Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Wednesday, October 24, 2007

Madu Lebah Organik & Madu Manuka New Zealand




Madu lebah mula dikumpul dan digunakan secara meluas oleh manusia sejak tamadun dahulu lagi.

Hal ini boleh didapati di dalam al-Quran surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.

Rasulullah S.A.W. juga pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."

Ibnu Sina pula, seorang tokoh Islam terulung dahulu-kala menyebut, ”Jika anda ingin awet muda, minumlah madu, ...sesungguhnya madu lebah dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”.

Aristotle menyebut "the nectar of the God", maksudnya "manisan dari Tuhan".
Satu dari makanan semulajadi yang mudah dicerna, cepat menyerap ke dalam tubuh dan penuh kelazatan serta manis rasanya.

Kita patut menghargai kerja-kerja memproses menghasilkan madu oleh lebah. Lebah madu hanya bergerak di dalam lingkungan 4 - 6 kilometer dari sarang untuk mengumpulkan nektar atau manisan. Lebah "pekerja" terbang lebih dua kali ganda mengelilingi dunia dan mengumpulkan nektar dari lebih 2 juta bunga untuk menghasilkan kira-kira 1 pound madu. Satu koloni lebah termasuk 30000 hingga 60000 lebah "pekerja", 500-1000 tentera dan 1 permaisuri. Koloni yang kuat akan menghasilkan 25 pound madu lebih dari yang mereka perlukan.



Madu bukan sahaja menambah rasa manis, malah ia mengandungi penyembuh, anti-bakteria, dan juga anti-oksidan. Ia dapat mengubati penyakit asma dan serangan allergik disamping merawat tubuh dalam pelbagai penyakit biasa, membantu penghadaman, hingga merawat penyakit kronik. Orang-orang Mesir purba menggunakan madu untuk menutupi luka, melecur dan penyakit katarak. Orang-orang Rom pula menggunakannya untuk masalah insomnia. Penyanyi menggunakannya untuk masalah kerongkong lalu memperbaiki suara, athlit pula menggunakan untuk menambah tenaga. Madu juga membantu tubuh kita mendapatkan vitamin dan mineral dari sumber-sumber lain. Penyelidikan oleh Universiti Purdue mendapati madu membantu menambah penyerapan kalsium.

Ia boleh digunakan sebagai bahan penjagaan diri sebagai penyubur rambut, pelembut kulit dan sebagai sabun mandi anti-bakteria semulajadi.

Ia menambah aroma, nutrien dan mudah dihadam disamping memberi tenaga. Komposisi madu terdiri dari karbohidrat, asid amino, pelbagai vitamin, vitamin B, pelbagai mineral, termasuk kalsium, tembaga, zat besi, magnesium, fosforus, zink dan anti-oksidan. Lebih gelap madu itu, lebih tinggi kandungan anti-oksidan. Setiap madu bergantung kepada jenis bunga yang dilawati oleh lebah itu, dan masing-masing mengandungi rasa yang unik.

Madu juga adalah bahan preservatif semulajadi. Ia dapat mengurangkan enzim perang yang menyebabkan buah-buahan menjadi hitam dan busuk. Ia juga dapat mengelak daging mentah dari teroksida.

Produk madu konvensional biasanya mengambil madu dari lebah yang menghisap manisan dari bunga-bunga yang telah disembur bahan kimia dan pestisid. Kemudian, mereka menggunakan kompound sulfer dan anti-biotik terhadap lebah-lebah itu. Bila tiba musim menuai, pemungut madu akan membunuh lebah-lebah itu dengan kalsium cianide dan asid karbolik.

Madu organik pula tidak melakukan sedemikian. Mereka bekerja dengan alam semulajadi. Proses mendapatkan madu organik adalah mahal. Lebah-lebah akan mengumpul nektar dari tanaman organik. Oleh kerana lebah-lebah itu akan terbang di beberapa kawasan, lingkungan kawasan tersebut mesti bebas dari kimia dan semburan pestisid.

Madu boleh membawa kesan allergik dan ketidak-selesaan kepada bayi di bawah umur 1 tahun. Jangan beri bayi tersebut madu lebah.

Manuka adalah nama dalam Bahasa Maori. Dalam saintifik, ia adalah Leotospermum Scoparium, sejenis pokok asli di New Zealand. Manuka sudah digunakan sejak berkurun yang lalu oleh masyarakat tradisional Maori sebagai merawat demam dan selsema, menyembuh kecederaan dan sakit perut. Dikenali sebagai "The Healing Honey of Tea Tree," Manuka memiliki kandungan anti-biotik dan mineral yang tinggi. Sumber madu Manuka agak terhad memandangkan tempoh pendebungaan pokok-pokok bunga yang tidak panjang. Hasil boleh berbeza bergantung kepada keadaan cuaca. Permintaan global dan minat terhadap penyelidikan perubatan telah menyebabkan madu yang jarang-jarang ditemui ini mengalami kekurangan stok. Sifat anti-bakteria pada madu ini menjadi topik kajian sejauh mana keberkesanannya terhadap pelbagai jenis bakteria dan kulat.

Madu Manuka adalah unik dari segi rasanya. Ia mengandungi rasa yang berbeza dari rasa madu lain yang anda pernah cuba. Manuka asli adalah pekat, rasanya seperti gula dicampur dengan barli, kemudian selepas memakannya, anda akan rasa seperti gula melaka yang pekat.
Ia tidak terdapat di tempat lain dan adalah ekslusif hanya dari New Zealand.

Kegunaan Therapeutic:
Satu sudu besar sebelum makan dan sebelum tidur untuk merawat ulser dan gastrik

Sakit tekak, demam, selsema: 1 sudu teh sebelum makan - biarkan ia cair di mulut perlahan-lahan

Kegunaan luaran: luka, melecur, gatal-gatal; 1 1/2 sudu teh sapukan pada bahagian yang dirawat. Ia membantu pertumbuhan semula sel baru secara semulajadi tanpa meninggalkan parut. Ia adalah ubat turun-temurun.

Faedah Kesihatan:
1. mengandungi vitamin A, B kompleks, C, D, E, K, beta-kerotin, mineral dan enzim.

2. sebagai anti-biotik semulajadi disamping menggalakkan pertumbuhan bakteria berfaedah

3. sumber anti-oksidan semulajadi - menambah kadar anti-oksidan dalam darah

4. sumber tenaga segera - fruktos dan glukos diserap secara terus ke dalam darah

5. gula di dalam madu sama sekali mudah dicerna dan tidak memberi kesan kepada diabetes

6. memberi stamina - salah satu bentuk karbohidrat yang berkesan

7. tidak menyebabkan kaviti sepertri gula putih

8. lebih manis dari gula - pengganti resepi untuk vitamin dan mineral

9. menyumbang nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan tisu yang sihat dan merangsang pertumbuhan salur darah yang baru.

Labels