Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Friday, September 14, 2007

Matahari - Anugerah Tak Terhingga




Mitos Tentang Cermin Bertinted dan Krim UV Pelindung Sinar Matahari

Idea tentang cermin gelap dan krim UV menghalang kanser hanyalah mitos. Ia dipromosikan oleh segelintir orang yang membuat keuntungan antara industri rawatan kanser dan industri pembuat cermin gelap. Mereka menjana keuntungan dari jualan produk losyen yang pada hakikatnya mengandungi bahan-bahan kimia penyebab kanser.

Bukti saintifik dengan jelas menunjukkan bahawa pelindung sinaran matahari sebenarnya menghalang kulit kita dari menyerap sinaran ultra-ungu (UV), yang boleh menghasilkan vitamin D. Kajian mendapati vitamin D berkesan menjauhkan 77% dari semua jenis kanser yang dialami oleh wanita (payudara, usus, saluran peranakan, paru-paru, tumor dan lain-lain..anda sebutkan sahaja).

Sementara itu, kandungan kimia bertoksik yang digunakan dalam kebanyakan produk pelindung sinar matahari adalah karsinogen dan tidak pernah diuji selamat atau tidak pernah mendapat kelulusan dari FDA (Food & Drug Administration of America). Ia menyerap secara terus menerusi kulit kita dan memasuki salur darah. Kulit kita adalah sejenis organ tubuh yang mudah menyerap apa saja yang hinggap di permukaannya.

Pelindung sinar UV sebenarnya tidak memberi apa-apa faedah. Mereka mendakwa ia menghalang dari berlaku "sunburn". Fakta sebenarnya,"sunburn" bukanlah disebabkan terdedah kepada sinaran UV, ia disebabkan kurangnya nutrien anti-oksidan dalam tubuh. Makanlah makanan seperti buah-buahan berri, rumpai laut seperti spirulina dan lain-lain - hasilnya anda akan memiliki pertahanan kulit dari luar dan dalam serta menghalang berlaku "sunburn".

"Sunburn" sebenarnya berpunca dari kekurangan nutrien yang membuat kulit kita menjadi lemah dan proses mutasi DNA membuat kulit menjadi gelap apabila terdedah kepada sinar matahari. Jika anda memperkuatkan pertahanan tubuh dengan nutrien semulajadi berasaskan tumbuh-tumbuhan, kulit anda tidak akan mengalami "sunburn" dan anda akan dipertahankan secara semulajadi. Dengan memakan nutrien seperti berri dan lobak, sejarah telah mengaitkan dengan fungsi mata yang sihat. Nutrien yang sama memberi ketahanan kepada kulit dan mata anda.

Perubatan Yang Tiada Berfaedah
Jikalau pelindung UV tidak baik untuk kita, kenapa begitu ramai doktor mencadangkan penggunaannya? Ia mungkin sukar untuk anda percaya, tetapi suatu waktu dahulu pernah juga para doktor mencadangkan supaya merokok. Di dalam Jurnal Persekutuan Perubatan Amerika, pernah mempromosi rokok Camel sebagai "disarankan oleh doktor lebih baik dari jenama lain". Mereka bercakap tentang "faedah" merokok, menggalakkan orang ramai merokok untuk memperbaiki fungsi otak, malah untuk menguatkan gigi anda!

Sebenarnya, para doktor sangat mudah dipengaruhi oleh minat komersial dan begitu yakin untuk mencadangkan apa-apa produk tidak kira sama ada ia bertoksik, tidak menyihatkan atau membawa maut. Cuba lihat berapa ramai doktor membuat aturan pengambilan ubat Vioxx. Berdasarkan kajian oleh Non-steroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAIDs), Vioxx adalah sejenis dadah yang paling bahaya dalam sejarah perubatan. Kelulusannya ke dalam pasaran oleh FDA dipertikaikan. Ia sejenis "painkiller" yang membawa kesan bahaya kepada jantung dan buah pinggang. Mereka mendakwa ia sejenis ubat "ajaib" yang berkesan mengubati penderitaan penyakit artritis.

Harus diketahui bahawa aturan pengambilan ubatan doktor adalah sebab kematian keempat tertinggi di Amerika. Lebih kurang 100 000 rakyatnya mati setiap tahun setelah mengikuti nasihat dan aturan ubat dari doktor mereka. Adakah ia memberi erti untuk mendapatkan nasihat dan kaunseling kesihatan dari kumpulan professional ini yang membunuh lebih ramai rakyatnya setiap tahun dari jumlah yang pernah dibunuh oleh pengganas dalam sepanjang sejarahnya?

Dalam pada itu, doktor menyedari jika mereka mempromosi cahaya matahari dan vitamin D, mereka akan kehilangan pesakit dan keuntungan kerana orang ramai akan semakin sihat dan tidak perlu lagi berjumpa doktor. Vitamin D bukan sahaja menghalang kanser, malah menangani kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan obesiti.
Ia adalah keajaiban nutrien ciptaan Tuhan. Tetapi kerjaya perubatan cuba sedaya upaya berpura-pura bahawa vitamin D tidak mengandungi fungsi biologi atau faedah lain, malah menyokong produk pelindung sinar UV, - suatu produk yang bersifat anti-vitamin D.

Pelindung UV menghalang kewujudan vitamin D. Pengguna pelindung UV sebenarnya membunuh diri sendiri tetapi mereka tidak menyedarinya. Fikirkan tentangnya, nenek-moyang kita hidup tanpa lampu, mereka mendedahkan kulit mereka kepada cahaya matahari setiap hari. Mereka tidak berselindung dari matahari. Mereka menggunakannya untuk menjana keperluan vitamin dalam badan.

Idea mengatakan "sinar matahari adalah tidak baik untuk anda" sama seperti mengatakan "air tidak baik untuk anda" atau "bumi ini sebenarnya rata". Idea seperti ini digunakan sokongan pemasaran oleh industri yang mendapat keuntungan dari kepercayaan orang ramai.

Persekutuan Kanser Amerika, contohnya tidak menggalakkan orang ramai mengambil vitamin D, walaupun ia mampu menjauhkan 4 dalam setiap 5 orang dari penyakit kanser. Industri kanser pada asasnya tidak berminat untuk mencegah penyakit. Mereka hanya berminat untuk merawat dan mendapat faedah dari kos rawatan tersebut. (Itulah sebab kenapa ubat kanser yang sebenar sentiasa ditekan, ditapis dan tidak mendpat perhatian di Amerika). Jika anda pernah membaca sebuah buku, Penyelesaian Kesihatan Semulajadi dan Konspirasi Menghalang Anda Mengetahuinya, anda akan lihat realiti yang mengejutkan tentang perjalanan industri kanser di Amerika hari ini.

Mempromosi produk pelindung UV adalah suatu jalan untuk memastikan keuntungan jangka panjang industri ini dalam rawatan kanser. Lebih ramai orang menggunakan produk pelindung sinar UV, lebih ramai akan mendapat kanser.
Dan ia adalah disebabkan oleh 2 punca:
1. pelindung UV menghalang penghasilan vitamin D, sejenis nutrien penting penting untuk menjauhkan kita dari kanser
2. produk pelindung UV mengandungi kimia penyebab kanser yang menyerap melalui kulit dan memasuki salur darah lalu menyebabkan kerosakan DNA, membawa kepada penyakit kanser.

Cahaya matahari bukanlah merbahaya seperti anggapan kita hari ini. Sebaliknya ia penting untuk tubuh kita luar dan dalam. Tumbuhan memerlukan matahari untuk menghasilkan nutriennya sendiri. Semua makhluk dan kehidupan di bumi ini dapat hidup dengan adanya matahari. Kenapa mereka harus mengatakan matahari menyebabkan kematian, realitinya matahari memberi kehidupan. Matahari adalah rahmat dari Allah yang sangat besar. Matahari adalah baik untuk kita, pelindung UV adalah palsu. Kalau tidak, kenapa penduduk di negara-negara maju gemar berjemur di pantai malah ada yang sampai membuka pakaiannya untuk mendapatkan cahaya matahari. Kita sebagai orang Islam mempunyai cara sendiri dan tidak perlu mengikut budaya barat. Biarkanlah tingkap kereta anda ditembusi sinar matahari dengan tembusan 100% atau 70%.

Kalau ditanya JPJ, apa yang mereka tahu tentang cermin gelap kereta dan vitamin D. Mereka hanya tahu cermin gelap untuk orang-orang kenamaan, oleh itu mereka melarang orang awam memakai cermin gelap yang menghalang sinar UV. Biarkan orang-orang itu mendapat kanser asalkan kita sedar dan berusaha untuk memelihara kesihatan kita.

Labels