Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Tuesday, November 20, 2007

Siapa Mike Adams

Begitu banyaknya bahan-bahan ilmiah yang berguna di laman-laman web asing tetapi sayangnya masyarakat kita masih ramai yang buta maklumat, malah ada yang tidak memahami bahan-bahan yang disampaikan dalam bahasa inggeris. Berikut adalah usaha kecil saya membantu mendidik masyarakat kita, menterjemahkan isi temuramah oleh wartawan Crusador Publication dengan Mike Adams.

Mike Adams sudah dikenali ramai dengan panggilan Health Ranger kerana beliau meluangkan sebahagian besar masanya menulis, mengajar dan menemuramah pakar-pakar pentingnya memelihara kesihatan. Beliau adalah seorang yang boleh kita percayai kerana beliau pernah mengalami penyakit kronik seperti diabetes, depression dan sakit belakang. Beliau pernah melawat ramai doctor dan mengikuti nasihat mereka, kemudian beliau makan apa saja yang beliau suka, seperti soda, pizza, donat, susu, berger…anda sebut saja.

Apabila sudah berputus-asa mencari jawapan kepada masalah kesihatannya, beliau mula menyedari bahawa setiap perkara yang diberitahu tentang kesihatan – oleh doktor-doktor, pembelajaran di sekolah, malah kerajaan – hanyalah penipuan. Penipuan tersebut membuktikan kenapa kita begitu berpenyakit pada hari ini, dengan masalah kanser, diabetes, penyakit jantung, osteoporosis dan banyak lagi penyakit yang semuanya boleh dielakkan.

Melalui laman web popularnya, www.newstarget.com, Adams menyebut: “Sebahagian besar penyakit mampu dielakkan dan malah disembuhkan tanpa dadah atau pembedahan. Ubatan sebenar telah wujud masa ini, ia sebenarnya ringkas dan mudah, boleh didapati oleh semua orang. Saya boleh menunjukkan kepada sesiapa saja bagaimana untuk memulihkan diabetes type-2 dalam beberapa minggu. Dan saya boleh mengajar bagaimana mengelak dari setiap penyakit kronik menggunakan strategi yang boleh dengan banyaknya – secara percuma.

Jika anda mencari jawapan sebenar kepada umur yang panjang, bagaimana untuk bebas dari sebarang penyakit, bebas dari dadah-dadah berjadual dan bebas dari tipu-daya syarikat-syarikat makanan, ubat-ubatan dan seluruh sistem yang mundur ke belakang dari ubat-ubatan moden – di sini Mike Adams akan berkongsi testimoninya dengan editor Crusader, Greg Ciola melalui wawancara di bawah.

Crusador: Beritahu kepada yang hadir bagaimana anda mula dikenali sebagai Health Ranger?

Mike: Saya pada mulanya menjadi seorang pengamal perubatan konvensional. Saya percaya apa yang doctor bertahu saya. Saya yakin syarikat ubat-ubatan melakukan kerja yang penting. Saya mengikuti piawai diet Amerika. Hasilnya, bila berusia 31 tahun – saya mula mendapat penyakit yang kronik iaitu diabetes. Saya juga mengalami keadaan tertekan dan sering sakit-sakit belakang. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk saya menyedari bahawa apa yang doktor beritahu saya bukanlah perkara-perkara yang boleh membantu memperbaiki kesihatan saya.

Saya mula mendidik diri saya sendiri, sepertimana saya lakukan terhadap orang lain pada hari ini. Saya mula berfikir bahawa apa yang dipelajari tentang ubat-ubatan hanyalah tipudaya atau helah dari mengelak dari orang ramai sedar apa yang sebenarnya. Lalu saya mula mengikuti amalan nutrien, mengelak dari farmasi, doktor-doktor dan beralih kepada naturopatik berasaskan nutrisi dan keseimbangan fizikal. Saya mula merasa sembuh. Tekanan mula hilang, sakit-sakit belakang sudah tiada lagi, saya hilang 50 pound lemak dari tubuh saya, dan saya mula rasa segar.

Melalui nutrisi, saya mampu mencapai tahap kesihatan yang tinggi seperti selepas pemeriksaan kesihatan yang saya siarkan di laman web saya. Tahap kolesterol tidak baik (LDL) saya 67, kolesterol baik (HDL) 62 – melalui pemakanan tanpa dadah atau ubat-ubatan. Saya hanya lakukan senaman fizikal, makanan berkhasiat serta supplement.

Crusador: Bagaimana anda mulakan laman web newstarget.com?

Mike: Sejak saya semakin sihat, ramai orang bertanya, “Mike, apa yang awak lakukan?”. Semua orang ingin mengetahui bagaimana untuk menjadi lebih sihat dan mereka tidak pasti siapa yang boleh dipercayai atau siapa yang boleh dirujuk. Maklumat yang mereka perolehi dari sumber arus perdana bukan sahaja salah, malah mendatangkan risiko. Ia membuat mereka jadi lebih teruk.
Maka saya mula membuat posting secara online, kemudian ia menjadi semakin popular dan mendapat sambutan. Kini, saya sudah dapat mengembangkan aktiviti saya, mengupah beberapa pekerja, lakukan lebih banyak penyelidikan, lalu membina sebuah perpustakaan elektronik tentang kesihatan yang terbesar di dunia, di mana kami mendokumenkan segala buku-buku dan bahan kajian yang kami lakukan ke dalam bentuk elektronik. Kami sudah menerbitkan lebih 20,000 bahan sejak lebih 3 tahun yang lalu, dan kami menerima setengah juta pembaca setiap bulan melalui laman web.

Crusador: Saya ingin menyentuh satu bahan yang saya fikir menarik minat orang ramai. Satu daripada topic yang anda kaji ialah label tersembunyi kandungan bahan-bahan makanan, apa yang kita anggap penipuan makanan telah didedahkan. Kenapa anda tidak sentuh sebahagian darinya kerana ini adalah bahagian terbesar di mana helah berlaku?

Mike: Memang benar. Syarikat makanan adalah perniagaan untuk menjual lebih banyak produk makanan. Mereka bukan dalam keadaan di mana berniaga untuk memelihara kesihatan anda dan mereka sama sekali tidak diberi tanggung jawab dalam bentuk kewangan untuk bertanggungjawab ke atas masalah kesihatan yang berpunca dari produk mereka. Mereka meletakkan bahan-bahan dalam makanan yang memudahkan mereka. Hasilnya, kita semua memakan bahan-bahan kimia, aditif dan sesetengah bahan yang ditemui dalam makanan harian begitu mengejutkan.

Di sini, ada contoh yang jelas. Terdapat pewarna makanan didapati dalam yogurt strawberi. Ia disenaraikan pada label sebagai carmine, tetapi ia sebenarnya adalah sejenis kumbang warna merah yang diternak di Pulau Canary dan lain-lain. Mereka menghancurkan kumbang-kumbang ini sehingga halus kemudian menapis dan akhirnya dijadikan pewarna makanan. Ia masuk terus ke dalam makanan, tetapi syarikat makanan sudah pasti tidak akan menyebut mereka memasukkan serangga ke dalam makanan. Mereka mempunyai kod-kod rahsia untuk menyembunyi atau menipu pembeli melalui label. Terlalu banyak contoh di mana syarikat makanan menggunkan kod-kod rahsia dalam perusahaan makanan mereka.

Crusador: Apakah contoh-contoh lain yang menarik untuk diketahui?

Mike: Jika anda membeli kek bluberri, anda harus melihat dengan teliti kerana apa yang terdapat di dalamnya bukanlah bluberri yang sebenar. Ia dibuat dari kombinasi sirap jagung dengan pewarna biru dari bahan kimia dan hijau dari tar. Dalam kata lain, ia adalah dari bahan petroleum bergabung dengan sejenis bahan dipanggil propylene glycol. Propylene glycol adalah sejenis bahan kimia yang terlalu banyak digunakan dalam perusahaan makanan. Saya tidak lihat propylene glycol tumbuh dari pokok. Dari pandangan saya, jika alam semulajadi tidak menghasilkannya, saya tidak akan memasukkan ia ke dalam tubuh saya.

bersambung.....

Labels