Pages

Thursday, February 21, 2008

Jus Buahan Asli Tanpa Pengawet



Di artikel yang lepas, saya telah membuat kajian tentang produk-produk makanan & minuman yang dijual di pasaraya tempatan - peratusan berapa banyak produk yang tidak menggunakan bahan-bahan tiruan, pewarna dan perasa tiruan, pengawet serta bahan-bahan kimia aditif yang lain.

Kali ini, saya dengan sukacita membawa satu produk minuman jus asli yang saya beli di pasaraya Tesco dengan harga semurah RM4.70sen sekotak 1 liter. Ia jenama VeGOOD keluaran dari negara Thailand. Saya yakin dengan produk ini kerana tertera pada kotaknya tidak mengandungi bahan pengawet. Apabila membaca kandungannya, saya bertambah yakin kerana ia tidak mengandungi bahan pewarna dan perasa tiruan. Semua produk dari VeGOOD sebenarnya mendapat pengiktirafan dari Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) - sebuah badan yang bertindak memantau dan mengenal-pasti pencemaran dan pembiakan kuman dalam makanan. Ia membantu mengelak dari berlaku keracunan atau pencemaran dalam sesuatu produk.

Berikut apa yang tertulis pada kandungannya:
Orange Juice, Mango Juice, Carrot Juice, Contains Added Fructose, Vitamin C.




Adalah diyakini ia mengandungi perahan buah-buahan oren, mango dan lobak. Fruktos di sini mungkin bermaksud gula. Gula adalah satu-satunya bahan pemanis yang sukar dielakkan dan biasa ditambah untuk menyedapkan rasa minuman jus buah-buahan termasuk produk ini. Mungkin ia tidak sesuai untuk pengidap diabetes. Tetapi lebih baik menggunakan gula dari menggunakan pemanis seperti aspartame yang lebih merbahaya. Vitamin C yang dimaksudkan sebenarnya adalah nutrien yang baik yang terkandung di dalam buah-buahan tersebut. Sepatutnya ia tidak perlu disenaraikan. Mungkin pengusaha ingin menambah keyakinan pembeli yang tidak mengerti tentang bentuk vitamin semulajadi yang sedia terdapat dalam buah-buahan oren, mango dan lobak tersebut, maka ia turut menyenaraikan vitamin C sebagai salah satu kandungan produk ini.

Apapun, saya yakin dengan produk seperti ini dan ia tidak menggunakan pewarna, perasa dan pengawet. Apa yang menyedihkan, ia produk dari negara asing iaitu Thailand. Pengguna di sana sudah lama sedar akan penggunaan bahan-bahan asli dalam makanan dan minuman kerana itu kita sering menemui produk-produk yang baik untuk kesihatan biasanya datang dari negara luar. Salah satu produk dari negara tersebut ialah air soya jenama V-Soy. Ia 100% tanpa bahan pengawet dan perasa. Saya masih belum menemui jus buah-buahan yang menggunakan bahan asli dari negara kita Malaysia. Ia petanda bahawa masyarakat pengguna di Malaysia masih belum cukup bijak dalam memilih produk-produk yang baik untuk kesihatan dan terus memberi sokongan dengan membeli produk jus buah-buahan yang menggunakan pengawet, perasa dan pewarna tiruan. Banyak jenama seperti Double Lion, Peel Fresh, Fruit Tree, Marigold, Gooddays, Nestle, Sunkist, Daily Fresh dan lain-lain yang mendakwa produk mereka segar sebenarnya mengandungi pengawet. Mereka menggunakan nama-nama yang segar untuk mempengaruhi pembeli seperti Daily Fresh, Peel Fresh tetapi hakikatnya ia bukan fresh. Bahan kimia seperti pengawet, kondisioner dan pewarna dengan jelas disenaraikan pada kandungan bahan-bahan yang digunakan. Jika ia segar, mengapa perlu dicampur pengawet, kondisioner, pewarna dan sebagainya? Jawapannya, supaya ia dapat bertahan lama di atas rak-rak jualan di pasaraya sehingga berbulan malah bertahun - dan supaya warnanya yang pekat kelihatan menarik dan nampak seperti segar yang sebenarnya tidak lagi boleh dianggap segar. Perlu diketahui bahawa air perahan buah-buahan yang asli sebenarya tidak memiliki warna yang sebegitu pekat sebaliknya ia kelihatan pudar dan sedikit keruh. Kalau tak percaya, ambillah buahan segar, kupas dan masukkan ke dalam mesin juice extractor, air yang keluar tidak memiliki warna yang pekat seperti yang terdapapt di pasaraya.

Malah ada produk tempatan yang saya temui tidak langsung menggunakan perahan buah-buahan sebaliknya perasa dan pewarna. Mereka menipu pengguna tempatan dengan meletakkan gambar buah-buahan segar pada bungkusan, kononnya ia adalah perahan dari buah-buahan tersebut. Pengguna yang biasa dengan amalan tidak membaca kandungan akan terus membeli air pewarna dan perasa tersebut tanpa sedikitpun menyedari mereka ditipu. Mungkin ada segelintir yang sedar tetapi mereka lebih cenderung untuk membeli juga kerana ia sedap diminum malah rasanya lebih sensasi dari buah-buahan sebenar.

Perlu saya ingatkan kembali kepada pembaca dan pengunjung sekelian, bahawa saya tidak mendapat pulangan satu senpun dari mana-mana pihak berkaitan artikel-² yang disiarkan termasuk artikel tentang produk ini.

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

1 comments:

Aslmkum.

i like ur blog..ur not bias n i wan to know more about the truth...i've always knew canned good are hardly good for our health, yet it's inevitable..

i'm not sure about ve good...ve good is a must in our refrigerator...but when i was in form 5, my chemistry teacher said he didn't believe no preservative on packed juice drink..he said it's a must, yet i convinced myself maybe ve good does use some kind of preservative but they maybe put a very lil portion into the packet..or i dont know...erk..i hope you could elaborate on it..

n yes fruitree is obviously added wf sugar..its too sweet..



it's a question to me facial product like the natural source and herbaline are really chemical free?
its ok dho f u dun wana answer it

Labels