Pages

Kembara TSM

Sebahagian dari siri jelajah TSM ke serata pelusuk hutan.

Segar

Air segar yang masih boleh diperolehi secara percuma oleh semua orang

Paya Bakau Larut-Matang

Sebahagian dari usaha konservasi pemuliharaan hutan paya bakau di Kuala Sepetang. Terdapat berbagai jenis pokok herba di sini.

Hijau

Kehijauan hutan hujan tropika di negara kita harus dipelihara

Semulajadi

Pemandangan alam semulajadi di tepi kali

Tuesday, October 30, 2007

Kimia Toksik Triklosan ditemui biasa terdapat dalam sabun anti-bakteria dan ubat gigi


Sejenis kimia Triklosan mengundang risiko kesihatan di mana ia mengandungi kompaun toksik yang menyebabkan kanser. Paling mengejutkan ialah ia ditemui dengan banyaknya di dalam produk harian seperti sabun anti-bakteria, deodoran, krim cucian badan, losyen, kosmetik, pencuci fabrik, pencuci pinggan mangkuk, malah pencuci mulut dan ubat gigi.

Ubat gigi sepatutnya membantu membersih gigi, tetapi apa yang berlaku kini semakin menakutkan. Bila air paip bertemu dengan ubat gigi, triklosan akan bertindak secara bebas dengan klorin lalu menjadi klorofom (chlorinated aromatic). Tindakbalas ini sama seperti dioksin yang ditemui di dalam kompaun Agent Orange (sejenis senjata kimia yang digunakan oleh tentera Amerika semasa perang Vietnam.) Ia menjadi tindakbalas kimia yang berlaku di dalam mulut anda semasa anda memberus gigi. Jangan fikir anda selamat apabila anda berkumur dan meludah segala kotoran selepas memberus gigi: kajian menunjukkan ia akan tinggal di dalam mulut sehingga 12 jam selepas anda memberus gigi. Ia mudah diserap melalui lidah dan melalui mukus lalu masuk ke dalam tubuh. Kanak-kanak mempunyai risiko yang lebih tinggi apabila sering tertelan kandungan ubat gigi apabila memberus gigi.

Menurut NCAMP (Persatuan Kebangsaan Menentang Penyalahgunaan Pestisid), pembuat produk sabun dan ubat gigi yang menggunakan triklosan mendakwa kandungan aktif tersebut akan terus terus "berkesan" sehingga 12 jam selepas digunakan. Oleh itu, pengguna akan terus terdedah kepada triklosan lebih dari 20 saat yang diperlukan untuk membasuh tangan atau memberus gigi.

Triklosan secara rasmi diisytiharkan karsinogen (menyebabkan barah). FDA (Food & Drug Administration of America) dan European Union pada masa ini mengawal penggunaan triklosan manakala Agensi Pengawalan Persekitaran (EPA) mengklsifikasikan ia sebagai karsinogen. Pembuat ubat gigi mendakwa triklosan digunakan untuk menghapuskan plak dan membunuh bakteria, tetapi ia boleh menyebabkan penyakit ulser mulut. Mereka mendakwa kandungan triklosan membunuh 99.9% bakteria dan ia berasaskan formula perubatan.

Pembuat ubat gigi tidak pernah menjalankan kajian untuk menghentikan penggunaan triklosan dari produk mereka sebaliknya terus mendakwa ia selamat digunakan selagi tidak diminum. Tiada kajian sains mendapati triklosan selamat. Menurut AMA (American Medical Association), walaupun penggunaan yang semakin berleluasa dalam produk konsumer, kajian secara giat terhadap agen anti-mikrob seperti triklosan belum pernah dilakukan.

Lebih 95% penggunaan triklosan di dalam produk konsumer dibuang ke saluran kumbahan dan triklosan salah satu dari 95 jenis cemaran yang didapati dan ia lebih pekat. Kajian Worldwatch Institut pula mendapati di Amerika, 75% sabun cecair dan 30% sabun buku mengandungi triklosan dan kompaun anti-gem.

Nasihat saya kepada pengguna, baca kandungan bahan-bahan yang digunakan sebelum membeli serta jauhkan semua produk mengandungi triklosan atau "triclosan" dalam ejaan bahasa Inggerisnya.

Berwaspada dengan produk yang mendakwa sebagai "anti-bakteria" kecuali ia menggunakan herba-herba sebagai anti-bakteria.

Wednesday, October 24, 2007

Madu Lebah Organik & Madu Manuka New Zealand




Madu lebah mula dikumpul dan digunakan secara meluas oleh manusia sejak tamadun dahulu lagi.

Hal ini boleh didapati di dalam al-Quran surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.

Rasulullah S.A.W. juga pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."

Ibnu Sina pula, seorang tokoh Islam terulung dahulu-kala menyebut, ”Jika anda ingin awet muda, minumlah madu, ...sesungguhnya madu lebah dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”.

Aristotle menyebut "the nectar of the God", maksudnya "manisan dari Tuhan".
Satu dari makanan semulajadi yang mudah dicerna, cepat menyerap ke dalam tubuh dan penuh kelazatan serta manis rasanya.

Kita patut menghargai kerja-kerja memproses menghasilkan madu oleh lebah. Lebah madu hanya bergerak di dalam lingkungan 4 - 6 kilometer dari sarang untuk mengumpulkan nektar atau manisan. Lebah "pekerja" terbang lebih dua kali ganda mengelilingi dunia dan mengumpulkan nektar dari lebih 2 juta bunga untuk menghasilkan kira-kira 1 pound madu. Satu koloni lebah termasuk 30000 hingga 60000 lebah "pekerja", 500-1000 tentera dan 1 permaisuri. Koloni yang kuat akan menghasilkan 25 pound madu lebih dari yang mereka perlukan.



Madu bukan sahaja menambah rasa manis, malah ia mengandungi penyembuh, anti-bakteria, dan juga anti-oksidan. Ia dapat mengubati penyakit asma dan serangan allergik disamping merawat tubuh dalam pelbagai penyakit biasa, membantu penghadaman, hingga merawat penyakit kronik. Orang-orang Mesir purba menggunakan madu untuk menutupi luka, melecur dan penyakit katarak. Orang-orang Rom pula menggunakannya untuk masalah insomnia. Penyanyi menggunakannya untuk masalah kerongkong lalu memperbaiki suara, athlit pula menggunakan untuk menambah tenaga. Madu juga membantu tubuh kita mendapatkan vitamin dan mineral dari sumber-sumber lain. Penyelidikan oleh Universiti Purdue mendapati madu membantu menambah penyerapan kalsium.

Ia boleh digunakan sebagai bahan penjagaan diri sebagai penyubur rambut, pelembut kulit dan sebagai sabun mandi anti-bakteria semulajadi.

Ia menambah aroma, nutrien dan mudah dihadam disamping memberi tenaga. Komposisi madu terdiri dari karbohidrat, asid amino, pelbagai vitamin, vitamin B, pelbagai mineral, termasuk kalsium, tembaga, zat besi, magnesium, fosforus, zink dan anti-oksidan. Lebih gelap madu itu, lebih tinggi kandungan anti-oksidan. Setiap madu bergantung kepada jenis bunga yang dilawati oleh lebah itu, dan masing-masing mengandungi rasa yang unik.

Madu juga adalah bahan preservatif semulajadi. Ia dapat mengurangkan enzim perang yang menyebabkan buah-buahan menjadi hitam dan busuk. Ia juga dapat mengelak daging mentah dari teroksida.

Produk madu konvensional biasanya mengambil madu dari lebah yang menghisap manisan dari bunga-bunga yang telah disembur bahan kimia dan pestisid. Kemudian, mereka menggunakan kompound sulfer dan anti-biotik terhadap lebah-lebah itu. Bila tiba musim menuai, pemungut madu akan membunuh lebah-lebah itu dengan kalsium cianide dan asid karbolik.

Madu organik pula tidak melakukan sedemikian. Mereka bekerja dengan alam semulajadi. Proses mendapatkan madu organik adalah mahal. Lebah-lebah akan mengumpul nektar dari tanaman organik. Oleh kerana lebah-lebah itu akan terbang di beberapa kawasan, lingkungan kawasan tersebut mesti bebas dari kimia dan semburan pestisid.

Madu boleh membawa kesan allergik dan ketidak-selesaan kepada bayi di bawah umur 1 tahun. Jangan beri bayi tersebut madu lebah.

Manuka adalah nama dalam Bahasa Maori. Dalam saintifik, ia adalah Leotospermum Scoparium, sejenis pokok asli di New Zealand. Manuka sudah digunakan sejak berkurun yang lalu oleh masyarakat tradisional Maori sebagai merawat demam dan selsema, menyembuh kecederaan dan sakit perut. Dikenali sebagai "The Healing Honey of Tea Tree," Manuka memiliki kandungan anti-biotik dan mineral yang tinggi. Sumber madu Manuka agak terhad memandangkan tempoh pendebungaan pokok-pokok bunga yang tidak panjang. Hasil boleh berbeza bergantung kepada keadaan cuaca. Permintaan global dan minat terhadap penyelidikan perubatan telah menyebabkan madu yang jarang-jarang ditemui ini mengalami kekurangan stok. Sifat anti-bakteria pada madu ini menjadi topik kajian sejauh mana keberkesanannya terhadap pelbagai jenis bakteria dan kulat.

Madu Manuka adalah unik dari segi rasanya. Ia mengandungi rasa yang berbeza dari rasa madu lain yang anda pernah cuba. Manuka asli adalah pekat, rasanya seperti gula dicampur dengan barli, kemudian selepas memakannya, anda akan rasa seperti gula melaka yang pekat.
Ia tidak terdapat di tempat lain dan adalah ekslusif hanya dari New Zealand.

Kegunaan Therapeutic:
Satu sudu besar sebelum makan dan sebelum tidur untuk merawat ulser dan gastrik

Sakit tekak, demam, selsema: 1 sudu teh sebelum makan - biarkan ia cair di mulut perlahan-lahan

Kegunaan luaran: luka, melecur, gatal-gatal; 1 1/2 sudu teh sapukan pada bahagian yang dirawat. Ia membantu pertumbuhan semula sel baru secara semulajadi tanpa meninggalkan parut. Ia adalah ubat turun-temurun.

Faedah Kesihatan:
1. mengandungi vitamin A, B kompleks, C, D, E, K, beta-kerotin, mineral dan enzim.

2. sebagai anti-biotik semulajadi disamping menggalakkan pertumbuhan bakteria berfaedah

3. sumber anti-oksidan semulajadi - menambah kadar anti-oksidan dalam darah

4. sumber tenaga segera - fruktos dan glukos diserap secara terus ke dalam darah

5. gula di dalam madu sama sekali mudah dicerna dan tidak memberi kesan kepada diabetes

6. memberi stamina - salah satu bentuk karbohidrat yang berkesan

7. tidak menyebabkan kaviti sepertri gula putih

8. lebih manis dari gula - pengganti resepi untuk vitamin dan mineral

9. menyumbang nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan tisu yang sihat dan merangsang pertumbuhan salur darah yang baru.

Saturday, September 15, 2007

Blueberry - Khasiat Anti-Pengoksida


Jika saya sering sarankan makanan yang baik dan segar untuk anda, tentu ramai yang bertanya apa pula makanan yang menjadi pilihan saya sendiri! Di sini, saya akan terus memberi anda panduan bagaimana untuk memilih makanan yang baik, banyak kandungan nutrien yang menyihatkan. Di artikel kali ini, saya akan tunjukkan jenis jem yang menjadi kegemaran saya ketika ini iaitu jem blueberry. Saya sediakan gambarnya sekali yang saya ambil sendiri di dapur rumah saya. Kemudian saya masukkan sedikit maklumat serta harganya di supermarket tempatan. Perlu diingat bahawa saya tidak mendapat apa-apa komisyen atau hadiah atau sebagainya setelah mempromosi produk ini. Mungkin terdapat banyak lagi jenama lain yang memberi khasiat yang sama seperti produk ini, tetapi belum saya temui. Tidak seperti jem-jem biasa, apabila anda memakannya, anda akan terasa seperti menggigit buah kismis kerana di dalamnya terdapat buahan berri yang asal yang tidak di kisar terlalu halus. Ini bermakna kebanyakan kandungannya menggunakan 50 hingga 100 peratus buah berri. Ia tidak mengandungi gula putih tetapi gula organic atau gula yang wujud dalam buah-buahan itu sendiri. Ia juga tidak memerlukan pewarna kerana buah berri biru itu sendiri sudah cukup untuk menjadikan ia warna biru gelap yang asal. Kerana ia tidak menggunakan bahan preservatif, ia hendaklah dihabiskan dalam masa 4 bulan selepas dibuka. Biasanya saya makan jem ini bersama sekurang-kurangnya 2 keping roti Gardenia pada waktu pagi sebelum pergi ke tempat kerja. Antara khasiat buah Blueberry ialah sebagai anti-pengoksida, membantu merawat kanser, membaiki fungsi mata dan banyak lagi.

Berikut ialah kandungan yang tertulis pada botol jem tersebut:

Dalhousie Organic Blueberry Jam:
1. Organic Sugar,
2. 47% Organic Blueberries,
3. Lemon Concentrate,
4. Fruit Pectin

St. Dalfour Wild Blueberry Jam:
1. Wild Blueberries,
2. Unsweetened grape juice concentrate,
3. fruit pectin.
Prepared with 50g of fruit per 100g.


Sila klik gambar di atas untuk besarkan.

Untuk maklumat lanjut tentang produk tersebut, sila lawati http://www.stdalfour.com.au/
dan
http://www.dalhousie.com.au/home.htm

Friday, September 14, 2007

Matahari - Anugerah Tak Terhingga




Mitos Tentang Cermin Bertinted dan Krim UV Pelindung Sinar Matahari

Idea tentang cermin gelap dan krim UV menghalang kanser hanyalah mitos. Ia dipromosikan oleh segelintir orang yang membuat keuntungan antara industri rawatan kanser dan industri pembuat cermin gelap. Mereka menjana keuntungan dari jualan produk losyen yang pada hakikatnya mengandungi bahan-bahan kimia penyebab kanser.

Bukti saintifik dengan jelas menunjukkan bahawa pelindung sinaran matahari sebenarnya menghalang kulit kita dari menyerap sinaran ultra-ungu (UV), yang boleh menghasilkan vitamin D. Kajian mendapati vitamin D berkesan menjauhkan 77% dari semua jenis kanser yang dialami oleh wanita (payudara, usus, saluran peranakan, paru-paru, tumor dan lain-lain..anda sebutkan sahaja).

Sementara itu, kandungan kimia bertoksik yang digunakan dalam kebanyakan produk pelindung sinar matahari adalah karsinogen dan tidak pernah diuji selamat atau tidak pernah mendapat kelulusan dari FDA (Food & Drug Administration of America). Ia menyerap secara terus menerusi kulit kita dan memasuki salur darah. Kulit kita adalah sejenis organ tubuh yang mudah menyerap apa saja yang hinggap di permukaannya.

Pelindung sinar UV sebenarnya tidak memberi apa-apa faedah. Mereka mendakwa ia menghalang dari berlaku "sunburn". Fakta sebenarnya,"sunburn" bukanlah disebabkan terdedah kepada sinaran UV, ia disebabkan kurangnya nutrien anti-oksidan dalam tubuh. Makanlah makanan seperti buah-buahan berri, rumpai laut seperti spirulina dan lain-lain - hasilnya anda akan memiliki pertahanan kulit dari luar dan dalam serta menghalang berlaku "sunburn".

"Sunburn" sebenarnya berpunca dari kekurangan nutrien yang membuat kulit kita menjadi lemah dan proses mutasi DNA membuat kulit menjadi gelap apabila terdedah kepada sinar matahari. Jika anda memperkuatkan pertahanan tubuh dengan nutrien semulajadi berasaskan tumbuh-tumbuhan, kulit anda tidak akan mengalami "sunburn" dan anda akan dipertahankan secara semulajadi. Dengan memakan nutrien seperti berri dan lobak, sejarah telah mengaitkan dengan fungsi mata yang sihat. Nutrien yang sama memberi ketahanan kepada kulit dan mata anda.

Perubatan Yang Tiada Berfaedah
Jikalau pelindung UV tidak baik untuk kita, kenapa begitu ramai doktor mencadangkan penggunaannya? Ia mungkin sukar untuk anda percaya, tetapi suatu waktu dahulu pernah juga para doktor mencadangkan supaya merokok. Di dalam Jurnal Persekutuan Perubatan Amerika, pernah mempromosi rokok Camel sebagai "disarankan oleh doktor lebih baik dari jenama lain". Mereka bercakap tentang "faedah" merokok, menggalakkan orang ramai merokok untuk memperbaiki fungsi otak, malah untuk menguatkan gigi anda!

Sebenarnya, para doktor sangat mudah dipengaruhi oleh minat komersial dan begitu yakin untuk mencadangkan apa-apa produk tidak kira sama ada ia bertoksik, tidak menyihatkan atau membawa maut. Cuba lihat berapa ramai doktor membuat aturan pengambilan ubat Vioxx. Berdasarkan kajian oleh Non-steroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAIDs), Vioxx adalah sejenis dadah yang paling bahaya dalam sejarah perubatan. Kelulusannya ke dalam pasaran oleh FDA dipertikaikan. Ia sejenis "painkiller" yang membawa kesan bahaya kepada jantung dan buah pinggang. Mereka mendakwa ia sejenis ubat "ajaib" yang berkesan mengubati penderitaan penyakit artritis.

Harus diketahui bahawa aturan pengambilan ubatan doktor adalah sebab kematian keempat tertinggi di Amerika. Lebih kurang 100 000 rakyatnya mati setiap tahun setelah mengikuti nasihat dan aturan ubat dari doktor mereka. Adakah ia memberi erti untuk mendapatkan nasihat dan kaunseling kesihatan dari kumpulan professional ini yang membunuh lebih ramai rakyatnya setiap tahun dari jumlah yang pernah dibunuh oleh pengganas dalam sepanjang sejarahnya?

Dalam pada itu, doktor menyedari jika mereka mempromosi cahaya matahari dan vitamin D, mereka akan kehilangan pesakit dan keuntungan kerana orang ramai akan semakin sihat dan tidak perlu lagi berjumpa doktor. Vitamin D bukan sahaja menghalang kanser, malah menangani kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan obesiti.
Ia adalah keajaiban nutrien ciptaan Tuhan. Tetapi kerjaya perubatan cuba sedaya upaya berpura-pura bahawa vitamin D tidak mengandungi fungsi biologi atau faedah lain, malah menyokong produk pelindung sinar UV, - suatu produk yang bersifat anti-vitamin D.

Pelindung UV menghalang kewujudan vitamin D. Pengguna pelindung UV sebenarnya membunuh diri sendiri tetapi mereka tidak menyedarinya. Fikirkan tentangnya, nenek-moyang kita hidup tanpa lampu, mereka mendedahkan kulit mereka kepada cahaya matahari setiap hari. Mereka tidak berselindung dari matahari. Mereka menggunakannya untuk menjana keperluan vitamin dalam badan.

Idea mengatakan "sinar matahari adalah tidak baik untuk anda" sama seperti mengatakan "air tidak baik untuk anda" atau "bumi ini sebenarnya rata". Idea seperti ini digunakan sokongan pemasaran oleh industri yang mendapat keuntungan dari kepercayaan orang ramai.

Persekutuan Kanser Amerika, contohnya tidak menggalakkan orang ramai mengambil vitamin D, walaupun ia mampu menjauhkan 4 dalam setiap 5 orang dari penyakit kanser. Industri kanser pada asasnya tidak berminat untuk mencegah penyakit. Mereka hanya berminat untuk merawat dan mendapat faedah dari kos rawatan tersebut. (Itulah sebab kenapa ubat kanser yang sebenar sentiasa ditekan, ditapis dan tidak mendpat perhatian di Amerika). Jika anda pernah membaca sebuah buku, Penyelesaian Kesihatan Semulajadi dan Konspirasi Menghalang Anda Mengetahuinya, anda akan lihat realiti yang mengejutkan tentang perjalanan industri kanser di Amerika hari ini.

Mempromosi produk pelindung UV adalah suatu jalan untuk memastikan keuntungan jangka panjang industri ini dalam rawatan kanser. Lebih ramai orang menggunakan produk pelindung sinar UV, lebih ramai akan mendapat kanser.
Dan ia adalah disebabkan oleh 2 punca:
1. pelindung UV menghalang penghasilan vitamin D, sejenis nutrien penting penting untuk menjauhkan kita dari kanser
2. produk pelindung UV mengandungi kimia penyebab kanser yang menyerap melalui kulit dan memasuki salur darah lalu menyebabkan kerosakan DNA, membawa kepada penyakit kanser.

Cahaya matahari bukanlah merbahaya seperti anggapan kita hari ini. Sebaliknya ia penting untuk tubuh kita luar dan dalam. Tumbuhan memerlukan matahari untuk menghasilkan nutriennya sendiri. Semua makhluk dan kehidupan di bumi ini dapat hidup dengan adanya matahari. Kenapa mereka harus mengatakan matahari menyebabkan kematian, realitinya matahari memberi kehidupan. Matahari adalah rahmat dari Allah yang sangat besar. Matahari adalah baik untuk kita, pelindung UV adalah palsu. Kalau tidak, kenapa penduduk di negara-negara maju gemar berjemur di pantai malah ada yang sampai membuka pakaiannya untuk mendapatkan cahaya matahari. Kita sebagai orang Islam mempunyai cara sendiri dan tidak perlu mengikut budaya barat. Biarkanlah tingkap kereta anda ditembusi sinar matahari dengan tembusan 100% atau 70%.

Kalau ditanya JPJ, apa yang mereka tahu tentang cermin gelap kereta dan vitamin D. Mereka hanya tahu cermin gelap untuk orang-orang kenamaan, oleh itu mereka melarang orang awam memakai cermin gelap yang menghalang sinar UV. Biarkan orang-orang itu mendapat kanser asalkan kita sedar dan berusaha untuk memelihara kesihatan kita.

Thursday, September 13, 2007

Bagaimana Pengusaha Makanan Proses Menggunakan Helah Untuk Menipu Pengguna

Mitos: Kandungan bahan-2 dalam produk makanan dibuat untuk memberitahu pengguna senarai bahan-2 yg digunakan dalam sesuatu produk.

Hakikatnya: Senarai kandungan bahan-2 digunakan oleh pengusaha makanan untuk menipu pengguna dan membuatkan pengguna berfikir bahawa produk mereka adalah berkualiti dan sihat dan berkhasiat.

Artikel ini akan mencungkil penipuan-2 yg paling asas yg digunakan pengusaha-2 makanan untuk menipu pengguna terhadap kandungan senarai bahan-2 yg digunakan.

Menipu Pengguna: Helah Demi Keuntungan
Jikalau bahagian Fakta Nutrisi yg terdapat pada semua bungkusan makanan, bagaimana pula mereka boleh menipu?

Di sini ada beberapa cara yg sering digunakan: Salah satu dari kaedah yg sering digunakan ialah menggantikan perkataan gula dengan sukros, fruktos sirap jagung, gula perang, dekstros dan lain-2 dan meletakkannya di senarai yg terbawah sekali seolah-olah ia bukan bahan utama yg digunakan. (Ingat!, Senarai bahan-2 diletak mengikut keutamaan dari bahan yg paling banyak digunakan sepatutnya disenarai mula-2 sekali dan bukan terkemudian).

Pengguna yg diperbodohkan akan berfikir bahawa produk ini tidak mengambil gula sebagai bahan utama dalam makanan tersebut, padahal majoriti bahan yg digunakan adalah pelbagai bentuk gula yg disebut di atas iaitu fruktos, sukros, dekstros dan sebagainya. Ini adalah satu cara untuk memberi informasi yg salah kepada pengguna dengan meletakkan bahan tersebut terkebawah sekali dalam senarai kandungan bahan-2 yg digunakan.

Satu lagi cara ialah dengan menyenaraikan maklumat bahan dalam kuantiti saiz yg kecil dan tidak munasabah. Anda boleh lihat kaedahini dalam produk seperti penjagaan diri seperti syampu, dimana mereka mendakwa menawarkan syampu "herba" yg pada hakikatnya jumlahnya tidak dapat dikesan langsung dalam produk tersebut. Dalam produk makanan "superfood" yg sebenarnya hanya wujud dalam kuantiti yg kecil dan tidak memberi sebarang kesan sebenar yg baik kepada pengguna. Sebagai contoh, suatu produk mengandungi Spirulina di senarai terbawah sekali menunjukkan ia tidak akan membantu memberi apa-2 kesan terhadap kesihatan oleh sebab kuantiti yg terlalu kecil. Ini juga adalah kaedah yg sering digunakan oleh pengusaha makanan yg mengekploitasi kehendak pasaran dan kempen-2 kesihatan pemakanan dan kesedaran pengguna yg semakin bijak, walaupun kuantiti sebenar bahan-2 yg menyihatkan terlalu kecil atau tiada langsung.

Menyembunyikan Bahan Merbahaya Dari Senarai Kandungan
Kaedah penipuan ketiga ialah dengan menyembunyikan kandungan sebenar dengan pelbagai istilah atau nama yg sedap didengar dan pengguna akan berfikir ia "selamat" dimakan. Sebagai contoh, bahan yg tinggi penyebab barah (carcinogenic) seperti Sodium Nitrit (Sodium Nitrite) bunyinya sedap didengar. Tetapi ia sudah terbukti dengan jelas dan banyak kajian telah mendokumenkan sebagai penyebab tumor otak (brain tumor), barah pankreatik(pancreatic), barah usus (colon), dan lain-2 jenis barah. (cuba taip sodium nitrite dalam Google Scholar dan anda akan melihat senarai panjang kajian-2 yg telah dilakukan menyokong bukti ini).

Satu lagi contoh ialah pewarna Carmine – bunyi seperti sedap didengar, tapi ia sebenarnya dibuat dari sejenis serangga berwarna merah yg diternak secara meluas di hutan Amerika Selatan, Afrika dan Pulau Canary. Sudah tentu ramai yg tidak mahu memakan yogurt berperisa strawberi jika kandungannya tertulis "pewarna merah berasaskan serangga", maka untuk menyedapkan hati pengguna dan melariskan jualan, mereka memberi nama "Carmine".

Begitu juga dengan ekstrak yis, bunyi seperti selamat dimakan. Tapi ia sebenarnya helah untuk menyembunyikan kandungan monosodium glutamate(MSG, sejenis kimia digunakan untuk menambah rasa dan merangsang lidah supaya menghantar isyarat ke otak dan diterjemahkan sebagai sedap dan rasa nak lagi!). Dengan yis ekstrak, mereka tidak perlu menyenaraikan MSG dalam ruangan kandungan bahan-2 yg digunakan. Banyak bahan-2 makanan mengandungi MSG dan secara umumnya, perkataan terhidrolisis (hyrolyzed) atau autolyzed bermaksud ia mengandungi sebahagian MSG. Di dalam roti Gardenia, ia disenaraikan sebagai "Yeast Food". Kerana perkataan gimik "enaknya dimakan begitu saja" digunakan pada bungkusannya.


Jangan Tertipu Dengan Nama
Tahukah anda bahawa nama sesuatu produk tidak bermaksud apa yg ada di dalamnya? Sebagai contoh, bebola ketam tidak bermaksud ia diperbuat dari isi ketam tetapi isi ikan putih berserta penambah perisa yg rasanya hampir dengan rasa ketam. Kalau ada produk bebola ketam yg sebenar, harganya mungkin mencecah puluhan atau ratusan
ringgit (harga ketam mahal, isinya sedikit). Begitu juga air jus kordial seperti oren, anggur dan lain-2. Sebenarnya bahan yg paling tinggi ialah pewarna dan perasa oren, anggur dan sebagainya. Pengguna akan berfikir mereka membeli air buah oren padahal mereka sebenarnya membeli air pewarna oren yg pekat dan beracun. Di Malaysia, produk yang terkenal dengan kepekatan pewarna dan perisa ialah jenama Double Lion. Anda tidak menemui setitikpun perahan buah-buahan di dalamnya kecuali anda meminum perisa dan pewarna.
Begitu juga dengan jem buah-buahan. Pemantauan saya di pasaraya dan kedai-kedai mendapati 90% jenis jem buah-buahan yang dijual sebenarnya bukan berasaskan buah-buahan sebaliknya perisa buah-buahan dan pewarna. Air minuman tin berkarbonat juga menggunakan kaedah yang serupa.

Keropok keju misalnya tidak mengandungi keju langsung. Sos tiram pula tidak mengandungi tiram dan sos lada hitam dipenuhi dengan MSG. Kita sering ditipu dengan perasa dan pewarna. Hakikatnya, pewarna dan perisa adalah bahan kimia yang tidak sepatutnya masuk ke dalam mulut kita. Tetapi industri yang mengutamakan keuntungan semata-mata tidak akan memperdulikan hal ini. Apa yang mereka mahu ialah produk mereka laris dan mendapat sambutan serta jualan yang menguntungkan. Jangan
diperbodohkan dengan nama sesuatu produk lagi. Cukup sudah kita selalu ditipu. Nama-nama ini digunakan dengan satu tujuan, untuk melariskan jualan, bukan untuk memberitahu kandungan di dalamnya.

7 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat-Ubatan Moden




1. 90% dari semua jenis penyakit seperti barah, kencing manis, penyakit jantung dan lain-2 dapat dielak melalui amalan diet, nutrisi, cahaya matahari dan senaman. Tiada satupun kaedah ini selain senaman disarankan oleh doktor-2 moden kerana ia tidak memberi keuntungan kepada mereka dari segi wang. Cahaya matahari dan senaman adalah percuma, ia tidak dapat dipatentkan oleh sesiapa. Mustahil kita perlu membayar untuk mendapatkan cahaya matahari.

2. Hampir semua pemakanan ubatan farmasitikal hari ini adalah hasil dari pelan pemasaran yang intensif yang secara rahsia menyogok pakar-pakar perubatan supaya menyarankan pesakit mengambil sukatan ubat secara berlebihan dari sepatutnya. Hanya sedikit sahaja yang mengikut sukatan secara saintifik. Di Malaysia, kita dapat melihat di TV bagaimana kerjaya doktor-doktor telah dibeli dengan harga yang murah di dalam iklan untuk mempromosikan penggunaan ubat gigi Sensodyne. Mereka sebenarnya dibayar - belum tentu mereka menggunakan ubat gigi tersebut.

3. Tiada ubat-2 farmasitikal yang benar-2 menyembuhkan punca sebenar penyakit hingga ke akar-umbi. Malah dadah yang "paling berkesan" juga hanya mengawal simptom, yang memerlukan kos yang tinggi dengan fungsi fisiologi yang menyebabkan kesan sampingan. Tiada satu jenis dadah pun yang tiada kesan sampingan.

4. Dalam sistem perubatan moden, tiada insentif kewangan diberikan kepada sesiapa (syarikat ubat, hospital, doktor dll.) yang benar-2 dapat menyembuh/menyelamatkan pesakitdari penyakit yang dihidapinya. Keuntungan dijana dari sakit yang berterusan, bukan kesihatan atau pencegahan.

5. Biasanya, semua program pencegahan yang anda lihat hari ini seperti mammogram percuma dan program screening yg lain adalah program merekrut bakal pesakit. Mereka menggunakan kaedah "percuma" ini untuk menakutkan orang ramai sehingga terpaksa percaya, bersetuju dan menerima kaedah perubatan yang mahal dan sebenarnya tidak perlu dijalankan yang biasanya memperkayakan syarikat pembuat ubat. Contohnya kaedah mammografi yang digunakan untuk barah buah dada adalah sebenarnya menerukkan lagi keadaan - mesin itu sendiri menyebabkan barah!!!

6. Doktor-2 tidak tahu-menahu tentang pemakanan nutrisi dan ia tiada dalam subjek pelajaran mereka semasa menuntut di universiti. Meminta nasihat seorang doktor untuk mengajar bagaimana untuk mengelak dari penyakit sama seperti meminta seorang mekanik kenderaan melakukan operasi pembedahan otak. Mereka hanya tahu merawat simptom. Walaupun sebilangan doktor moden sedar akan khasiat dari pemakanan nutrisi, mereka hakikatnya tidak mengerti akan kewujudan penawar penyakit yang berasal dari tumbuhan semulajadi seperti herba, buah-buahan dan sayuran.

7. Tiada seorang pun berminat mengambil tahu kesihatan anda selain diri anda sendiri. Tiada koperat, tiada doktor dan tiada jabatan kerajaan yang bersungguh-sungguh mahu anda sihat. Dengan menjadikan anda sakit, ia lebih mudah untuk mengawal dan mengeksploitasikan kewangan anda. Individu yang sihat, teliti dalam permasalahan perubatan adalah ancaman kepada perancangan mereka.


Ingat 7 perkara di atas dan anda akan menjadi orang yang lebih tahu tentang kesihatan dan penyakit dari kebanyakan orang lain. Untuk diri anda, jadilah seorang yang sihat - jauhkan diri dari mengambil dadah-dadah berjadual, amalkan diet semulajadi, makan makanan segar - jauhkan makanan yang sudah diproses seperti makanan dalam tin (canned food), makanan sejuk-beku (frozen food - burger, hotdog), makanan kudap-2 (junk food), hati-2 dengan "bahan pewarna dan perasa yang dibenarkan", lakukan senaman, kawal penggunaan bahan-bahan kimia di dalam rumah seperti racun serangga, penyembur nyamuk, kalau boleh tinggalkan terus, tinggalkan produk-2 kosmetik yang berasaskan kimia toksik seperti krim cucian badan, syampu dan lain-2. Amalkan kehidupan secara semulajadi, sihat dan sentiasa berwaspada (cerewet terhadap bahan-2 kandungan). Jangan terlalu berserah kepada orang lain untuk menjaga kehidupan kita. Mereka hanya berminat menjaga wang kita. Jangan mengharapkan insuran untuk menampung kos perubatan kita kerana mereka memiliki perancangan tertentu untuk mengaut keuntungan dari wang kita. Jika kita orang yang sentiasa berwaspada, kita tidak perlukan semua itu. Jangan terlalu yakin pihak berkuasa mengutamakan kesihatan anda kerana bagi mereka wang lebih utama (mereka pernah membatalkan usaha pihak tertentu supaya mengharamkan iklan makanan ringan di TV kerana risiko akan kehilangan pendapatan berbilion ringgit). Kempen TAK NAK! rokok hanya kempen yang sia-sia dan tidak berfaedah kepada perokok tegar, hanya menakutkan mereka yang bukan perokok. Mereka menjana keuntungan berlipat ganda hasil cukai tembakau yang meningkat saban tahun. Industri farmasi juga membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Jangan terlalu percaya dan taksub dengan nasihat doktor supaya terus mengambil ubat mengikut sukatan yang diberikan kerana lama-kelamaan anda akan terus bergantung kepada ubat dan wang anda akan terus mengalir ke dalam poket mereka. Bayangkan sesebuah klinik swasta yang kecil mampu menjaga keuntungan berpuluh-puluh malah beratus ribu sebulan.

Jumpalah doktor untuk tujuan diagnos penyakit anda sahaja, kemudian carilah kaedah rawatan semulajadi atau amalkan diet nutrisi tertentu supaya anda penyakit anda semakin berkurang dan dijauhkan - sangat mudah dan murah. Pada asasnya tiada sukatan untuk pemakanan semulajadi, apa yang ada hanyalah kadar yang dicadangkan.

KOD-KOD "E" Dalam Makanan Proses


Tahukah anda kod-kod E (bukan vitamin E) yg sering digunakan dalam senarai bahan-2 makanan sebenarnya dikelaskan mengikut fungsinya. Kod-kod tersebut dibezakan oleh nombor selepas huruf E dan ia pula bergantung kepada jumlah digit sama ada 3 atau 4 digit. Dalam artikel kali ini, saya akan bincangkan serba sedikit berkenaan bahan E250-251 iaitu bahan penahan lapuk dan kulat. Di masa akan datang, saya akan dedahkan bahan-2 yg lain pula. Diharap saudara/i berminat mengikuti tulisan saya seterusnya.

Seperti senarai di bawah, saya paparkan secara mudah kod-kod tersebut dengan fungsinya;

E100-E199
- Pewarna

E200-E299 - Preservatif - Penahan Lapuk/Kulat/Basi
Hati-2 dgn nombor E250 iaitu Sodium Nitrite yg telah terbukti sejenis bahan karsinogen iaitu menyebabkan cancer dan leukemia. Byk digunakan di dlm makanan sejuk beku seperti daging, burger, hot dog, makanan dalam tin. Menurut Mike Adams, strategi yg terbaik utk mengelak mendapat cancer ialah jauhkan makanan yg mengandungi sodium nitrite. Tetapi kebanyakan pengeluar makanan tidak menyenaraikan bahan tersebut di bungkusan mereka sebaliknya berselindung di sebalik kod E250 atau lebih malang lagi hanya menyatakan "Mengandungi Bahan Preservatif/Pegawet Yg Dibenarkan". Tetapi bukan semua pengawet adalah sodium nitrite, E251 - Sodium Nitrate pula tidak begitu merbahaya jika diambil dlm kuantiti terkawal malah bahan ini terdapat dlm sesetengah sayuran dan ia berfungsi sebagai anti-oksidan di dalam tubuh kita. Jika berlebihan pula, ia juga sama seperti Sodium Nitrite kerana boleh menyebabkan cancer

E300-E399 Anti-oksidan, Pengawal Asid

E400-E499 Pemampat, Penstabil, Pelarut Campuran, Pengimulsi

E500-E599 Pengawal Acid, Anti-Caking Agent. Menghalang makanan menjadi keras atau berkerak.

E600-E699 Penambah Perisa
Monosodium Glutamate - E621 merupakan bahan perasa yg sgt popular tetapi merbahaya, selalu terdapat dalam makanan segera mee Maggie dan kudap-kudap. Ia sudah sinonim kerana tanpanya, makanan tersebut tidak akan rasa sedap.

E900-E999 Lain-lain

E1000-E1999 Bahan Kimia Penambah

Labels