Pages

Thursday, September 13, 2007

Bagaimana Pengusaha Makanan Proses Menggunakan Helah Untuk Menipu Pengguna

Mitos: Kandungan bahan-2 dalam produk makanan dibuat untuk memberitahu pengguna senarai bahan-2 yg digunakan dalam sesuatu produk.

Hakikatnya: Senarai kandungan bahan-2 digunakan oleh pengusaha makanan untuk menipu pengguna dan membuatkan pengguna berfikir bahawa produk mereka adalah berkualiti dan sihat dan berkhasiat.

Artikel ini akan mencungkil penipuan-2 yg paling asas yg digunakan pengusaha-2 makanan untuk menipu pengguna terhadap kandungan senarai bahan-2 yg digunakan.

Menipu Pengguna: Helah Demi Keuntungan
Jikalau bahagian Fakta Nutrisi yg terdapat pada semua bungkusan makanan, bagaimana pula mereka boleh menipu?

Di sini ada beberapa cara yg sering digunakan: Salah satu dari kaedah yg sering digunakan ialah menggantikan perkataan gula dengan sukros, fruktos sirap jagung, gula perang, dekstros dan lain-2 dan meletakkannya di senarai yg terbawah sekali seolah-olah ia bukan bahan utama yg digunakan. (Ingat!, Senarai bahan-2 diletak mengikut keutamaan dari bahan yg paling banyak digunakan sepatutnya disenarai mula-2 sekali dan bukan terkemudian).

Pengguna yg diperbodohkan akan berfikir bahawa produk ini tidak mengambil gula sebagai bahan utama dalam makanan tersebut, padahal majoriti bahan yg digunakan adalah pelbagai bentuk gula yg disebut di atas iaitu fruktos, sukros, dekstros dan sebagainya. Ini adalah satu cara untuk memberi informasi yg salah kepada pengguna dengan meletakkan bahan tersebut terkebawah sekali dalam senarai kandungan bahan-2 yg digunakan.

Satu lagi cara ialah dengan menyenaraikan maklumat bahan dalam kuantiti saiz yg kecil dan tidak munasabah. Anda boleh lihat kaedahini dalam produk seperti penjagaan diri seperti syampu, dimana mereka mendakwa menawarkan syampu "herba" yg pada hakikatnya jumlahnya tidak dapat dikesan langsung dalam produk tersebut. Dalam produk makanan "superfood" yg sebenarnya hanya wujud dalam kuantiti yg kecil dan tidak memberi sebarang kesan sebenar yg baik kepada pengguna. Sebagai contoh, suatu produk mengandungi Spirulina di senarai terbawah sekali menunjukkan ia tidak akan membantu memberi apa-2 kesan terhadap kesihatan oleh sebab kuantiti yg terlalu kecil. Ini juga adalah kaedah yg sering digunakan oleh pengusaha makanan yg mengekploitasi kehendak pasaran dan kempen-2 kesihatan pemakanan dan kesedaran pengguna yg semakin bijak, walaupun kuantiti sebenar bahan-2 yg menyihatkan terlalu kecil atau tiada langsung.

Menyembunyikan Bahan Merbahaya Dari Senarai Kandungan
Kaedah penipuan ketiga ialah dengan menyembunyikan kandungan sebenar dengan pelbagai istilah atau nama yg sedap didengar dan pengguna akan berfikir ia "selamat" dimakan. Sebagai contoh, bahan yg tinggi penyebab barah (carcinogenic) seperti Sodium Nitrit (Sodium Nitrite) bunyinya sedap didengar. Tetapi ia sudah terbukti dengan jelas dan banyak kajian telah mendokumenkan sebagai penyebab tumor otak (brain tumor), barah pankreatik(pancreatic), barah usus (colon), dan lain-2 jenis barah. (cuba taip sodium nitrite dalam Google Scholar dan anda akan melihat senarai panjang kajian-2 yg telah dilakukan menyokong bukti ini).

Satu lagi contoh ialah pewarna Carmine – bunyi seperti sedap didengar, tapi ia sebenarnya dibuat dari sejenis serangga berwarna merah yg diternak secara meluas di hutan Amerika Selatan, Afrika dan Pulau Canary. Sudah tentu ramai yg tidak mahu memakan yogurt berperisa strawberi jika kandungannya tertulis "pewarna merah berasaskan serangga", maka untuk menyedapkan hati pengguna dan melariskan jualan, mereka memberi nama "Carmine".

Begitu juga dengan ekstrak yis, bunyi seperti selamat dimakan. Tapi ia sebenarnya helah untuk menyembunyikan kandungan monosodium glutamate(MSG, sejenis kimia digunakan untuk menambah rasa dan merangsang lidah supaya menghantar isyarat ke otak dan diterjemahkan sebagai sedap dan rasa nak lagi!). Dengan yis ekstrak, mereka tidak perlu menyenaraikan MSG dalam ruangan kandungan bahan-2 yg digunakan. Banyak bahan-2 makanan mengandungi MSG dan secara umumnya, perkataan terhidrolisis (hyrolyzed) atau autolyzed bermaksud ia mengandungi sebahagian MSG. Di dalam roti Gardenia, ia disenaraikan sebagai "Yeast Food". Kerana perkataan gimik "enaknya dimakan begitu saja" digunakan pada bungkusannya.


Jangan Tertipu Dengan Nama
Tahukah anda bahawa nama sesuatu produk tidak bermaksud apa yg ada di dalamnya? Sebagai contoh, bebola ketam tidak bermaksud ia diperbuat dari isi ketam tetapi isi ikan putih berserta penambah perisa yg rasanya hampir dengan rasa ketam. Kalau ada produk bebola ketam yg sebenar, harganya mungkin mencecah puluhan atau ratusan
ringgit (harga ketam mahal, isinya sedikit). Begitu juga air jus kordial seperti oren, anggur dan lain-2. Sebenarnya bahan yg paling tinggi ialah pewarna dan perasa oren, anggur dan sebagainya. Pengguna akan berfikir mereka membeli air buah oren padahal mereka sebenarnya membeli air pewarna oren yg pekat dan beracun. Di Malaysia, produk yang terkenal dengan kepekatan pewarna dan perisa ialah jenama Double Lion. Anda tidak menemui setitikpun perahan buah-buahan di dalamnya kecuali anda meminum perisa dan pewarna.
Begitu juga dengan jem buah-buahan. Pemantauan saya di pasaraya dan kedai-kedai mendapati 90% jenis jem buah-buahan yang dijual sebenarnya bukan berasaskan buah-buahan sebaliknya perisa buah-buahan dan pewarna. Air minuman tin berkarbonat juga menggunakan kaedah yang serupa.

Keropok keju misalnya tidak mengandungi keju langsung. Sos tiram pula tidak mengandungi tiram dan sos lada hitam dipenuhi dengan MSG. Kita sering ditipu dengan perasa dan pewarna. Hakikatnya, pewarna dan perisa adalah bahan kimia yang tidak sepatutnya masuk ke dalam mulut kita. Tetapi industri yang mengutamakan keuntungan semata-mata tidak akan memperdulikan hal ini. Apa yang mereka mahu ialah produk mereka laris dan mendapat sambutan serta jualan yang menguntungkan. Jangan
diperbodohkan dengan nama sesuatu produk lagi. Cukup sudah kita selalu ditipu. Nama-nama ini digunakan dengan satu tujuan, untuk melariskan jualan, bukan untuk memberitahu kandungan di dalamnya.

Anda Suka Artikel Ini...?

Get Free Email Updates Daily!

Follow us!

0 comments:

Labels