Pages

Sunday, October 26, 2008

Kanser: Apa Peranan MAKNA?


MAKNA atau Majlis Kanser Nasional adalah badan NGO yang ditubuhkan untuk menangani pesakit kanser, terlibat dalam kempen-kempen kesihatan, penyelidikan dan perkhidmatan kepada kumpulan-kumpulan sasaran dan juga orang awam.

Misinya berbunyi "mengumpul dan menyediakan segala bentuk usaha, kemahiran dan kewangan dari pelbagai sektor sosial, untuk melawan kanser dan mengurangkan
kesakitan, kematian dan penderitaan yang ditanggung oleh pesakit kanser".
Kita tidak nafikan segala usaha yang dilakukan sekurang-kurangnya memberi harapan baru kepada pesakit kanser. Kempen-kempen yang dilakukan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penyakit ini dan bagaimana untuk menjauhinya. Tapi tahukah anda bahawa dalam usaha yang murni ini, mereka sebenarnya mempromosikan penyakit kanser baik kepada pesakit kanser sedia ada hingga kepada orang yang tidak mengalaminya sehingga akhirnya menderita penyakit ini. Tentu anda tidak percaya malah rasa pelik - tapi di sini saya akan mengemukakan fakta bahawa sebahagian kempen-kempen untuk
menyedarkan orang ramai akan bahaya penyakit ini sebenarnya mendedahkan mereka kepada penyakit ini.

Bagaimana?

Ujian CT Scan & Mammogram
Salah satu usaha yang dilakukan ialah menggalakkan orang ramai melakukan ujian CT Scan (Computerized Axial Tomography Scan). Ujian ini adalah ujian imbasan 3 dimensi terhadap tubuh menggunakan mesin pengimbas yang memerlukan kuasa sinar-X yang tinggi. Mereka bukan saja menggalakkan orang ramai membuat ujian ini di bahagian tertentu malah ke seluruh anggota tubuh. Begitu juga dengan ujian mammogram terhadap kaum wanita. Kononnya ujian begini dapat mengesan kanser payudara lebih awal jika terdapat simptom penyakit kanser pada anggota dalaman tubuh. Sebenarnya, CT Scan dan mammogram mendedahkan pesakit kepada radiasi yang kuat yang boleh menyebabkan kanser. Kadar radiasi ujian CT Scan seluruh anggota badan adalah 100 kali lebih kuat dari radiasi sinar-x pada dada. Setiap pendedahan radiasi akan menambah risiko mendapat kanser.

Selalunya mereka yang berkedudukan tinggi dan begitu prihatin tentang kesihatan dan mengesyaki mengalami simptom penyakit kanser sanggup membuat ujian CT Scan di klinik-klinik atau hospital swasta dengan bayaran mencecah RM3000 hingga RM10000. Mereka berpendapat kanser dapat diubati jika ia dapat dikesan pada peringkat awal. Mereka ini telah ditakutkan oleh kempen-kempen yang menyatakan kanser tidak dapat diubati apabila sudah terlambat.

Di negara-negara Barat, telah banyak laporan dibuat bahawa ujian CT Scan terhadap mereka yang sihat telah membawa keputusan yang positif - iaitu hasil ujian yang menemui sel-sel tumor sebenarnya bukan sel tumor. Dalam satu kajian di Sweden, 70% dari 60,000 wanita yang menjalani ujian mammogram yang didapati positif mendapat tumor sebenarnya bukan tumor. Pesakit telah mendapat informasi yang salah dan membawa penderitaan dan tekanan emosi kepadanya. Malah pesakit yang sihat sebelumnya telah mendapat kanser selepas menjalani ujian ini. Di Amerika Syarikat, dalam setahun dianggarkan 20 juta orang dewasa dan lebih 1 juta kanak-kanak menerima ujian yang tidak diperlukan ini. Ia bukan saja membazirkan wang beribu-ribu ringgit, malah memburukkan lagi keadaan. Kerana itu ia digelar oleh sesetengah pihak sesuai dengan namanya Pusat Kanser Negara, pusat di mana pesakit kanser dipelihara dengan rawatan untuk memperlahankannya, sehingga pesakit tersebut menemui ajal bukan untuk mengubati dan menghapuskan penyakit kanser. Dengan rawatan yang berterusan, mereka dapat menjana wang berlipat ganda.

Di Britain, kerajaan telah memberi nasihat bahawa setiap pesakit yang ingin menjalani ujian CT Scan mempertimbangkan alternatif lain terlebih dahulu sebelum menjalankan ujian ini kecuali dalam kes-kes yang tidak dapat dielakkan.

MAKNA secara tidak sengaja sebenarnya membantu pihak-pihak tertentu mengaut keuntungan hasil dari kempen-kempen yang dilakukan. Cuba anda fikirkan kembali siapakah yang mendapat keuntungan dari kempen sebegini? Dan siapa yang mendapat faedah hasil keputusan ujian yang menunjukkan anda positif mengalami kanser? Fikir-fikirkan...

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

2 comments:

Assalamualaikum,

Bila bercakap mengenai penyakit kanser, saya memang agak trauma sebab saya sememangnya dikelilingi oleh beberapa orang ahli keluarga yang mengidap penyakit kenser. Mula-mula emak saudara disahkan mengidap penyakit kanser, alhamdulillah selepas berubat secara perubatan moden dan alternatif, setakat ini sudah hampir tujuh tahun dia sihat walafiat. Selepas itu bapa saudara saya pula disahkan kenser tulang pelvik, dia meninggal dua tahun kemudian. Tidak berapa lama selepas itu seorang lagi bapa saudara saya disahkan kenser tulang belakang dan dia meninggal juga setelah beberapa hari dibawa kehospital. Dan seorang lagi mak saudara saya meninggal sebelum sempat di ketahui sakitnya kerana dia tidak mahu ke hospital. Tapi dari tanda-tanda yang di lihat saya rasa dia menghidapi leukimia. Dan seorang lagi ibu saudara saya disahkan kanser usus selepas itu. Dia meninggal dua tahun kemudian.Dan dalam masa yang sama saya telah kehilangan dua orang sahabat saya yang menghidapi kanser payu dara. Kini bapa mertua saya pula sedang berperang dengan penyakit kanser ususnya pula.

Kalau ditanya bagaimana perasaan saya. Saya yakin ini semua adalah kehendak Allah yang maha berkuasa kepada hambanya. Walau siapa kita, sihat ke atau sakit ke, kita tetap menghadapi mati cuma cara kita mati sahaja berbeza.

Bercakap tentang kanser, dari pengalaman saya menjaga dan melihat didepan mata, memang agak sukar untuk dikatakan kenapa ianya boleh terjadi. Tapi yang jelas adalah kerana pemakanan kita yang terlalu banyak mengandungi racun. Dan yang menyedihkan bila dah terkena kanser, bila kena kimoterapi dan radioterapi, disitulah bermulanya bukan sahaja tekanan kepada pesakit tetapi bermulalah racun yang tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam badan sehingga bapa saudara saya pernah berkata, isterinya meninggal bukan kerana sakit kanser tetapi kerana racun-racun tersebut. Saya masih ingat semasa bapa saudara saya menderita sakit, doktor telah memberikan ubat tahan sakit setiap hari. Bayangkan dia mengambil 'morfin' setiap hari. Dia meninggal tanpa disedari kerana terlalu banyak mengambil 'Morfin' tersebut.

Itulah yang menyebabkan saya begitu menjaga pemakanan saya, suami dan anak-anak disamping cuba berkongsi sedikit ilmu dengan sesiapa saja yang termampu. Kita hanya merancang dan berusaha, tetapi segalanya adalah terletak pada kekuasaan Allah jua. Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dan setiap yang berlaku pasti tidak sia-sia.

Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah. Amin Ya RAb...


Apa yang saya hendak katakan

mmg benar Ca berpunca dari pada pemakan yang tidak memilih makanan nya,what i mean is main masuk saja.we have to change our cara pemakanan kita harian.no more oily food,salt,high sugar,meat,merokok ,fastfood with contain alot of sumber penggalak Ca utk tumbuh.Kita hendak mengamalkan makan makanan sayuran yang banyak,ikan and cereal.semua ini dpt menghindari dari penyakit bukan saja Ca but many more diseases.tq [iz]

Labels