Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Tuesday, October 30, 2007

Kimia Toksik Triklosan ditemui biasa terdapat dalam sabun anti-bakteria dan ubat gigi


Sejenis kimia Triklosan mengundang risiko kesihatan di mana ia mengandungi kompaun toksik yang menyebabkan kanser. Paling mengejutkan ialah ia ditemui dengan banyaknya di dalam produk harian seperti sabun anti-bakteria, deodoran, krim cucian badan, losyen, kosmetik, pencuci fabrik, pencuci pinggan mangkuk, malah pencuci mulut dan ubat gigi.

Ubat gigi sepatutnya membantu membersih gigi, tetapi apa yang berlaku kini semakin menakutkan. Bila air paip bertemu dengan ubat gigi, triklosan akan bertindak secara bebas dengan klorin lalu menjadi klorofom (chlorinated aromatic). Tindakbalas ini sama seperti dioksin yang ditemui di dalam kompaun Agent Orange (sejenis senjata kimia yang digunakan oleh tentera Amerika semasa perang Vietnam.) Ia menjadi tindakbalas kimia yang berlaku di dalam mulut anda semasa anda memberus gigi. Jangan fikir anda selamat apabila anda berkumur dan meludah segala kotoran selepas memberus gigi: kajian menunjukkan ia akan tinggal di dalam mulut sehingga 12 jam selepas anda memberus gigi. Ia mudah diserap melalui lidah dan melalui mukus lalu masuk ke dalam tubuh. Kanak-kanak mempunyai risiko yang lebih tinggi apabila sering tertelan kandungan ubat gigi apabila memberus gigi.

Menurut NCAMP (Persatuan Kebangsaan Menentang Penyalahgunaan Pestisid), pembuat produk sabun dan ubat gigi yang menggunakan triklosan mendakwa kandungan aktif tersebut akan terus terus "berkesan" sehingga 12 jam selepas digunakan. Oleh itu, pengguna akan terus terdedah kepada triklosan lebih dari 20 saat yang diperlukan untuk membasuh tangan atau memberus gigi.

Triklosan secara rasmi diisytiharkan karsinogen (menyebabkan barah). FDA (Food & Drug Administration of America) dan European Union pada masa ini mengawal penggunaan triklosan manakala Agensi Pengawalan Persekitaran (EPA) mengklsifikasikan ia sebagai karsinogen. Pembuat ubat gigi mendakwa triklosan digunakan untuk menghapuskan plak dan membunuh bakteria, tetapi ia boleh menyebabkan penyakit ulser mulut. Mereka mendakwa kandungan triklosan membunuh 99.9% bakteria dan ia berasaskan formula perubatan.

Pembuat ubat gigi tidak pernah menjalankan kajian untuk menghentikan penggunaan triklosan dari produk mereka sebaliknya terus mendakwa ia selamat digunakan selagi tidak diminum. Tiada kajian sains mendapati triklosan selamat. Menurut AMA (American Medical Association), walaupun penggunaan yang semakin berleluasa dalam produk konsumer, kajian secara giat terhadap agen anti-mikrob seperti triklosan belum pernah dilakukan.

Lebih 95% penggunaan triklosan di dalam produk konsumer dibuang ke saluran kumbahan dan triklosan salah satu dari 95 jenis cemaran yang didapati dan ia lebih pekat. Kajian Worldwatch Institut pula mendapati di Amerika, 75% sabun cecair dan 30% sabun buku mengandungi triklosan dan kompaun anti-gem.

Nasihat saya kepada pengguna, baca kandungan bahan-bahan yang digunakan sebelum membeli serta jauhkan semua produk mengandungi triklosan atau "triclosan" dalam ejaan bahasa Inggerisnya.

Berwaspada dengan produk yang mendakwa sebagai "anti-bakteria" kecuali ia menggunakan herba-herba sebagai anti-bakteria.

Labels