Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Thursday, September 13, 2007

Tarikh Mula Puasa - Selamat Berpuasa


Hari ini, 13hb. September 2007 - Semua umat Islam di Malaysia mula berpuasa.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang mulia, semoga semua amalan yg baik kita lakukan diberkati Allah hendaknya. Amin

Bagaimana Pengusaha Makanan Proses Menggunakan Helah Untuk Menipu Pengguna

Mitos: Kandungan bahan-2 dalam produk makanan dibuat untuk memberitahu pengguna senarai bahan-2 yg digunakan dalam sesuatu produk.

Hakikatnya: Senarai kandungan bahan-2 digunakan oleh pengusaha makanan untuk menipu pengguna dan membuatkan pengguna berfikir bahawa produk mereka adalah berkualiti dan sihat dan berkhasiat.

Artikel ini akan mencungkil penipuan-2 yg paling asas yg digunakan pengusaha-2 makanan untuk menipu pengguna terhadap kandungan senarai bahan-2 yg digunakan.

Menipu Pengguna: Helah Demi Keuntungan
Jikalau bahagian Fakta Nutrisi yg terdapat pada semua bungkusan makanan, bagaimana pula mereka boleh menipu?

Di sini ada beberapa cara yg sering digunakan: Salah satu dari kaedah yg sering digunakan ialah menggantikan perkataan gula dengan sukros, fruktos sirap jagung, gula perang, dekstros dan lain-2 dan meletakkannya di senarai yg terbawah sekali seolah-olah ia bukan bahan utama yg digunakan. (Ingat!, Senarai bahan-2 diletak mengikut keutamaan dari bahan yg paling banyak digunakan sepatutnya disenarai mula-2 sekali dan bukan terkemudian).

Pengguna yg diperbodohkan akan berfikir bahawa produk ini tidak mengambil gula sebagai bahan utama dalam makanan tersebut, padahal majoriti bahan yg digunakan adalah pelbagai bentuk gula yg disebut di atas iaitu fruktos, sukros, dekstros dan sebagainya. Ini adalah satu cara untuk memberi informasi yg salah kepada pengguna dengan meletakkan bahan tersebut terkebawah sekali dalam senarai kandungan bahan-2 yg digunakan.

Satu lagi cara ialah dengan menyenaraikan maklumat bahan dalam kuantiti saiz yg kecil dan tidak munasabah. Anda boleh lihat kaedahini dalam produk seperti penjagaan diri seperti syampu, dimana mereka mendakwa menawarkan syampu "herba" yg pada hakikatnya jumlahnya tidak dapat dikesan langsung dalam produk tersebut. Dalam produk makanan "superfood" yg sebenarnya hanya wujud dalam kuantiti yg kecil dan tidak memberi sebarang kesan sebenar yg baik kepada pengguna. Sebagai contoh, suatu produk mengandungi Spirulina di senarai terbawah sekali menunjukkan ia tidak akan membantu memberi apa-2 kesan terhadap kesihatan oleh sebab kuantiti yg terlalu kecil. Ini juga adalah kaedah yg sering digunakan oleh pengusaha makanan yg mengekploitasi kehendak pasaran dan kempen-2 kesihatan pemakanan dan kesedaran pengguna yg semakin bijak, walaupun kuantiti sebenar bahan-2 yg menyihatkan terlalu kecil atau tiada langsung.

Menyembunyikan Bahan Merbahaya Dari Senarai Kandungan
Kaedah penipuan ketiga ialah dengan menyembunyikan kandungan sebenar dengan pelbagai istilah atau nama yg sedap didengar dan pengguna akan berfikir ia "selamat" dimakan. Sebagai contoh, bahan yg tinggi penyebab barah (carcinogenic) seperti Sodium Nitrit (Sodium Nitrite) bunyinya sedap didengar. Tetapi ia sudah terbukti dengan jelas dan banyak kajian telah mendokumenkan sebagai penyebab tumor otak (brain tumor), barah pankreatik(pancreatic), barah usus (colon), dan lain-2 jenis barah. (cuba taip sodium nitrite dalam Google Scholar dan anda akan melihat senarai panjang kajian-2 yg telah dilakukan menyokong bukti ini).

Satu lagi contoh ialah pewarna Carmine – bunyi seperti sedap didengar, tapi ia sebenarnya dibuat dari sejenis serangga berwarna merah yg diternak secara meluas di hutan Amerika Selatan, Afrika dan Pulau Canary. Sudah tentu ramai yg tidak mahu memakan yogurt berperisa strawberi jika kandungannya tertulis "pewarna merah berasaskan serangga", maka untuk menyedapkan hati pengguna dan melariskan jualan, mereka memberi nama "Carmine".

Begitu juga dengan ekstrak yis, bunyi seperti selamat dimakan. Tapi ia sebenarnya helah untuk menyembunyikan kandungan monosodium glutamate(MSG, sejenis kimia digunakan untuk menambah rasa dan merangsang lidah supaya menghantar isyarat ke otak dan diterjemahkan sebagai sedap dan rasa nak lagi!). Dengan yis ekstrak, mereka tidak perlu menyenaraikan MSG dalam ruangan kandungan bahan-2 yg digunakan. Banyak bahan-2 makanan mengandungi MSG dan secara umumnya, perkataan terhidrolisis (hyrolyzed) atau autolyzed bermaksud ia mengandungi sebahagian MSG. Di dalam roti Gardenia, ia disenaraikan sebagai "Yeast Food". Kerana perkataan gimik "enaknya dimakan begitu saja" digunakan pada bungkusannya.


Jangan Tertipu Dengan Nama
Tahukah anda bahawa nama sesuatu produk tidak bermaksud apa yg ada di dalamnya? Sebagai contoh, bebola ketam tidak bermaksud ia diperbuat dari isi ketam tetapi isi ikan putih berserta penambah perisa yg rasanya hampir dengan rasa ketam. Kalau ada produk bebola ketam yg sebenar, harganya mungkin mencecah puluhan atau ratusan
ringgit (harga ketam mahal, isinya sedikit). Begitu juga air jus kordial seperti oren, anggur dan lain-2. Sebenarnya bahan yg paling tinggi ialah pewarna dan perasa oren, anggur dan sebagainya. Pengguna akan berfikir mereka membeli air buah oren padahal mereka sebenarnya membeli air pewarna oren yg pekat dan beracun. Di Malaysia, produk yang terkenal dengan kepekatan pewarna dan perisa ialah jenama Double Lion. Anda tidak menemui setitikpun perahan buah-buahan di dalamnya kecuali anda meminum perisa dan pewarna.
Begitu juga dengan jem buah-buahan. Pemantauan saya di pasaraya dan kedai-kedai mendapati 90% jenis jem buah-buahan yang dijual sebenarnya bukan berasaskan buah-buahan sebaliknya perisa buah-buahan dan pewarna. Air minuman tin berkarbonat juga menggunakan kaedah yang serupa.

Keropok keju misalnya tidak mengandungi keju langsung. Sos tiram pula tidak mengandungi tiram dan sos lada hitam dipenuhi dengan MSG. Kita sering ditipu dengan perasa dan pewarna. Hakikatnya, pewarna dan perisa adalah bahan kimia yang tidak sepatutnya masuk ke dalam mulut kita. Tetapi industri yang mengutamakan keuntungan semata-mata tidak akan memperdulikan hal ini. Apa yang mereka mahu ialah produk mereka laris dan mendapat sambutan serta jualan yang menguntungkan. Jangan
diperbodohkan dengan nama sesuatu produk lagi. Cukup sudah kita selalu ditipu. Nama-nama ini digunakan dengan satu tujuan, untuk melariskan jualan, bukan untuk memberitahu kandungan di dalamnya.

7 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat-Ubatan Moden




1. 90% dari semua jenis penyakit seperti barah, kencing manis, penyakit jantung dan lain-2 dapat dielak melalui amalan diet, nutrisi, cahaya matahari dan senaman. Tiada satupun kaedah ini selain senaman disarankan oleh doktor-2 moden kerana ia tidak memberi keuntungan kepada mereka dari segi wang. Cahaya matahari dan senaman adalah percuma, ia tidak dapat dipatentkan oleh sesiapa. Mustahil kita perlu membayar untuk mendapatkan cahaya matahari.

2. Hampir semua pemakanan ubatan farmasitikal hari ini adalah hasil dari pelan pemasaran yang intensif yang secara rahsia menyogok pakar-pakar perubatan supaya menyarankan pesakit mengambil sukatan ubat secara berlebihan dari sepatutnya. Hanya sedikit sahaja yang mengikut sukatan secara saintifik. Di Malaysia, kita dapat melihat di TV bagaimana kerjaya doktor-doktor telah dibeli dengan harga yang murah di dalam iklan untuk mempromosikan penggunaan ubat gigi Sensodyne. Mereka sebenarnya dibayar - belum tentu mereka menggunakan ubat gigi tersebut.

3. Tiada ubat-2 farmasitikal yang benar-2 menyembuhkan punca sebenar penyakit hingga ke akar-umbi. Malah dadah yang "paling berkesan" juga hanya mengawal simptom, yang memerlukan kos yang tinggi dengan fungsi fisiologi yang menyebabkan kesan sampingan. Tiada satu jenis dadah pun yang tiada kesan sampingan.

4. Dalam sistem perubatan moden, tiada insentif kewangan diberikan kepada sesiapa (syarikat ubat, hospital, doktor dll.) yang benar-2 dapat menyembuh/menyelamatkan pesakitdari penyakit yang dihidapinya. Keuntungan dijana dari sakit yang berterusan, bukan kesihatan atau pencegahan.

5. Biasanya, semua program pencegahan yang anda lihat hari ini seperti mammogram percuma dan program screening yg lain adalah program merekrut bakal pesakit. Mereka menggunakan kaedah "percuma" ini untuk menakutkan orang ramai sehingga terpaksa percaya, bersetuju dan menerima kaedah perubatan yang mahal dan sebenarnya tidak perlu dijalankan yang biasanya memperkayakan syarikat pembuat ubat. Contohnya kaedah mammografi yang digunakan untuk barah buah dada adalah sebenarnya menerukkan lagi keadaan - mesin itu sendiri menyebabkan barah!!!

6. Doktor-2 tidak tahu-menahu tentang pemakanan nutrisi dan ia tiada dalam subjek pelajaran mereka semasa menuntut di universiti. Meminta nasihat seorang doktor untuk mengajar bagaimana untuk mengelak dari penyakit sama seperti meminta seorang mekanik kenderaan melakukan operasi pembedahan otak. Mereka hanya tahu merawat simptom. Walaupun sebilangan doktor moden sedar akan khasiat dari pemakanan nutrisi, mereka hakikatnya tidak mengerti akan kewujudan penawar penyakit yang berasal dari tumbuhan semulajadi seperti herba, buah-buahan dan sayuran.

7. Tiada seorang pun berminat mengambil tahu kesihatan anda selain diri anda sendiri. Tiada koperat, tiada doktor dan tiada jabatan kerajaan yang bersungguh-sungguh mahu anda sihat. Dengan menjadikan anda sakit, ia lebih mudah untuk mengawal dan mengeksploitasikan kewangan anda. Individu yang sihat, teliti dalam permasalahan perubatan adalah ancaman kepada perancangan mereka.


Ingat 7 perkara di atas dan anda akan menjadi orang yang lebih tahu tentang kesihatan dan penyakit dari kebanyakan orang lain. Untuk diri anda, jadilah seorang yang sihat - jauhkan diri dari mengambil dadah-dadah berjadual, amalkan diet semulajadi, makan makanan segar - jauhkan makanan yang sudah diproses seperti makanan dalam tin (canned food), makanan sejuk-beku (frozen food - burger, hotdog), makanan kudap-2 (junk food), hati-2 dengan "bahan pewarna dan perasa yang dibenarkan", lakukan senaman, kawal penggunaan bahan-bahan kimia di dalam rumah seperti racun serangga, penyembur nyamuk, kalau boleh tinggalkan terus, tinggalkan produk-2 kosmetik yang berasaskan kimia toksik seperti krim cucian badan, syampu dan lain-2. Amalkan kehidupan secara semulajadi, sihat dan sentiasa berwaspada (cerewet terhadap bahan-2 kandungan). Jangan terlalu berserah kepada orang lain untuk menjaga kehidupan kita. Mereka hanya berminat menjaga wang kita. Jangan mengharapkan insuran untuk menampung kos perubatan kita kerana mereka memiliki perancangan tertentu untuk mengaut keuntungan dari wang kita. Jika kita orang yang sentiasa berwaspada, kita tidak perlukan semua itu. Jangan terlalu yakin pihak berkuasa mengutamakan kesihatan anda kerana bagi mereka wang lebih utama (mereka pernah membatalkan usaha pihak tertentu supaya mengharamkan iklan makanan ringan di TV kerana risiko akan kehilangan pendapatan berbilion ringgit). Kempen TAK NAK! rokok hanya kempen yang sia-sia dan tidak berfaedah kepada perokok tegar, hanya menakutkan mereka yang bukan perokok. Mereka menjana keuntungan berlipat ganda hasil cukai tembakau yang meningkat saban tahun. Industri farmasi juga membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Jangan terlalu percaya dan taksub dengan nasihat doktor supaya terus mengambil ubat mengikut sukatan yang diberikan kerana lama-kelamaan anda akan terus bergantung kepada ubat dan wang anda akan terus mengalir ke dalam poket mereka. Bayangkan sesebuah klinik swasta yang kecil mampu menjaga keuntungan berpuluh-puluh malah beratus ribu sebulan.

Jumpalah doktor untuk tujuan diagnos penyakit anda sahaja, kemudian carilah kaedah rawatan semulajadi atau amalkan diet nutrisi tertentu supaya anda penyakit anda semakin berkurang dan dijauhkan - sangat mudah dan murah. Pada asasnya tiada sukatan untuk pemakanan semulajadi, apa yang ada hanyalah kadar yang dicadangkan.

KOD-KOD "E" Dalam Makanan Proses


Tahukah anda kod-kod E (bukan vitamin E) yg sering digunakan dalam senarai bahan-2 makanan sebenarnya dikelaskan mengikut fungsinya. Kod-kod tersebut dibezakan oleh nombor selepas huruf E dan ia pula bergantung kepada jumlah digit sama ada 3 atau 4 digit. Dalam artikel kali ini, saya akan bincangkan serba sedikit berkenaan bahan E250-251 iaitu bahan penahan lapuk dan kulat. Di masa akan datang, saya akan dedahkan bahan-2 yg lain pula. Diharap saudara/i berminat mengikuti tulisan saya seterusnya.

Seperti senarai di bawah, saya paparkan secara mudah kod-kod tersebut dengan fungsinya;

E100-E199
- Pewarna

E200-E299 - Preservatif - Penahan Lapuk/Kulat/Basi
Hati-2 dgn nombor E250 iaitu Sodium Nitrite yg telah terbukti sejenis bahan karsinogen iaitu menyebabkan cancer dan leukemia. Byk digunakan di dlm makanan sejuk beku seperti daging, burger, hot dog, makanan dalam tin. Menurut Mike Adams, strategi yg terbaik utk mengelak mendapat cancer ialah jauhkan makanan yg mengandungi sodium nitrite. Tetapi kebanyakan pengeluar makanan tidak menyenaraikan bahan tersebut di bungkusan mereka sebaliknya berselindung di sebalik kod E250 atau lebih malang lagi hanya menyatakan "Mengandungi Bahan Preservatif/Pegawet Yg Dibenarkan". Tetapi bukan semua pengawet adalah sodium nitrite, E251 - Sodium Nitrate pula tidak begitu merbahaya jika diambil dlm kuantiti terkawal malah bahan ini terdapat dlm sesetengah sayuran dan ia berfungsi sebagai anti-oksidan di dalam tubuh kita. Jika berlebihan pula, ia juga sama seperti Sodium Nitrite kerana boleh menyebabkan cancer

E300-E399 Anti-oksidan, Pengawal Asid

E400-E499 Pemampat, Penstabil, Pelarut Campuran, Pengimulsi

E500-E599 Pengawal Acid, Anti-Caking Agent. Menghalang makanan menjadi keras atau berkerak.

E600-E699 Penambah Perisa
Monosodium Glutamate - E621 merupakan bahan perasa yg sgt popular tetapi merbahaya, selalu terdapat dalam makanan segera mee Maggie dan kudap-kudap. Ia sudah sinonim kerana tanpanya, makanan tersebut tidak akan rasa sedap.

E900-E999 Lain-lain

E1000-E1999 Bahan Kimia Penambah

Air Botol





Tahukah anda kini terdapat berbagai jenis air botol yang dijual di pasaran? Tentu anda pernah terbaca di label botol itu yg menyatakan nama tempat di mana sumber air itu diperolehi atau ia hanya menggunakan sumber air awam yg dirawat. Antara jenis-2 air itu ialah:

1. Air mineral
Sumber dari dalam tanah secara semulajadi, kandungan galian berbeza-beza mengikut tempat. Ia perlu melalui proses penapisan dan perawatan sebelum boleh dipasarkan secara komersial.

2. Air minuman bertapis - biasanya menggunakan sumber air awam iaitu air paip yg kemudian melalui berbagai proses seperti sinar UV, fiber penuras, dirawat dengan penambahan berbagai jenis mineral. Kini banyak jenama menggunakan teknologi ini utk dipasang di rumah di mana air paip akan disalurkan melalui penapis yang agak mahal harganya mencecah ribuan ringgit. Kos penyelengaraan juga agak tinggi kerana penapis perlu ditukar secara berkala apabila sudah sampai masanya. Tetapi memandangkan keadaan air paip kita hari ini telah teruk tercemar, penapis seperti ini sepatutnya menjadi keperluan penting di rumah untuk kegunaan makan, minum dan memasak

3. Air Osmosis Songsang (R.O. Water)
Air tulen yg tidak mengandungi bahan mineral yg telah melalui berbagai proses saringan dan proses bertekanan tinggi. Air ini tinggi kandungan oksigen tetapi agak mahal dan tiada kandungan mineral yang berfaedah utk tubuh kita. Kini terdapat pengeluar yang memasukkan pelbagai jenis mineral tambahan di dalam air ini.

4. Air alkali
Proses pengionan menghasilkan pH yg tinggi utk air alkali digunakan untuk bateri . Sebenarnya air alkali bukanlah air yang terbaik. Air ini tidak berapa sesuai utk diminum dalam kuantiti berlebihan kerana boleh berlaku kekejangan otot atau cramps. Air terbaik di dunia iaitu air zamzam juga lebih tinggi kandungan asid dari alkali.

Tahukah anda di Malaysia, ada peraturan yg telah ditetapkan sebagai garis panduan kepada pemproses air minuman botol iaitu setiap produk air minuman bertapis dan R.O. wajib menggunakan penutup botol berwarna putih manakala penutup botol warna lain adalah untuk air mineral dan sebagainya. Manakala peraturan untuk memproses air mineral secara komersial pula, ia perlu berpunca dari satu kawasan yg tiada kegiatan manusia dalam jejari sekurang-kurangnya 1 kilometer. Peraturan ini ditetapkan demi menjamin kebersihan dan kualiti mineral yang terkandung di dalam air tersebut.

Saya pernah pergi ke sebuah kilang pemproses air mineral terbesar di Perak iaitu di Taiping, saya dapati ia hanya kira-kira 1 kilometer dari kawasan perumahan, malah kilang tersebut bersebelahan dengan loji tadahan air domestik iaitu Loji Air Kuning, Taiping dan tempat pembakaran mayat. Bila disebut Air Kuning, orang Perak tentu tahu jenama apa! Walaupun mendapat sumber semulajadi, ia masih perlu melalui berbagai proses penapisan yang tidak diketahui sejauh mana kebaikannya. Malah ketika melawat, saya tidak dibenarkan memasuki suatu zon yg bernama Sterilizer - proses menghapuskan bahan-2 organik mikrobiologi. Menurut apa yg diberitahu, proses tersebut menggunakan sejenis penapis keluli yg mahal dan perlu ditukar ganti (pakai-buang) selepas sampai waktu tertentu.

Air dari mata air di laluan Simpang Pulai - Cameron Highland memang sudah terbukti akan kandungan mineral yg tinggi dan ia lebih baik dari R.O. Water. Ini dibuktikan sendiri kepada saya oleh seorang penjual produk R.O. Water suatu ketika dulu. Cuma dikhuatiri ia juga turut mengandungi bahan-2 cemar bakteria atau mikro-organisma yang tidak baik kerana ia ditapis secara "semulajadi". Berani minum, beranilah tanggung.

Labels