskan atau dimasak. Basuh dgn air yg bertapis.

Utk kaedah penanaman, saya bukanlah pakar dlm bidang pertanian tetapi apa yg saya sering lakukan ialah mencantas daun-daun yg sudah menjadi hitam atau mati, siram pada peringkat awal, dan apabila sudah membesar, saya tidak lagi siram dengan begitu kerap, tetapi pokoknya tetap juga membesar.

Utk penjagaan kulit wajah yg licin, pertama sekali kita perlu kembali kpd unsur-unsur yg paling asas dlm kehidupan. Semuanya bermula dari dalam. Elakkan makan makanan berminyak, minum susu lembu dan bahan-bahan kimia kerana ia merosakkan sel-sel kulit kita dan membantutkan pertumbuhan sel-sel baharu. Makan lebih buah-buahan segar yg penuh dgn vitamin C. Apabila penjagaan secara dalaman sudah dilakukan, barulah kita tambahkan kaedah penjagaan kulit dari luar pula dgn penggunaan jeli aloe-vera yg disapukan pada kulit.
Ia akan memelihara kulit supaya sentiasa kelihatan muda dan licin. Usaha ini tidak akan berhasil jika kita hanya menggunakan aloe vera tetapi tidak menjaga pemakanan.

Kpd mia maksum, alhamdulillah anda telah mendapat bukti betapa baiknya khasiat aloe vera malah menggunakannya sbg bahan terapi merawat pesakit.

This comment has been removed by a blog administrator.

w'salam Nurul Hazirah Ahmad ... trm ksh krn b'tanya. topik aloe vera ini merupakan antara artikel paling mendapat sambutan tertinggi di TSM. utk pengetahuan, lendir yg keluar itu adalah dari lapisan kulit yg berwarna hijau itu. setelah dibuang semua lapisan itu, yg tinggal ialah jeli aloe vera. jelinya adalah bahagian yg mengandungi nutrien yg berfaedah dan memiliki kandungan perubatan.

Maklumat yg sangat berguna dan banyak boleh dipelajari....mohon izin untuk buat salin ke web sendiri terimakasih.

terbaik la bro...lepas ni sy nak tanam aloe vera...DAN kalu boleh cerita kan pada penguna jugak ttg apa tu nm daun..mm..daun duri tujuh bilah ke...itu pun terbaik...kalu dilihat pada pohonnya...daunnya tak pernah warna lain selain hijau walau dah tua...best

as slm.. bole x beri pandangan anda utk produk herbalife aloe concentrate..

salam semua..saya pakar pemakanan...aloe vera is the best medicine in the world..untuk nasihat yer..pastikan jeli yang di ambil tiada toksik diantara kulit lidah buaya..kerana itu menyebabkan muka menjadi gatal & bila makan cirit sedikit..ambil jeli yg berwarna putih shj..kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba jeli aloe vera saya ada menjual...organik dan mmg asli..ianya dari spesis aloe vera aloe barbadensis..ustaz serta doktor pakar ramai menggunakannya..boleh pm saya di fb saya...rosehanizan...atau email saya di ros3nizam@yahoo.com...tq untuk pengarang blog yang mmg bagus...syabas..

Assalamualiku dek

Akak nak share post ini di blog akak
supaya lebih ramai lagi mendapat faedahnya. Akak dapati post ini sangat membantu ..

Zainab Hashim
www.zainabsgarden.com

Labels