Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Saturday, March 22, 2008

Info-Penyakit: Campak


Apa itu penyakit campak (chickenpox)?
Campak atau demam kelentung adalah penyakit biasa yang menyebabkan
kegatalan dari bintik-bintik merah dan gelembung-² mengandungi cecair
jernih pada kulit di seluruh bahagian tubuh. Ia berjangkit melalui virus. Ia biasa menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Tetapi ia boleh menjangkiti semua peringkat umur tidak kira remaja dan dewasa. Kebanyakan orang akan pernah mengalaminya sekali seumur hidupnya. Ia tidak serius jika dialami oleh kanak-kanak yang sihat tetapi boleh mendatangkan masalah kepada wanita mengandung, remaja dan orang dewasa yang mempunyai sistem imunisasi tubuh yang lemah, menjadikan ia sukar
untuk memerangi jangkitan.

Selepas anda mengalaminya, anda tidak mungkin akan mengalaminya lagi di masa akan datang. Tetapi virusnya akan tinggal lama di dalam tubuh selepas itu. Ia boleh diaktifkan kembali tanpa mendapat penyakit yang sama. Apabila ia diaktifkan kembali, boleh menyebabkan jangkitan viral yang dipanggil kayap (shingles).

Apa yang menyebabkan campak dan bagaimana ia membiak?

Campak disebabkan virus varicella-zoster (VZV). Ia mudah berkembang melaui udara dan sentuhan. Anda boleh dijangkiti melalui batuk, bersin atau berkongsi makanan dan minuman dengan seseorang yang telah dijangkiti. Anda juga boleh dijangkiti melalui sentuhan cecair yang terkeluar dari gelembung-gelembung kulit pada orang yang dijangkiti campak. Seseorang yang dijangkiti campak boleh mengembangkan virus sebelum ia menunjukkan apa-apa tanda lagi. Ia mudah membiak dari 2 ke 3 hari sebelum bintik-bintik merah muncul lagi.

Jikalau anda belum pernah mengalami penyakit campak, anda berisiko tinggi mendapat penyakit ini jika salah seorang ahli keluarga anda atau rakan-² terdekat dijangkiti. Tanda-² awal campak selalunya bermula dengan demam, sakit kepala dan kering tekak. Anda mungkin berasa tidak bermaya dan tidak merasa lapar. Bintik-² campak muncul selepas 1 atau 2 hari tanda-² berlaku. Sesetengah kanak-² tidak menunjukkan apa-² tanda awal. Ia biasanya mengambil masa 14 hingga 16 hari sebelum mula menunjukkan kesan selepas anda didekati oleh virus campak. Ia dipanggil tempoh inkubasi.

Selepas bintik-² merah muncul, ia mengambil masa 1 ke 2 hari lagi untuk melalui peringkat seterusnya iaitu pengeringan dan pelupusan. Bintik merah yang baru akan muncul setiap hari selama 5 ke 7 hari.

Anda atau anak-² anda boleh kembali bekerja atau ke sekolah setelah semua bintik-² merah dan cecair telah kering dan terhapus. Ini biasanya berlaku 10 hari selepas simptom awal bermula. Remaja, orang dewasa dan wanita mengandung yang mempunyai masalah kesihatan harus berjumpa doktor jika mengalami campak. Ini penting
terutama kepada wanita mengandung kerana boleh mendatangkan kelahiran bayi cacat. Beritahu kepada petugas klinik atau hospital jika anda menghadapi campak dan biasanya pesakit campak akan diberikan keutamaan untuk pemeriksaan tanpa perlu menunggu giliran. Keutamaan yang sama juga diberikan kepada pesakit asma.

Bagaimana ia dirawat?

Kebanyakan kanak-² sihat dan orang dewasa hanya memerlukan rawatan di rumah sahaja. Ini termasuk berehat, mengambil ubat demam dan krim sapu untuk mengurangkan kegatalan. Mandian air suam setiap 4 jam sekali juga digalakkan. Oleh kerana ia penyakit disebabkan viral, tiada ubat anti-biotik yang khusus untuk merawat penyakit ini. Bagaimanapun, doktor mungkin memberi anti-biotik kepada kanak-kanak untuk menghalang pembiakan bakteria kerana tindakan menggaru-garu di tempat yang gatal
membawa cecair ke tempat lain.

Thursday, March 20, 2008

Daging Proses Penyebab Kanser



Pakar kanser dunia akhirnya mengisytiharkan apa yang pembaca NaturalNews.com ketahui sejak 4 tahun lalu bahawa daging proses menyebabkan kanser, dan setiap orang yang mahu menjauhi kanser harus mengelak dari memakan daging proses seumur hidup mereka.

Beratus-ratus penyelidik kanser mengambil bahagian dalam projek selama 5 tahun meliputi lebih dari 7000 kajian klinikal untuk mendokumentasi kaitan antara pemakanan dan kanser. Kesimpulan mereka, yang disiarkan dalam laporan World Cancer Research Fund (WCRF) , Food, Nutrition, Physical Activity & Prevention of Cancer: Perspektif Global telah mengejutkan dunia kesihatan dengan mengisytiharkan bahawa semua orang harus berhenti membeli dan memakan produk-produk daging proses dan ia harus dijauhi sepanjang hayat!

Dalam laporan tersebut, daging proses sangat merbahaya dimakan oleh manusia. Kenapa? Kerana ia mengandungi bahan kimia aditif yang sudah diketahui begitu berkesan mengundang berbagai jenis penyakit kanser termasuk colorectal cancer, kanser payudara, kanser prostat, leukimia, tumor otak, kanser pankreatik dan banyak lagi. Laporan tersebut yang juga disiarkan di laman web DietAndCancerReport.org juga menyarankan orang ramai melakukan perkara-perkara berikut:

* Jauhkan semua minuman bergas dan bergula
* Senaman sekurang-²nya 30 minit sehari
* Dapatkan berat badan yang seimbang
* Hadkan pengambilan semua jenis daging (termasuk daging segar)
* Berikan susu ibu kepada bayi untuk 6 bulan pertamanya dan jauhkan susu formula bayi

Malangnya, WCRF masih tidak mencadangkan pengguna memakan nutrisi suplemen untuk membantu mengelak dari kanser menunjukkan kumpulan tersebut masih memerlukan banyak kajian mengenai perubatan herba dan semulajadi seperti cendawan, rumpai laut dan alga, herba dari negeri China, herba dari hutan-hujan dan ekstrak superfood. Sekurang-²nya kumpulan tersebut telah menasihati orang ramai supaya menjauhkan semua daging proses sebagai satu langkah yang besar kepada dunia pemakanan kesihatan. Ia adalah kali pertama sebuah organisasi kanser yang diiktiraf di antarabangsa menemui kajian bahawa bahan kimia yang ditemui di dalam daging proses adalah sangat merbahaya.

Apakah sebenarnya daging proses?
Mungkin tidak ramai yang mengetahui perbezaan antara daging proses dan daging segar.
Di sini perbezaannya:
Daging segar hanya mengandungi satu kandungan bahan iaitu daging itu sendiri. Daging segar disejukkan dan tidak boleh tahan lama (biasanya hanya beberapa hari sahaja). Ia dipaketkan dalam bungkusan yang mudah, tanpa apa-² logo atau warna yang menarik pada bungkusannya. Ia boleh didapati di pasar-² segar atau majlis korban di Hari Raya Korban.

Daging proses pula mengandungi berbagai kandungan di dalamnya dan biasanya dipaketkan bertujuan untuk memberi tempoh masa yang yang dapat bertahan lama. Daging proses mengandungi sodium nitrit, sejenis kimia yang menyebabkan kanser. Ia digunakan oleh syarikat pemproses daging sebagai bahan pengawet dan mengekalkan warna merah daging supaya ia sentiasa kelihatan segar walaupun disimpan berbulan-² lamanya. Antara contoh daging proses ialah:
* Bacon
* Sosej
* Peperoni
* Beef jerky
* Deli slices
* Hot dog
* sandwich meat (termasuk yang dihidangkan di restoran-²)
* Ham
* daging dalam tin
* daging dalam pizza

Kecuali ia menyatakan bebas nitrit pada bungkusannya, anda boleh jangkakan bahawa ia pasti mengandungi kimia mendatangkan kanser iaitu sodium nitrit. Ia menggunakan kod makanan E-250 dan E-251.

Anda boleh menemui sodium nitrit dengan banyaknya di pasaraya seperti Tesco, Giant, Jusco dan lain-². Pergi sahaja ke tempat sejuk-beku makanan sosej, ambil mana-mana bungkusan dan baca kandungan bahan-²nya. Saya pasti anda akan menemui 9 dari 10 jenama menggunakannya. Yang tidak tertulis bukan kerana mereka tidak menggunakannya tetapi berselindung di sebalik perkataan "bahan pengawet dan kondisioner yang dibenarkan". Tidak kira apa saja jenama malah jenama popular turut menggunakan sodium nitrit sebagai aditif produk daging proses mereka.

Jikalau anda masih tidak berpuas-hati, pergilah ke hospital dan temuramah pesakit-² kanser tentang corak pemakanan mereka, apakah makanan yang sering mereka makan sebelum mendapat kanser. Tentu anda akan menemui jawapannya!!!

Beginilah amalan pengusaha makanan di Malaysia hari ini. Mereka tidak peduli apa yang mereka letak dalam makanan kita. Ia adalah bahan kimia yang sangat merbahaya, yang telah banyak kali dibuktikan dalam kajian-² sebelum ini. Apa yang penting bagi mereka adalah mengaut keuntungan semata-mata.

Terpulang kepada anda - kerana apa yang masuk ke perut anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Tiada orang yang perduli apa yang anda makan.

Labels